Friday, April 28, 2006

Dakwah Islami Yang Mengkhuatirkan

Tugas melaksanakan dakwah diwajibkan ke atas individu mukalaf yang beriman termasuk wanita, hamba sahaya dan orang-orang yang fasiq. (lihat Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali. Jil3. hal 454)

ketetapan ini berdasarkan hadith yang sahih “Barangsiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia cegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan lisannya dan jika berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dr Abdul Karim Zaidan dalam Usulad-dakwah berkata, “Hukum berdakwah pada jalan Allah adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah. Kadangkala ia dilakukan secara perseorangan dan kadangkala dilaksanakan oleh organisasi tertentu.”

Aktiviti dakwah sebaiknya dengan berjemaah supaya lebih tersusun dan berkesan. Dalam Surah Al-Maidah ayat 2, Allah berfirman yang bermaksud, “Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.


Dr Abdul Karim Zaidan merumuskan di dalam kitab Usul ad-Dakwah “ Ayat ini adalah dalil berhubung dengan kewajipan mengwujudkan organisasi. Malah wajib dilaksanakan dakwah melalui organisasi apabila hasil tidak tercapai melainkan dengannya.”

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh ayat 4 Surah As-Saf yang bermaksud, “sesungguhnya Allah menyukai jika perjuangan dijalannya dilakukan (secara tersusun) seperti satu saf seolah-olahnya mereka merupakan sebuah bangunan yang kukuh.

Keadaan tersusun rapi tidak dapat dilaksanakan melainkan secara berorganisasi sebagaimana yang disebutkan oleh Almarhum Syed Qutub dalam Fi Zilalil Quran, “yang dituntut bukanlah semata-mata berjuang tetapi berjuang di atas landasannya dan berjuang dalam saf bersama-sama dengan jemaah Islam. (ruj :Fi Zilalil Quran , Syed Qutub:Darul Syuruq, Beirut, jil 6 hal. 3552)

Salah sebuah hadith yang menarik yang berhubung kait dengan suasana akhir zaman dan kepentingan berorganisasi pada masa itu adalah hadith sahih yang diriwayatkan oleh sahabat Huzaifah bin Yaman yang bermaksud, “(akan wujud) penyeru-penyeru di pintu neraka jahanam.Barang siapa menyambut seruan mereka akan dilemparkan ke dalam (neraka).’ Huzaifah bertanya,’ Apakah yang patut aku lakukan jika aku berdepan dengan suasana itu? Bersabda Nabi, “Berpeganglah dengan jemaah Islam dan Imam (pemimpin)mereka .”


Sehubungan dengan ini as-Syeikh Said Hawa di dalam Madkhal Ila Dakwah al-Ikhwan al-Muslimin berkata, “zaman kita sekarang adalah zaman lahirnya penyeru-penyeru di pintu neraka. Hadith ini menuntut kita beriltizam dengan jemaah Islam dan pimpinannya. (Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin,op.cit.hal.24)

Thursday, April 27, 2006

DI ANTARA DUA JALAN

Apabila engkau mengembara seorang diri lalu engkau berada di antara dua jalan. Salah satunya sukar dilalui, mendaki gunung yang tinggi. Manakala jalan yang lain pula mudah dan menuju ke lembah. Jalan yang pertama penuh dengan halangan, batu yang merintang, duri dan lubang. Agak susah menempuhnya dan perjalanan melaluinya amat payah.

Tetapi di hadapannya ada papan tanda yang dibina, padanya tertulis bahawa jalan ini walaupun susah di awalnya dan payah melaluinya, ia adalah jalan yang benar. Jalan yang akan menuju ke bandar impian dan tujuan yang dicitakan.Jalan kedua pula mudah dilalui, dinaungi pohon-pohon rendang yang penuh dengan buah dan bunga indah berseri.

Di kiri dan kanan jalan terdapat pula tempat menjamu selera dan tempat bersuka ria. Semuanya dipenuhi perkara yang melazatkan hati, menggembirakan mata dan menghiasi telinga. Namun di hadapannya ada papan tanda, padanya tertulis bahawa ia adalah jalan yang merbahaya dan membinasa, di akhirnya ada jurang yang padanya ada kematian yang pasti, dan kebinasaan yang terbukti.

Maka jalan manakah yang akan engkau ikut? Tidak syak lagi bahawa jiwa manusia cenderung ke arah yang mudah, bukan yang payah. Cenderung ke arah yang lazat dan bukannya yang menyakitkan. Jiwa manusia cintakan kebebasan dan bencikan ikatan. Sekiranya dibiarkan insan itu bersama kehendak jiwanya dan dia mengikutnya, pastilah dia akan memilih jalan yang kedua.

Tetapi akal manusia mula campur tangan. Ia membandingkan antara kelazatan sementara yang ada di hadapan tetapi di hujungnya pula sengsara yang berpanjangan. Akal akan membandingkannya dengan kesakitan sementara yang ada tetapi di hujunganya kelazatan selama-lamanya.

Maka akal pasti akan memilih jalan pertama.Inilah perbandingan jalan syurga dan jalan neraka. Jalan neraka penuh dengan segala yang lazat dan memberi nikmat. Jiwa manusia cenderung ke arahnya dan ia disokong oleh nafsu.

Pada jalan ini adanya pemandangan terhadap kecantikan yang haram. Pada jalan ini ada perkara yang membangkitkan nafsu syahwat. Padanya dibolehkan mengambil harta daripada setiap jalan dan harta itu sememangnya dicintai dan diingini. Pada jalan ini ada kebebasan dan tiada ikatan.

Sememangnya jiwa manusia sukakan kebebasan dan membenci ikatan. Jalan syurga penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Padanya ada ikatan dan sempadan. Padanya perkara yang menyalahi kehendak jiwa. Tetapi penghujung kesusahan yang sementara ini ialah kelazatan abadi di akhirat nanti. Manakala hasil kelazatan yang ada pada jalan neraka ialah kesakitan yang berpanjangan di neraka jahannam.

Hal ini seumpama seorang pelajar pada waktu peperiksaan. Dia merasa payah ketika semua ahli keluarganya meninggalkannya untuk menonton televisyen. Mereka menonton rancangan yang menarik dan menggembirakan, sedangkan dirinya bersendirian dengan buku-buku nota dan latihan. Kelak, pelajar ini akan menemui kejayaan setelah melalui kepayahan dan kesusahan. Hal ini juga seperti seorang yang demam terpaksa bersabar berhari-hari dari makanan yang lazat.

Kelak, dia akan menikmati kebahagiaan kerana dirinya kembali sihat………Dan Allah telah menetapkan di atas jalan syurga ini orang-orang yang mengajak orang lain kepada jalan itu iaitu para nabi. Begitu juga wujud pada jalan neraka itu orang-orang yang mengajak orang lain menuju kepadanya iaitu para syaitan.

Dan dakwah ini penuh kepayahan, kerana jiwa manusia telah dicipta sukakan kebebasan sedangkan agama mengikatnya, ia sukakan kebebasan dan kelazatan sedangkan agama menahannya. Sesiapa yang menyeru ke arah dosa maka dia telah menepati kecenderungan jiwa manusia dan dia akan berjalan bersama-sama dengan mudahnya semudah air yang mengalir menuju ke lembah di bawahnya.

Pergilah kepada tangki air yang berada di atas bukit lalu pukullah ia dengan pemukul, maka turunlah air sedangkan engkau hanya berdiri sehingga penuh lembah di bawah. Apabila engkau ingin mengembalikan air itu semula ke tangki di atas bukit, usaha itu akan penuh dengan kesusahan, kepayahan dan memerlukan kos yang banyak. Begitu juga dengan batu besar di atas puncak, engkau hanya perlu menggoyangkannya dan menolaknya sehingga apabila ia bergolek ke bawah, tidak perlu lagi bersusah payah.

Tetapi apabila engkau ingin menaikkannya kembali ke atas, di situ engkau akan dihalangi penat dan susah.

(Tulisan ini diterjemahkan dengan sedikit pengubahsuaian daripada buku `Ta'rif `Am Bi Din al Islam' (Pengenalan Am Tentang Agama Islam) karya Syeikh Ali al Tantawi / m.surat 15-17 / cetakan 1989 / Dar al Wafa', Mesir.

Semoga Allah memberikan kekuatan dan keteguhan kepada semua pejuang kebenaran dan kita semua. Jadikan dirimu sebagai penyeru kepada jalan syurga.

Wednesday, April 26, 2006

40 HARI SEBELUM KEMATIAN

Seseorang tidak dapat mengetahui bila masa matinya. Jika dapat diketahui masa matinya sudah tentu semua orang akan memilih cara mati yang terbaik sekali. Akan tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Tidak ada seseorang insan yang dapat mengetahui secara yakin waktu matinya,

ALLAH swt berfirman :

وَمَا تَدْرِي نَفْسُ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًًا وَمَا تَدْرِي نَفْسُ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوت

Maksudnya : "Dan tidaklah satu jiwa mengetahui apa yang dis usahakan keesokan hari, dan tidaklah satu jiwa mengetahui di bumi manakah di akan mati."

Dakwaan yang mengatakan seseorang insan akan mengetahui masa kematiannya sebelum 40 hari adalah dakwaan yang tidak ada dalil dan nas.

Tidak boleh berpegang dengannya. bahkan ALLAH swt menyembunyikan waktu kematian seseorang.

wallahu a'lam.


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528609448

Monday, April 24, 2006

BILA MUSIBAH MENIMPA

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya, “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (QS. al-Baqarah:155-157)

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)

Kita Milik Allah dan Kembali Kepada-Nya Jika seorang hamba benar-benar menginsafi bahwa dirinya adalah milik Allah s.w.t. dan akan kembali kepada-Nya maka dia akan terhibur tatkala ditimpa musibah. Kalimat istirja' ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah. Dia memberikan manfaat baik dalam waktu dekat maupun di waktu yang akan datang. Kalimat tersebut memuat dua prinsip yang sangat agung.

Jika seseorang mampu merealisasikan dan memahami keduanya maka dia akan terhibur dalam setiap musibah yang menimpanya. Iaitu,

Pertama; Bahwasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah s.w.t. . Ianya bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman, sehingga jika Allah s.w.t. mengambilnya dari seseorang maka ia ibarat seorang pemilik barang yang mengambilnya kembali dari si peminjam. Demikian juga manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa , sebelumnya (ketika lahir) dia tidak memiliki apa-apa dan setelahnya (ketika mati) ia pun tidak memiliki apa-apa lagi. Dan segala sesuatu yang dimiliki oleh seorang hamba tidak lebih hanya seperti barang pinjaman yang bersifat sementara. Seorang hamba juga bukanlah yang telah menjadikan dirinya memiliki sesuatu setelah sebelumnya tidak punya. Dan diapun bukanlah menjadi penjaga terhadap segala miliknya dari kebinasaan dan kelenyapan, dia tidak mampu untuk menjadikan miliknya tetap terus kekal bersamanya . Walau apapun usaha seorang hamba dia tidak akan mampu untuk menjadikan miliknya kekal abadi, juga tidak mampu menjadikan dirinya sebagai pemilik hakiki. Dan juga seseorang itu hendaklah membelanjakan apa-apa yang dimilikinya berdasarkan perintah pemiliknya yang hakiki, memperhatikan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Dia membelanjakan bukan sebagai pemilik, kerana Allah-lah Sang Pemilik, maka tidak boleh baginya membelanjakan pinjaman itu kecuali dalam hal-hal yang sesuai dengan kehendak Pemilik Yang Hakiki.

Ke dua; Bahwa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Dan seseorang sudah pasti akan meninggalkan dunia ini lalu menghadap Allah s.w.t. sendiri-sendiri sebagaimana ketika mula-mula diciptakan, tidak memiliki harta, tidak membawa keluarga dan anak isteri. Akan tetapi manusia menghadap Allah dengan membawa amal kebaikan dan keburukan. Jika awal mula dan kesudahan seorang hamba adalah demikian maka bagaimana dia akan berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki atau berputus asa dari apa yang tidak dimilikinya. Maka memikirkan bagaimana awal dirinya dan bagaimana kesudahannya nanti adalah merupakan penawar paling mujarab untuk mengubati sakit dan kesedihan. Demikian juga dengan mengetahui secara yakin bahwa apa yang akan menimpanya pasti tidak akan sia-sia atau luput dan begitu juga sebaliknya. Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya, Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS. al-Hadid:22-23) Ingat nikmat yang masih ada Bandingkan besarnya musibah dan besanya nikmat yang telah diterima.

Maka akan didapati bahwa Allah s.w.t masih memberikan nikmat seumpama musibah malah sebenarnya lebih banyak lagi. Dan jika seseorang bersabar dan redha maka Allah s.w.t. akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan besar daripada apa yang hilang dalam musibah, bahkan mungkin dengan berlipat ganda. Dan jika Allah s.w.t. menghendaki maka akan menjadikan lebih dan lebih lagi dari yang ada. Musibah Menimpa Semua Orang Sedarlah bahawa musibah itu pasti dialami oleh semua orang. Lihatlah ke kanan, maka akan didapati di sana orang yang sedang diberi ujian, dan jika menengok ke kiri maka di sana ada orang yang sedang ditimpa kerugian dan malapetaka. Dan seorang yang berakal, sekiranya ingin memperhatikan sekelilingnya maka dia tidak akan mendapati kecuali di sana pasti ada ujian hidup, entah dengan hilangnya barang atau orang yang dicintai atau ditimpa sesuatu yang tidak disukai dalam hidup. Kehidupan dunia tidak lain adalah ibarat kembangnya tidur atau bayang-bayang yang pasti lenyap.

Jika dunia mampu membuat orang tersenyum sesaat maka dia mampu mendatangkan tangisan yang panjang. Jika ia membuat bahagia dalam sehari maka ia pun membuat duka sepanjang tahun. Kalau hari ini memberikan sedikit maka suatu saat akan menahan dalam waktu yang lama. Tidaklah suatu rumah dipenuhi dengan keceriaan kecuali suatu saat akan dipenuhi pula dengan duka. Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Pada setiap kegembiraan ada duka, dan tidak ada satu rumah pun yang penuh dengan kebahagiaan kecuali akan dipenuhi pula dengan kesedihan.

Berkata pula Ibnu Sirin, "Tidak akan pernah ada senyuman yang berterusan , kecuali setelahnya pasti akan ada tangisan." Hindun binti an-Nu'man berkata, "Kami melihat bahwa kami adalah termasuk orang yang paling mulia dan memiliki harta paling banyak, kemudian matahari belum sampai terbenam sehingga kami telah menjadi orang yang tidak punya apa-apa. Dan merupakan hak Allah s.w.t. bahwa tidaklah Dia memenuhi suatu rumah dengan kebahagiaan, kecuali akan mengisinya pula dengan kesedihan." Dan ketika seseorang bertanya tentang apa yang menimpanya maka dia mengatakan, "Kami pada suatu pagi, tidak mendapati seseorang pun di Arab kecuali berharap kepada kami, kemudian kami di petang harinya tidak mendapati mereka kecuali menaruh belas kasihan kepada kami."

Keluh Kesah Menambahkan Penderitaan Sedarlah bahawa keluh kesah tidak akan dapat menghilangkan musibah. Bahkan hanya akan menambah serta melipatgandakan sakit dan penderitaan. Musibah Terbesar Adalah Hilangnya Kesabaran Ingatlah bahwa hilangnya kesabaran dan sikap berserah diri adalah lebih besar dan lebih berbahaya daripada musibah itu sendiri. Kerana hilangnya kesabaran akan menyebabkan hilangnya keutamaan berupa kesejahteraan, rahmat dan hidayah yang Allah s.w.t. kumpulkan tiga hal itu dalam sikap sabar dan istirja' (mengembalikan urusan kepada Allah). Sumber asal : “Ilaj harril musibah wa huzniha,” Imam Ibnul Qayyim (KM)

Friday, April 21, 2006

BENARKAH HAWA MEMUJUK ADAM MEMAKAN BUAH KHULDI ?

Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua dihantar ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka berdua makanan-makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan mereka berdua memakannya lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini.

Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم : ولولا حواء لم تخن أنثى زوجها.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan mengkhianati suaminya.”


Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku kerana Hawa memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu berlakulah apa yang telah berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak, maka hampir tidak seorang wanitapun yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada dengan ucapan atau perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)

Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana riwayat hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat difikirkan dengan aqal semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan berdasarkan kepada ijtihad tetapi pasti bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali beliau mempunyai sumbernya yang tersendiri. Apabila beliau tidak menunjukkan mana-mana riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat Israiliyyat. Kalau diandaikan adanya riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan fakta-fakta al-Quran.

Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan terdedah. Allah s.w.t. berfirman:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ


Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)



Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى


Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah? (Taha: 120)

Syaitan, bukannya Hawa, yang menghasut Nabi Adam dengan menimbulkan waswas dan memberi sumpah yang palsu.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ . فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآَتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada mereka berdua: Sesungguhnya saya termasuk dalam kalangan orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah tersebut nampaklah bagi mereka berdua aurat masing-masing dan mereka berdua mulai menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan menyeru mereka berdua: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu berdua, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu berdua. (al-A`raf: 21-22)

Allah s.w.t menegur Adam kerana lupa kepada janji bukan kerana menerima pujukan Hawa dan Hawa pula tidak ditegur oleh Allah kerana kesalahannya mengkhianati suaminya.

Al-Sabuni menukilkan daripada Tafsir al-Tabari dan Tafsir Ibn Kathir bahawa Ibn Abbas berkata: “Syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpah. Adam menyangka bahawa tidak seorangpun berani berdusta dalam bersumpah dengan nama Allah lalu syaitan memperdayakan mereka berdua dengan sumpahnya.” (Safwah al-Tafasir, jil. 1 hal. 439)

Bagaimana penafsiran hadis al-Bukhari yang menyabitkan Hawa mengkhianati Adam?

Berlaku tashif dalam meriwayatkan hadis ini iaitu kesilapan dalam hurf خ yang sepatutnya huruf ح. Tashif ialah pengubahan perkataan di dalam hadis.

عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: ولولا حواء لم تحن أنثى زوجها).

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan tidak akan merindui suaminya.”

Meriwayatkan hadis ini dengan huruf ح lebih tepat dan lebih sesuai dengan fitrah kejadian kaum wanita. Sifat rindu dan setia kepada suami terdapat pada setiap wanita tanpa mengira agama dan bangsa.

Menisbahkan setiap khianat yang dilakukan oleh wanita kepada Hawa adalah sesuatu yang tidak adil dan bercanggah dengan akal yang sejahtera dan fitrah yang suci.

Apabila kita mengenepikan nas-nas al-Quran dengan menerima riwayat Israiliyyat dan menafsirkan hadis berdasarkan Israiliyyat, maka kita telah merendahkan kedudukan wanita. Seolah-olah merekalah punca kerosakan dan dosa orang lain. Sedangkan satu jiwa tidak sekali-kali menanggung dosa orang lain. Dari satu sudut pula, riwayat ini menyerupai konsep dosa warisan yang menjadi doktrin agama Kristian iaitu setiap jiwa tidak bersih dan Nabi Isa yang telah menebus dirinya untuk menyucikannya. (Al-Mawsu`ah al-Muyassarah Fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu`asarah, hal. 504)

"SEMOGA ALLAH MENHISAB SIKAP DIAM PARA ULAMA UMAT!!!"

Penduduk kota Azhomiya yang dihuni mayoritas kaum Sunni, sebelah utara Baghdad mengutuk ‘sikap diam’ Dunia Islam terhadap apa yang terjadi dan dialami kaum Sunni di Baghdad dan beberapa kota di Iraq yang dibunuh, diusir dan disiksa semata karena mereka adalah Ahlussunnah.

Wartawan salah satu situs Islam terkenal di Timur Tengah ‘elmafkara’ yang berada di Baghdad meliput beragam reaksi penduduk Baghdad yang berkisar antara keputus-asaan mereka terhadap sikap para ulama Sunni di Arab Saudi, Mesir, negara-negara teluk, semenanjung Maroko dan belahan dunia Islam lainnya dan perasaan bahwa mereka memiliki saudara di negara-negara lain tetapi telah mengucilkan dan membiarkan mereka menghadapi sendiri musibah yang mereka alami tanpa mau bergerak membela mereka. Bahkan untuk sekedar mengutuk, mengecam atau menyampai sepatah kata menentang tindakan ‘genocide’ dan pembantaian yang dialami kaum Sunni di Iraq pun tidak mereka lakukan.

Dalam pertemuan yang digelar kemarin, Rabu selepas shalat Shubuh di Jami’ Abu Hanifah an-Nu’man, penduduk Sunni di kota Azhomiya mengungkapkan, mereka sudah putus harapan terhadap ulama Islam Sunni di negara-negara Islam.

Salah seorang penduduk bernama Omar el-Karbuli mengatakan, “Kami memperkirakan Ahlussunnah akan menyatukan kata dan sikap; tidak rela dengan apa yang terjadi terhadap kami di sini. Demi Allah! Andai mereka mengungkapkan hal itu dan membela kami pastilah akan sangat bermanfa’at sekali bagi kami secara moril dalam memikul musibah ini. Paling tidak, kami merasa bahwa kami tidak sendirian dalam menghadapi Iran dan kaum Syi’ah di sini.!!”

Sementara itu, Dr Mahmoud el-Jabouri, anggota Lembaga Pemuda Sunni di Iraq mengatakan, “Kaum Sunni di negara-negara Arab, khususnya di negara-negara teluk wajib menyadari bahwa kaum Sunni Iraq saat ini merupakan tameng yang melindungi mereka dari serangan anak cucu daulah Shafawi (Syi’ah ekstrem) yang setiap saat dapat mengancam eksistensi mereka. Bila kaum Sunni di Iraq hancur, maka itu artinya secara otomatis teritorial Iran menjadi bertambah luas dan berbatasan langsung dengan Arab Saudi, Syiria, Yordania dan seluruh negara-negara Islam lainnya.”

El-Jabouri menambahkan, “Kami sudah lama menunggu sikap terhormat mereka namun sangat disayangkan sekali, mereka malah mengucilkan kami. Saya berharap Allah tidak mengucilkan dan menghinakan kami. Demi Allah, andaikata bukan karena kami ini adalah Ahlussunnah pastilah mereka tidak akan membunuhi, mengusir atau pun menyiksa kami.!!”

Syaikh Ahmad Zaubai, imam dan khatib Jami’ al-Kasrah di Azhamiya kepada wartawan situs Islam itu mengatakan, “Tatkala rumah-rumah ibadah umat Nashrani Iraq diserang, Vatikan serta merta mengutuk kejadian tersebut padahal tidak seorang pun yang tewas di sana. Kenapa sekarang, ulama Islam di seluruh dunia Islam mendiamkan pembantaian yang terjadi terhadap kaum Sunni Iraq? Apakah mereka benar-benar tulus sebagai bangsa Arab dan orang-orang merdeka? Ataukah mereka cukup merasa puas dengan proses politik dan pertunjukan demokrasi palsu di Iraq.?”

Zaubai menambahkan, “Tatkala kota Nejf (yang dihuni mayoritas Syi’ah) diserang, Iran serta merta mengutuk, menangisi dan memberikan sumbangan kepada anggota keluarga korban Syi’ah. Sedangkan kami, ketika puluhan bahkan ratusan yang tewas, tidak ada seorang pun yang berteriak, ‘Wahai manusia! Ini perbuatan haram! Kami tidak terima saudara-saudara kami, Kaum Sunni Iraq dizhalimi.!!??’”

Zaubai melanjutkan, “Saya memohon kepada Allah agar ‘menghisab’ sikap diam para ulama umat terhadap nyawa setiap pemuda Sunni yang dibunuh dan dibuang di tempat-tempat sampah di Baghdad serta terhadap setiap kehormatan pemudi Iraq yang direnggut oleh kaum Rafidhah di selatan Iraq.!!” (ismo/AH)

Sumber berita : http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatakhbar&id=405

SENJATA RAHSIA ORANG MUKMIN

Sebagai hamba ALLAH, sudah tentulah terlalu banyak yang ingin kita pohonkan daripada-NYA. Antaranya, agar dimurahkan rezeki, dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat, dijauhi segala bencana, dikasihi oleh seluruh makhluk dan sebagainya. Jadi, kita dituntut memohon apa sahaja yang dihajati kepada TUHAN Yang Agong dan menguasai langit dan bumi.

Sesungguhnya sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca oleh para nabi sama ada melalui al-Quran atau Sunnah. Sebaik-baik lafaz doa ialah lafaz yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita dituntut mempelajari doa yang pernah dibaca oleh baginda.

Untuk memenuhi tuntutan ini, anda disyorkan memiliki buku ini. Semua perkara berkaitan doa seperti waktu doa paling mustajab, tempat terbaik untuk berdoa, doa terbaik untuk dibaca dan sebagainya dinyatakan secara lengkap melalui buku ini. Mudah-mudahan segala hajat kita akan segera dimakbulkan oleh ALLAH.

MENILAI TARIKAT DAN KESUFIAN DENGAN SYARIAT ALLAH

Buku ini menekankan faktor-faktor yang mengheret golongan tarikat ke kancah penyelewengan dan kesesatan. Antaranya, tasawuf yang sesat, sikap tidak bertanggungjawab, tafsiran pelik, melampau dalam memuliakan guru dan sebagainya. Setiap hujah disertai dengan kenyataan ulama muktabar tentang bahayanya golongan ini.


Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

"Para pengkaji tidak boleh menafikan bahawa Ilmu Tasauf telah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar sama ada Kristian, Hindu, Parsi, Yunan dan Islam. Dalam tempoh sekian lama, Ilmu Tasawuf telah dimasuki pemikiran pelik daripada sumber-sumber di atas...mereka melampaui batas dan zuhud dan sebagainya sehingga melebihi kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian

TALFIQ

Beramal Dengan Pelbagai Mazhab

Boleh dikatakan lebih daripada separuh umat Islam di dunia ini akan menolak apabila dipelawa mengamalkan pendapat pelbagai mazhab jika dalil yang ada berpihak kepada mazhab lain dan bercanggah dengan mazhabnya. Mereka lupa amaran para ulama mazhab agar meninggalkan pendapat mereka apabila menjumpai hadis sahih yang bertentangan dengan pendapat mereka. Imam Syafie pernah berkata:

"Jika kalian mendapati dalam kitabku sesuatu yang berlawanan dengan hadis Rasulullah s.a.w, peganglah hadis itu dan tinggalkanlah pendapatku."
(Harawi dalam Dzam al-Kalam, al-Khatib dalam al-Intijaj bi al-Syafie, Ibn 'Asakir, al-Nawawi dalam al-Majmu', Ibn al-Qayyim dan a-Filani).

"Jika sesuatu hadis itu sahih, maka itulah mazhabku."
(Al-Nawawi, dalam al-Majmu' dan al-Sya'rani).

"Jika dalam sesuatu masalah ada hadis sahih pada pendapat ulama hadis tetapi pendapatku berbeza dengan hadis itu, pasti aku akan tinggalkan pendapatku sama ada ketika aku masih hidup atau setelah meninggal dunia."
(Abu Nu'im, al-Hilyah, al-Harawi, Ibn al-Qayyim dalam al-'Ilam dan al-Filani).


Antara isi kandungan buku talfiq ini ialah keperluan meninggalkan pendapat mazhab yang dipegang dalam sesuatu masalah jika ia bertentangan dengan hadis sahih.
Walaupun kita menentang percampuran mazhab, tetapi kita sebenarnya mengamalkannya tanpa disedari. Terutamanya dalam bidang muamalat.


--------------------------------------------------------------------------------

NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Tazkirah Jumaat

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: يَـا غُلاَمٌ ، اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تِجَـاهَكَ ، وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِااللهِ ، وَاعْلَمْ أَنّ اْلأُمَّـةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْئٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ ، جَفَّتِ اْلأَقْـلاَمُ وَطَوِيَتِ الصُّحُفُ .
(رَوَا هُ التُّرْمُذِى وَقاَلَ: حَسَنٌ صَحِيْحٌ)


Dari Ibnu Abbas RA, katanya:

Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

SYARAH AL HADIS :

Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu.

Maksudnya:

Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah, hak Allah, perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah ibadah solat. Dan juga termasuk kedalam makna pemeliharaan ini ialah kita mesti memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram. Dan diantara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini, ialah:


Ertinya: Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat diantara dua janggutnya (iaitu mulutnya) dan apa yang terdapat diantara dua kakinya (iaitu kemaluannya) maka dia masuk syurga. (Hadis dari Abi Hurairah).

Ringkasnya, ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu:

Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan-amalan hati seperti keimanan (akidah), keikhlasan, rasa takut, cinta, harap dan sebagainya. Begitu juga seperti memelihara hati dari daripada segala jenis penyakitnya. Maka memelihara amalan hati ini adalah lebih penting dari memelihara amalan yang tidak bersangkutan dengan hati.

Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yanq zahir. Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat, menutup aurat dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat atau aktibiti yang mendatangkan faedah.

Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Dia dihadapanmu:

Maksudnya:

Jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud diatas maka dia bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah, malahan Allah akan berada dihadapannya iaitu bersamanya dimana saja dia pergi. Allah akan menolongnya, mengawalnya, memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa tenang, gembira, kuat, dan tidak ada yang perlu ditakuti.

Bukankah Allah telah menguatkan semangat Musa dan Harun AS ketika mereka merasa takut berhadapan dengan Firaun? Allah berfirman:

قَالَ لا تَخَافَا إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى (46)

Janganlah kamu berdua takut, sesunqguhnya Aku bersama kamu berdoa Aku Mendengar dan Melihat (Thaha: 46).

Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah menguatkan semangat Abu Bakar As Siddiq ketika beliau berdua berada dalam gua Tsur? Firman Allah:

إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا

Ketika orang orang kafir (mushrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya: " Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. (At Taubah / 9 : 40).

Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah:


Maksudnya: Setelah kita meyakini bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa berada bersama kita dengan ilmunya, hidayahnya dan pertolongannya. Maka sudah sewajarnyalah jika kita memohon sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang Maha Dekat (Qarib) lagi Maha Pemberi (Wahhab), bukan kepada yang lain.
Permohonan manusia kepada Allah ada dua cara:


Melalui lisan.

Mengungkapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk dan merendah diri (tawadhu') dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.
Melalui amalan.


Apa saja amalan yang dilakukan, apakah sebagai pedagang, dokter, pekerja kilang, menuntut ilmu, hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam Allah ketika melaksanakan tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan tersebut dapat membawa kebaikan baginya pada masa hadapan.

Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah.

Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:

Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.

Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain.

Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya.

Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya, tidak melalui sembarang perantaraan atau wasitah dari manusia atau lainnya.

Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:

Rasul saw. menerangkan kepada Ibnu Abbas RA bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.

Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.
Allah berfirman:


وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (107)

Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)

KESIMPULAN:

Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja, namun prinsip pengajaran yang dikandung hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk orang yang telah dewasa atau tua.

Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Para remaja hari ini terdedah dengan bermacaam pengaruh negatif. Sungguh banyak dikalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?


Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.

Wednesday, April 19, 2006

BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Salah seorang ahli tafsir terkemuka daripada kalangan tabiin (Mujahid Ibn Jabr) pernah berkata: aku telah mengkhatam Al Quran di sisi Ibn Abbas sebanyak 3 kali, aku berhenti pada setiap ayat untuk aku bertanya kepadanya. Kata-kata ini diambil daripada nota kaki SYeikh Abd. Qadir al Arnaouth dalam semakannya terhadap buku `At Tawwabin' karya al Maqdisi.

1-Tahap interaksi kita dengan Al Quran sentiasa berbeza mengikut keadaan dan kesesuaian masa. Ada sesetengah dari kita yang hanya menumpukan bacaan tanpa memahami terjemahan maksud. Ada juga yang membaca maksudnya tetapi tidak konsisten dan tidak berterusan. Ada ramai di kalangan kita yang merujuk kepada Al Quran apabila kita memerlukan maklumat daripadanya atau ketika mencari bahan untuk
penulisan. Semuanya ini bagi saya adalah belum mencukupi.

2- Al Quran mesti dijadikan bahan bacaan secara berterusan oleh kita semua terutama yang ingin membina manhaj dalam mengamalkan Islam. Bacaan pula mestilah berserta terjemahan maksud. Bagi yang lebih maju, amat perlu utk kita meneliti pula kata-kata ulama tafsir dalam buku-buku tafsir berkaitan ayat yang kita sedang baca. Pembacaan
berterusan ini akan memungkin kita mengkhatam maksud ayat-ayat Al Quran (walaupun secara ringkas) dan ini jauh lebih baik daripada sekadar mengkhatam bacaan Al Quran terutama pada bulan Ramadhan.

3- digalakkan bermula dengan 5 ayat sehari atau mungkin kurang daripada itu. Ini untuk mengelakkan kita daripada berhenti separuh jalan .

4- disarankan supaya apabila kita menemui ayat-ayat yang menimbulkan persoalan atau tidak jelas maksudnya, maka kita catat ayat itu dan kita tanyakan kepada yang tahu. Atau kita sendiri mencari maksud sebenarnya daripada buku-buku tafsir dan buku-buku lain. Ini penting kerana kita ingin memahami Al Quran dengan kefahaman yang jelas.

5- apa yang penting daripada cadangan ini ialah, kita akan mendapat gambaran bahawa ayat-ayat Al Quran perlu difahami secara keseluruhan kerana ia saling berkaitan. Membaca ayat Al Quran berserta maksudnya akan memberikan kita gambaran tentang perkara ini.

Monday, April 17, 2006

BINATANG LIAR, KENAPA HARAM DI MAKAN

Islam mengharamkan umatnya memakan daging binatang liar (bushmeat). Berhubung dengan ini, Bukhari meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud,

"Rasulullah melarang (umat Islam) memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam.”

Yang dimaksudkan dengan binatang buas yang bertaring ialah binatang-binatang yang menangkap binatang lain dan memakan bangkainya seperti singa, serigala, buaya dan seumpamanya.

Yang dimaksudkan dengan burung yang memiliki kuku yang mencengkam ialah jenis-jenis burung yang mampu melukai haiwan lain dan memakan bangkai-bangkainya seperti burung helang dan rajawali.

Daging haiwan liar mengandungi virus yang amat berbahaya bagi manusia. Baru-baru ini satu kajian mendapati sejenis virus berbahaya dari binatang liar jenis primates (seperti monyet, gorila, orang utan, chimpanzi dan seumpamanya), menyerang penduduk-penduduk di Afrika.

Hal ini disebabkan mereka ghairah memburu dan memakan daging binatang-binatang liar ini justeru memudahkan pembiakan dan penyebaran kuman ini. Hal ini dilaporkan dalam Science News (Volume 165, Number 14) bertarikh 3 April 2004; di www.sciencenews.org di bawah tajuk 'A Virus Crosses Over to Wild-Animal Hunters.'Pada tahun 2002, jurnal perubatan terkenal iaitu Journal of the American Medical Association (JAMA) memberi amaran bahawa monyat-monyet yang hidup di kawasan Cameroon mengandungi virus yang menyerupai virus penyakit AIDS.

Virus ini boleh menjangkiti manusia yang memakan monyet-monyet ini.Kajian-kajian terkini menunjukkan besar kemungkinan wabak AIDS yang menyerang dunia hari ini berpunca dari amalan memakan daging haiwan liar. Inilah yang dinyatakan oleh pakar-pakar dari Universiti Nottingham di UK, Universiti Alabama di Birmingham, Universiti Duke di Durham, Universiti Tulane di New Orleans dan Universiti Montpelier di Perancis. Mereka melaporkan, kuman virus HIV pada asalnya menjangkiti haiwan liar dari jenis monyet.

Virus ini kemudiannya menjangkiti chimpanzi selepas ia memakan daging monyet ini. Manusia yang ghairah memburu dan memakan daging binatang liar menerima padahnya apabila akhirnya mereka pula dijangkiti virus ini selepas memakan daging chimpanzi.

Penemuan ini dilaporkan dalam majalah Science dan rumusan tentangnya dimuatkan dalam New York Times bertarikh 12 Jun 2003, di bawah tajuk 'Origin of AIDS Traced Back Another Step.'Haiwan-haiwan liar mengandungi pelbagai jenis kuman yang berbahaya.

Pemakanan daging-dagingnya oleh manusia menyebabkan kuman-kuman itu membiak dan akhirnya menyerang manusia dengan pelbagai jenis penyakit baru. Hal ini dinyatakan oleh Bushmeat Crisis Task Force (BCTF) yang berpusat di Washington D.C., Amerika. Bagi mereka bahaya ini bukan lagi suatu andaian sebaliknya telah menjadi suatu kenyataan yang menggerunkan.

Justeru pengharaman daging haiwan liar oleh Islam memang saintifik dan amat relevan dengan kesejahteraan manusia sejagat pada hari ini.Hukum Allah pasti ada hikmatnya. Kadangkala hikmat itu tersembunyi daripada kita dan kadangkala kita mampu memahaminya. Yang paling penting ialah kita terus mematuhi perintah Allah walaupun di peringkat awal kita tidak memahami hikmatnya. Semoga bermanfaat.

Rujukan: 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial

TIDUR YANG BERMANFAAT

Berapa jam kah yang diperlukan untuk tidur pada setiap malam? Nabi Muhammad tidak menyebutkan tentangnya secara khusus namun baginda berpesan,

“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas.”
(Riwayat Bukhari-Muslim)


Di dalam riwayat yang lain, baginda bersabda,
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk mu.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Keperluan tidur seseorang berbeza dengan seorang yang lain. Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika, mereka yang tidur kurang dari lapan jam setiap malam adalah lebih sihat daripada mereka yang tidur melebihi lapan jam. Hasil kajian selama enam tahun yang melibatkan sejuta orang dewasa berumur antara 30 hingga 102 tahun ini menunjukkan, mereka yang tidur 6-7 jam secara purata setiap malam hidup lebih lama dari mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang dari 4 jam setiap malam. Malah kajian ini juga mendapati, mereka yang tidur 5 jam setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada 8 jam. Penemuan ini disokong oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan ia telah dimuatkan di dalam Archives of General Psychiatry bertarikh 15 Februari, 2002.

Justeru, keperluan tidur berbeza bagi setiap individu. Tidur malam yang optimum ialah kadar yang mampu menghilangkan rasa mengantuk ketika anda memberikan tumpuan kepada ibadah dan aktiviti di waktu siang. Bagi sesetengah orang kadar optimumnya ialah 5-6 jam setiap malam, namun secara puratanya ialah 6-7 jam. Tidak perlu menghabiskan masa sehingga lebih daripada 8 jam untuk tidur. Masa adalah kehidupan. Semoga bermanfaat.
_________________
Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

PERSOALAN TENTANG KUBUR

  • Hadith melarang wanita menziarahi kubur


Lafaz hadith tersebut ialah :

لعن الله زوّارات القب

Maksudnya : "ALLAH melaknat wanita-wanita penziarah kubur."

(Riwayat al-Tirmizi dan katanya hadith ini Hasan Sahih)


Sebahagian ulama berpendapat hadith ini diucapkan oleh Nabi saw sebelum baginda mengeluarkan kelonggaran untuk menziarahi kubur. Apabila kebenaran untuk menziarahi kubur di keluarkan oleh Nabi saw, maka kebenaran itu merangkumi lelaki dan wanita.

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat bahawasanya larangan ini ditujukan kepada wanita-wanita yang kurang kesabarannya, apabila dia menziarahi kubur menyebabkan dia melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syara'.

Ulama yang lain pula berpendapat larangan ini ditujukan kepada wanita-wanita yang sering menziarahi kubur, sehingga menzahirkan sifat berlebih-lebihan dalam menziarahi kubur. Semua ini akan membawa kepada mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti meratapi orang yang telah meninggal dunia, tabarruj ketika keluar dari rumah dan perkara-perkara mungkar yang lain.

Jika semua ini dapat dijaga insyaallah mereka tidak termasuk dalam larangan ini.

  • Ziarah kubur ketika hari raya


TIDAK ada hadith yang sahih menetapkan sunatnya ziarah kubur pada pagi hari raya seperti yang diamalkan kebanyakan orang. Ziarah kubur sunat pada bila-bila masa dengan tujuan mengingati mati dan untuk mendoakan orang-orang yang telah mati. Menetapkan sesuatu amalan pada-waktu-waktu tertentu tanpa tunjuk ajar dari Nabi saw adalah termasuk dalam perbuatan bid'ah yang dilarang oleh baginda.

  • Baca Yasin dan al-Fatihah di Kubur


Kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Quran. Ziarah kubur dibenarkan bertujuan mengingatkan seseorang kepada kematian.
Yang diajarkan oleh Nabi saw kepada kita ialah mendoakan dan meminta ampun dari ALLAH swt untuk ahli kubur seperti hadith-hadith yang warid dari baginda.


  • Menandakan kubur dengan batu adalah daripada sunnah.

Sepertimana yang dilakukan oleh Nabi saw ketika baginda menanda kubur saudara susuan baginda 'Uthman bin Maz'uun dengan batu yang tidak ada sebarang tulisan di atasnya.


‏لما مات ‏ ‏عثمان بن مظعون ‏ ‏أخرج بجنازته فدفن فأمر النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏رجلا أن يأتيه بحجر فلم يستطع حمله فقام إليها رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏وحسر ‏ ‏عن ذراعيه ‏ ‏قال ‏ ‏كثير ‏ ‏قال ‏ ‏المطلب ‏ ‏قال ‏ ‏الذي ‏ ‏يخبرني ‏ ‏ذلك عن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏كأني أنظر إلى بياض ذراعي رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏حين ‏ ‏حسر ‏ ‏عنهما ثم حملها فوضعها عند رأسه وقال أتعلم بها قبر أخي وأدفن إليه من مات من أهلي


Maksudnya :

Ketika mati Uthman bin Maz'uun, kemudian dikeluarkan jenazahnya lalu ditanam. Lalu Nabi saw menyuruh seorang lelaki untuk mengambil sebuah batu. Akan tetapi lelaki tersebut tidak mampu mengangkatnya. Lalu Rasulullah saw bangun dan baginda mengangkat lengan bajunya. Kata rawi hadith : Kata orang yang meriwayatkan hadith ini kepada ku dari Rasulullah saw, katanya kami melihat putih pada dua lengan Nabi saw ketika baginda mengangkat lengan bajunya. Kemudian baginda mengangkat batu itu lalu diletakkan dibahagian kepala jenazah. Lalu baginda bersabda : "Aku menjadikannya sebagai tanda kubur saudara (susuan) ku. dan aku akan kebumikan di sini sesiapa yang mati dari kalangan keluargaku." (Riwayat Abu Daud di dalam Sunannya)

  • Rupa bentuk kubur Nabi saw.


Telah thabit sebuah hadith daripada Sufyan al-Tamar katanya :


رأيت قبر النبي صلى الله عليه وسلم , وأبي بكر , وعمر مسنما
Maksudnya : "Aku telah melihat kubur Nabi saw, ABu Bakar dan 'Umar (keadaannya)ditinggikan sedikit."


wallahu a'lam.


http://www.islamtoday.net/pen/show_question_content.cfm?id=8940
http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?hnum=1302&doc=0&IMAGE=%DA%D1%D6+%C7%E1%CD%CF%ED%CB

TATACARA SOLAT MALAM

Nabi saw telah melakukan solat malam dalam beberapa bentuk antaranya sepertimana hadith yang disebut oleh Imam Malik di dalam al-Muwato' (الموطأ) dari riwayat al-Imam Muhammad bin al-Hasan daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar ra. Demikian juga seperti hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi saw bagaimanakah cara sembahyang malam ? Jawab Nabi saw :

‏صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى

Maksudnya : "Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat, jika kami bimbang masuknya Subuh, sembahyanglah satu rakaat, kamu ganjilkan sembahyang kamu (jadikan witir di akhir)."

al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah sahih muslim menyebut : "Ini menjadi dalil bahawasanya berdasarkan sunnah, dijadikan solat witir itu akhir solat malam..."


Demikian juga al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada 'A-isyah r'anha.

bahawasanya Nabi saw sembahyang antara waktu selepas Isyak dan hampir subuh sebanyak 11 rakaat, baginda memberi salam setiap 2 rakaat dan baginda witir dengan satu rakaat, baginda sujud seperti kadar seseorang kamu membaca 50 ayat sebelum baginda mengangkat kepalanya. Apabila selesai azan subuh baginda solat dua rakaat (sunat sebelum subuh) yang ringan, kemudian baginda berbaring pada sebelah kanan sehingga di laungkan Iqamah untuk solat subuh.

Zikir selepas solat

Terdapat beberapa zikir yang diajarkan oleh Nabi saw supaya kita amalkannya selepas daripada solat. Antara Istighfar 3 kali, membaca ayat al-Kursi, 3 Qul, tasbih 33 kali, Tahmid 33 kali dan takbir 33 kali dan lain-lain.

HAKIKAT MENCINTAI RASULULLAH S.A.W

1) Mentawhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Hikmah utama diutusnya para Rasul termasuk Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menyerukan fahaman tauhid dan menentang syirik.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". (al-Nahl (16) : 36)

Al-Hafidz Ibnu Kathir berkata:

Semua mereka (para rasul) mengajak beribadah kepada Allah dan melarang beribadah kepada selain-Nya, dan Allah Ta'ala senantiasa mengutus para rasul dengan tugas tersebut semenjak terjadinya kesyirikan yang dilakukan oleh kaum Nabi Nuh `alahissalam. Dialah rasul pertama diutus oleh Allah kepada penghuni bumi hingga penutup para rasul Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang menyampaikan dakwahnya kepada bangsa jin dan manusia di belahan timur dan barat.

Keadaan mereka semua ini adalah sebagaimana firman Allah Ta'ala :

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (al-Anbiyak (21) : 25)

Maksud mengtauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah beribadah hanyalah kepada Allah sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa jua pun.

Inilah pengertian sebenar kalimah tauhid iaitu La Ilahaa IllaAllah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) iaitu dengan memurnikan ibadah hanya kepada-Nya dan berlepas diri dari segala sesuatu selainnya. Inilah misi utama Nabi Muhhamad shallallahu 'alaihi wasallam terhadap umatnya.

Oleh itu untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam maka hendaklah kita menghindari amalan amalan syirik seperti menyembah berhala, berdoa hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala tanpa perataraan (wasilah) yang tidak di izinkan-Nya seperti bertawassul di kuburan para wali, mentaati hukum-hukum Allah serta berlepas diri daripada hukum buatan manusia yang tidak selari dengan syarak, tidak memakai tangkal, tidak bertilik nasib, tidak berjumpa bomoh, mengingkari Nama-nama dan Sifat-sifat Allah dan lain-lain lagi. Mengtauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala merupakan bukti yang paling kukuh menujukkan kita mencintai Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

2) Menghargai al-Qur'an serta mengamalkan isu kandungannya.
Di antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah dengan berpegang teguh kepada segala firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terkandung di dalam al-Qur'an. Al-Qur'an yang merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada baginda adalah merupakan petunjuk yang jelas bagi sekalian umat manusia dan juga merupakan pembeza di antara perkara yang benar dan perkara yang menyalahi syarak. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Bulan Ramadan, bulan yang padanya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). (al-Baqarah (2) : 185)

Antara misi utama Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk mengajar umat manusia tentang al-Qur'an serta mempraktikkannya supaya boleh dijadikan contoh teladan bagi umat pada masa hadapan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

… dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku (iaitu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) supaya aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang yang sampai al Qur'an kepadanya. (al-An'aam (6) : 19)

Dan al-Qur'an itu telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu (iaitu Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian. ( al-Israa' (17) : 106)

Oleh itu sekiranya al-Qur'an ini tidak dihargai dengan mempelajarinya dan mempraktikkannya ia sebenarnya menggambarkan sikap kita yang memperlekehkan tugas utama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diutuskan kepada umatnya yakni menyampaikan al-Qur'an. Mereka yang memperlekehkan baginda tidak selayaknya dikategorikan di dalam golongan yang mencintainya.

3) Mentaati Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Di antara tanda-tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya. Pada dasarnya semua perbuatan dan ucapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam wajib dikuti dan diteladani.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab (33) : 21)

Menurut al-Hafidz Ibnu Kathir:

Ayat ini merupakan dasar utama untuk mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam baik dalam ucapan, perbuatan mahupun hal ehwal baginda.

Mentaati Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga adalah bukti yang menujukkan kita mencintai Allah 'Azza wa Jalla.

Firman-Nya

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali `Imraan (3) : 31)

Memperjuangkan sunnah juga bermaksud menghindari amalan bidaah. Bidaah seperti yang didefinisikan oleh Imam al-Syathibi rahimahullah adalah:

Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalnya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. (Dinukil daripada kitab Meluruskan Tafsir Bidaah karya Syaikh Alwi bin Abdul Qadir al-Seqaf yang merupakan ringkasan kepada kitab al-I'tishom karya Imam Abu Ishaq Al-Syathibi (edisi terjemahan oleh Farid Qurusy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya, 2003), ms. 2)

Dari definisi ini dapat kita fahami bahawa medan operasi bidaah adalah dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama sahaja. Oleh itu apa jua bentuk rekaan terkini di dalam hal kehidupan duniawi maka ianya tidak termasuk di dalam ruang lingkup perbahasan bidaah secara syariah.

Ini adalah kerana terdapat dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam untuk terlibat di dalam usaha untuk mencipta rekaan-rekaan yang terkini demi kemajuan umat Islam. Di dalam hal ehwal dunia, manusia memiliki kebebasan untuk melakukan inovasi yang termoden asalkan sahaja tidak mendatangkan keburukan kepada orang ramai serta tidak bertentangan dengan syariah. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu. (Hadis Riawayat Imam Muslim)

Jika sekiranya sesuatu itu urusan dunia kamu, maka uruskanlah dengannya, dan kalau sekiranya urusan agama kamu maka kembalikanlah kepada aku. (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Bidaah yang kita maksudkan di sini adalah mengada-adakan ritual-ritual agama baru yang tidak pernah diajar atau diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Seluruh bidaah yang bersangkutan dengan agama ini adalah sesat dan pengamalannya adalah sia-sia kerana ianya tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur'an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (bidaah) dan setiap yang diada-adakan (bidaah) adalah sesat. (HadisRiawayat Imam Muslim)

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. (Hadis Riawayat Imam al-Bukhari)

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Oleh itu memerangi amalan bidaah merupakan satu bukti yang menunjukkan kecintaan kita kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan mengamalkan amalan bidaah menggambarkan pengkhianatan kita kepada dakwah baginda. Imam Malik rahimahullah berkata:

Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:

Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. (al-Maaidah (5) : 3)
Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. (Penulis nukil dari kitab Meluruskan Tafsir Bid'ah karya Alwi bin Abdul Qadir al-Seqaf, ms. 14)

Oleh itu berhati-hatilah dengan amalan-amalan bidaah walaupun ianya nampak seperti amalan yang baik baik dan memiliki tujuan yang mulia. Ingat pesanan `Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma:

"Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan
bidaah tersebut) hasanah (baik)."
(Diriwayatkan oleh Imam al-Lalaka'i)

4) Menyebarkan Sunnah Nabi

Mencintai Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda malah di antara tanda kesempurnaan perasaan cinta kepada baginda adalah dengan menyebarkan sunnah-sunnah tersebut kepada seluruh umat manusia. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

Hendaklah yang yang hadir menyampaikan (ajaran baginda) kepada yang
tidak hadir. (
Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sampaikan dariku walaupun satu ayat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Keinginan untuk menyebarkan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, menyampaikannya serta mengajarkannya adalah satu usaha untuk menyambung tugasan baginda setelah baginda wafat. Sekiranya kerja-kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan pasti sunnahnya akan mati dan digantikan dengan amalan-amalan bidaah.

5) Sentiasa memujinya dan mengingatinya
Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam maka seharusnya baginda senantiasa berada di hati kita. Kita sepatutnya senantiasa mengingati pengorbanan yang telah baginda lakukan demi untuk menyelamat umatnya dari lembah kesesatan. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya yang menyuluh perjalanan kita.

Hendaklah kita hanya menyibukkan diri dengan sejarah baginda yang sahih dan menghindari cerita-cerita palsu dan lemah yang banyak tersebar dalam masyarakat. Penulis juga menganjurkan para ulamak untuk mengkaji semula kandungan kitab Barzanji ataupun Burdah al-Bushairi yang sering dibacakan dalam majlis-majlis maulid kerana di dalamnya terdapat banyak kisah-kisah palsu serta lemah yang tidak mempunyai sandaran malah boleh membawa kepada kesyirikan dan khurafat.

Disarankan juga bagi umat Islam di Malaysia untuk mendapatkan kitab-kitab Sirah Nabi yang muktabar untuk dijadikan rujukan. Hendaklah juga sirah-sirah Nabi ini diajarkan sepanjang tahun dan bukan hanya menunggu tarikh 12 Rabiulawal.

Kita juga sepatutnya sering melafazkan kata-kata pujian kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzaab (33) : 56)

Selawat-selawat yang kita ucapkan mestilah bersumber dari hadis-hadis yang sahih dan bukan selawat-selawat ciptaan manusia yang adakalanya terkandung kata-kata pujian yang berlebihan. Antara kalimah selawat yang baginda telah ajarkan adalah seperti berikut:

Sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana (caranya) kami mengucapkan salam kepada
mu, maka bagaimanakah cara kami berselawat kepada mu?"


Baginda menjawab : "Ucapkanlah oleh kalian : Allahumma shalli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad kama shallaita `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim innaka hamidun majid. Allahumma barik `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad, kama barakta `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid. (Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia."

Dewasa ini ramai orang yang tidak ambil peduli lagi untuk benar-benar mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam tatacara berselawat. Malah mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, para sahabat, generasi tabi'in, tabi'ut tabi'in mahupun imam-imam mazhab yang empat.

Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat dari lafaz aslinya yang datang dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara total oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sahih. Ini adalah kerana Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam adalah makhluk yang paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi Allah `Azza Wa Jalla. Maka sewajarnya untuk kita tidak mencontohi ikutan yang lain selain dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam.

Menurut Syaikh Abu Ubaidah:
Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam merupakan sebuah ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti sebagaimana ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) maka kita semua wajib membaca selawat kepada beliau dengan lafaz yang telah ditetapkan...Kita tidak boleh menambah mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu bentuk pembangkangan terhadap pemilik syari'at (iaitu Allah Ta'ala) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati. (Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, (edisi terjemahan oleh W. Djunaeidi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001) ms. 162)

Berselawat kepada baginda disyari'atkan dalam pelbagai ibadah seperti tasyahhud dalam solat, khutbah, solat jenazah, sesudah azan, saat berdoa, saat namanya disebut dan pelbagai kesempatan yang lain.

6) Mencintai mereka yang dicintai Nabi
Di antara tanda kecintaan seseorang kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti Ahlulbaitnya serta para sahabatnya serta membenci mereka yang memusuhi, membenci serta menentang dakwah baginda. Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Jangan kalian mencela sahabat-sahabatku (setelah akau meninggal) dengan perkataan yang jelek seperti sasaran yang ditembak dengan anak panah. Siapa yang mencintai mereka maka aku mencintainya dan siapa yang membenci mereka maka aku aku akan membencinya. Siapa yang mencelakai mereka bererti dia telah mencelakaiku dan siapa yang telah mencelakaiku maka dia telah mencelakai Allah dan sesiapa yang mencelakai Allah maka Dia akan mengsegerakan mengazabnya. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang hampir sahaja utusan Tuhanku (malaikat maut) dating menjemputku lalu aku memenuhinya. Aku akan meninggalkan kepadamu Tsaqalain (dua perkara yang berat): Yang pertama, Kitabullah yang berisi petunjuk dan cahaya. Berpegang teguhlah kepada Kitabullah. Baginda menganjurkan atas Kitabullah dan motivasi untuk itu, kemudian baginda bersabda: "Dan Ahlulbaitku, aku mengingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlulbaitku, aku mengingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlulbaitku. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Secara logiknya sesiapa yang mencintai seseorang maka dia juga akan mencintai apa yang orang tersebut cintai. Hal ini dikuatkan dengan dalil dari sebuah hadis:

Bahawa sesiapa yang mencintai seseuatu maka dia mencintai segala yang disukainya, yang serupa dengannya, dan segala yang bertalian dengannya. (Diriwayatkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fathul Baari)

7) Membela Nabi dari serangan golongan munafik
Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hukum Allah serta sunnah-sunnah baginda shallallahu 'alaihi wasallam sedang hebat diperlekehkan oleh kelompok-kelompok munafik seperti gerakan Islam Liberal, Golongan Anti Hadis, para orientalist dan lain-lain kelompok yang sesat. Oleh itu di antara tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah dengan membantah hujah-hujah golongan tersebut dan membela baginda dengan memberikan penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu-isu batil yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik maka dia
akan mendapatkan balasan syurga.
(Hadis riwayat Imam Muslim)


Allah Subhanahu wa Ta'ala akan sentiasa menghargai mereka yang membela agama-Nya dengan memberi pertolongan kepada mereka. Firman-Nya:

Sesungguhnya Allah pasti menolong mereka yang menolong (agama)Nya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
(al-Hajj
(22) ; 40)

Demikianlah beberapa tanda-tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Jelas di sini apa yang dapat kita lihat bahawa hakikat mencintai Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bukanlah satu perkara yang datang hanya setahun sekali iaitu pada tarikh 12 Rabiulawal sahaja ataupun dengan hanya menganjurkan upacara-upacara tertentu sempena Maulidur Rasul.

Mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah satu proses yang berterusan dan senantiasa perlu diperhatikan setiap waktu dan ketika. Jelas juga bagi kita bahawa di antara ciri-ciri utama bagi golongan yang benar-benar mencintai baginda adalah mereka yang senantiasa berusaha untuk menegakkan sunnah serta menentang bidaah.

Semoga sambutan Maulidur Rasul di Malaysia pada tahun ini benar-benar akan menggambarkan hakikat sebenar kecintaan umat Islam di Negara ini terhadap Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dengan menyisihkan segala amalan-amalan bidaah yang dikhususkan sempena sambutan hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam iaitu hari kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.

Cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dapat dibuktikan dengan ittiba' (mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) dan bukan ibtida' (dengan mengamalkan amalan bidaah).

Friday, April 14, 2006

PERKARA MEROSAKKAN TAUHID. (BOMOH)

Berjumpa Bomoh

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لا يَعْلَمُهَا إِلا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْوَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِين

Dan di sisi Allah jualah anak kunci segala yang ghaib, tiada siapa mengetahuinya kecuali dia (al-An'aam 6:59)

قُلْ لا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلا ضَرًّا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَلاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah ( wahai Muhammad): "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib,tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, danpembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." (al-A'raaf 7:188)

Maka golongan pendusta bomoh yang mendakwa mengetahhui sesuatu yang ghaib patut dijauhi. Mereka mendakwa tahu siapa yang merosakan rumahtangga, siapa mencuri barang kita dan lain-lain. Golongan seperti ini bukan baru sahaja wujud, bahkan wujud sejak zaman Rasulullah SAW.

Muawiah bin al-Hakam RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:

حدثني أبو الطاهر وحرملة بن يحيى. قالا: أخبرنا ابن وهب. أخبرني يونس عنابن شهاب، عن أبي سلمة بن عبدالرحمن بن عوف، عن معاوية بن الحكم السلمي.قال: قلت يا رسول الله!أمورا كنا نصنعها في الجاهلية. كنا نأتي الكهان. قال "فلا تأتوا الكهان"قال قلت: كنا نتطير. قال "ذاك شيء يجده أحدكم في نفسه، فلا يصدنكم"

Wahai Rasulullah SAW! Ada perkara yang kami lakukan semasa zamanjahilliah iaitu mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.Rasulullah SAW menjawab, jangan mendatangi orang yang mendakwamengetahui ilmu ghaib
(sahih Muslim:5731, bab larangan menilik nasib dan mendatangi orang yang menilik)

orang yang mendakwa mengetahui hal-hal ghaib: (الكهان)Rasulullah SAW melarang berjumpa bomoh, sabda Baginda SAW:

حدثنا محمد بن المثنى العنزي. حدثنا يحيى (يعني ابن سعيد) عن عبيدالله،عن نافع، عن صفية، عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم،عن النبي صلى الله عليه وسلم. قال "من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبلله صلاة أربعين ليلة

"Sesiapa yang emndatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib,dan bertanya kepada dia tentang sesuatu, maka tidak akan diterimasolatnya selama empat puluh malam (Sahih Muslim:2230)

حدثنا موسى بن إسماعيل، ثنا حماد، ح وثنا مسدد، ثنا يحيى، عن حماد بنسلمة، عن حكيم الأثرم، عن أبي تميمة، عن أبي هريرةأن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم قال: "من أتى كاهناً" قال موسى في حديثه"فصدقه بما يقول" ثم اتفقا "أو أتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته حائضاً أوأتى امرأةً" قال مسدد: "امرأته في دبرها؛ فقد برىء مما أنزل اللّه على محمَّدٍصلى اللّه عليه وسلم

Sesiapa yang mendatangi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalumembenarkannya, atau menyetubuhinya isterinya yang haidh ataumenyetubuhi isterinya melalui dubur, sesungguhnya dia terlepas(keluar) dari apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW .
(AbuDaud:3904, Kitab at-Tibb, bab berkenaan penilik nasib. Di sahihkan olehal-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)Ada pula yang mendakwa bahawa apa yang dikatakan oleh bomoh itubenar-benar berlaku. Renunglah pula hadith ini:

وحدثنا عبد بن حميد. أخبرنا عبدالرزاق. أخبرنا معمر عن الزهري، عن يحيىبن عروة بن الزبير، عن أبيه، عن عائشة. قالت: قلت: يا رسول الله! إنالكهان كانوا يحدثوننا بالشيء فنجده حقا. قال "تلك الكلمة الحق. يخطفهاالجني فيقذفها في أذن وليه. ويزيد فيها مائة كذبة

Aisyah RA bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah SAW!Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib itu menghabarkan kepada kami sesuatu, kemudian kami dapati ia benar. Kata Rasulullah SAW: Itu adalah kalimah yang benar yang diambil oleh seorang jin dan dibisikkan kepada telinga pengikutnya, dan diamenambah padanya seratus kedustaan
(sahih Muslim: 2228)

Mereka yang mengunjungi bomoh biasanya akan disuruh melakukanamalan-amalan tertentu, antara yang popular ialah sembelih kambing hitam, sembelih ayam jantan dan lain-lain lagi. Cukuplah hadith ini untuk mereka yang menyembelih di atas nama selain nama Allah SWT:

حدثنا زهير بن حرب وسريج بن يونس. كلاهما عن مروان. قال زهير: حدثنامروان بن معاوية الفزاري. حدثنا منصور بن حيان. حدثنا أبو الطفيل، عامربن واثلة. قال:كنت عند علي بن أبي طالب. فأتاه رجل فقال: ما كان النبي صلى الله عليهوسلم يسر إليك؟ قال فغضب وقال: ما كان النبي صلى الله عليه وسلم يسر إليشيئا يكتمه الناس. غير أنه قد حدثني بكلمات أربع. قال فقال: ما هن؟ ياأمير المؤمنين! قال (لعن الله من لعن والده. ولعن الله من ذبح لغير الله.ولعن الله من آوى محدثا. ولعن الله من غير منار الأرض)

"Allah melaknat orang yang melaknat ibu bapanya, Allah melaknat orangyang menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat orang yangmelindungi ahli Bid'ah, dan Allah melaknat orang yang mengubahsempadan tanah (Sahih Muslim:1978, Kitab sembelihan, bab larangan menyembelih kerana selain Allah)

Thursday, April 13, 2006

KECERMERLANGAN DIRI

"Kecemerlangan tidak akan tercapai tanpa kebersihan hati. Untuk memantapkan hati beberapa ramuan diperlukan antaranya ialah ilmu, mujahadah dan zikrullah.

Ilmu yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan memastikan landasan yang digunakan untuk membersihkan hati tidak terbabas dari garis panduan syariat.

Untuk membersihkan hati mujahadah diperlukan. Mujahadah mengawal perjalanan hawa nafsu sehingga hati tidak terpengaruh dengannya. Dengan itu, mujahadah menyediakan hati untuk di tingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Peningkatan itu dicapai melalui zikrullah kerana zikrullah boleh dikiaskan seperti cahaya yang mampu menyinari hati. Cahaya ini akan menyerap masuk ke seluruh jasad dan anggota badan sehingga mempengaruhi setiap tindak tanduk yang dilakukan manusia.

Zikrullah yang paling penting ialah solat. Berhubung dengan ini,

Allah berfirman dalam surah Taha ayat 14,

"Tegakkanlah solat agar kamu dapat mengingatiKu."

Imam Abul Laith As-Samaqandi dalam kitab Tanbihul Ghafilin mengutarakan lima penawar yang dapat membersihkan hati iaitu,

  • Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
  • Sentiasa membaca Al-Quran.
  • Memelihara perut dari makanan haram.
  • Melakukan solat malam.
  • Zikir dan berdoa kepada Allah selalu terutamanya ketika waktu subuh.

Berbekalkan ramuan-ramuan ini potensi dan prestasi hati akan meningkat sehingga akhirnya manusia mencapai makam yang amat mulia, iaitu takwa.


"Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Tuesday, April 11, 2006

KEWAJIPAN MENCINTAI NABI S.A.W

Seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga di benar-benar mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam lebih dari dirinya sendiri serta kaum kerabatnya dan harta-bendanya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (al-Tawbah (9) : 24)

Rasulllah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Aku lebih utama bagi setiap mukmin daripada dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sabdanya lagi:

Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Masih terdapat banyak lagi dalil sedemikian rupa yang tidak lain hanya menunjukkan kewajipan mencintai baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang merupakan di antara ciri-ciri golongan yang beriman. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berhak meraih cinta tersebut kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka jahanam dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.


Mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah merupakan antara kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan (rasul) Allah yang merupakan sebahagian dari kalimah syahadah.

Monday, April 10, 2006

MAULIDUR RASUL

Saban tahun 12 Rabiulawal muncul, maka saban tahun juga polemik tentang sunnah atau bidaahnya menyambut Maulidur Rasul akan muncul. Pihak yang menentang sambutan Maulidur Rasul menyatakan sambutan tersebut adalah bidaah kerana ianya tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan sahabatnya radhiallahu 'anhum serta zaman para salafussoleh. Malah imam-imam mazhab yang empat seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad rahimahumullah juga tidak pernah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul ini.

Timbul persoalan adakah mereka semua ini tidak mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan Maulidur Rasul? Bagi pihak yang menyokong sambutan ini mereka beranggapan ianya adalah bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan baginda shallallahu 'alaihi wasallam dan mencerminkan kasih sayang kita kepada baginda. Apatah lagi tidak terdapat larangan yang khusus dari Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya terhadap sambutan Maulidur Rasul ini.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa golongan yang pertama kali mengadakan upacara sambutan Maulidur Rasul ini adalah Bani Ubaid al-Qadah dari kelompok Fathimiyah yang memerintah Mesir bermula dari 362 sehingga 567 Hijrah.


Mereka ini berfahaman syi'ah rafidhah dan juga terpengaruh dengan aliran Qaramithah al-Bathiniyah iaitu kelompok yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kerajaan Fathimiyah ini menganjurkan upacara peringatan Maulidur Rasul ini bukan di atas dasar cinta kepada Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam tetapi tujuan utama mereka adalah berunsur politik yakni untuk mencari pengaruh serta sokongan dari rakyat untuk menutupi kesesatan mereka. Jika mereka inilah pelopor sambutan Maulidur Rasul, jadi bagaimanakah caranya para salafussoleh mempamerkan kecintaaan mereka kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Tentu sekali kita telah fahami bahawa golongan yang paling mencintai Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah para sahabatnya dan generasi yang terbaik menurut menurut baginda shallallahu 'alaihi wasallam adalah para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in.

Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi'in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi'ut tabi'in). (Hadis riwayat Imam al Bukhari)

Friday, April 07, 2006

SOLAT ISTIKHARAH

Melakukan solat sunat Istikharah adalah sama sepertimana anda hendak melakukan solat sunat yang lain. Anda mestilah suci daripada hadath kecil dan besar, menghadap kiblat dan seumpamanya.

Ia dilakukan untuk memohon pilihan dalam dua atau lebih perkara yang anda tidak tahu untuk memilih yang mana satu.


Jabir bin Abdillah al-Salami meriwayatkan dari Nabi saw :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : " إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ

Maksudnya : "Adalah Nabi saw mengajarkan para sahabat baginda solat istikharah dalam urusan-urusan mereka semuanya sepertimana baginda mengajarkan mereka satu surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : "Jika seseorang dariapda kamu bercita-cita terhadap suatu urusan, maka sembahyanglah dua rakaat yang bukan fardhu, kemudian bacalah (doa) :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ( قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي) وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي( أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِه)ِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

Maksudnya :

"Ya ALLAH sesungguhnya aku memohon pilihanmu dengan ilmu mu dan aku memohong penetapan mu dengan kudratmu dan alu memohon anugerahmu. Sesungguhnya engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan engkau maha mengetahu dan aku tidak mengetahui. dan engkau maha mengetahui segala yang ghaib. Ya ALLAH sesungguhnya engkau mengetahui perkara ini - kemudian sebutkan urusannya itu - adakah ianya baik untuk ku, hidupku dan akhiratku (atau baik untuk agama ku dan kehidupanku) dan baik kesudahan urusanku, maka takdirkanlah ia untuk ku dan mudahkanlah ia untuk ku kemudian berkatilah aku padanya. Ya ALLAH sesungguhnya engkau mengetahui, jika perkara ini buruk untuk ku, agama ku dan hidupku dan kesudahan urusanku (atau buruk untuk duniaku dan akhiratku) maka jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, kemudian takdirkanlah untuk ku kebaikan walau dimana sahaja dia berada kemudian redailah aku dengannya."
(Hadith riwayat al-Bukhari, dan terdapat riwayat lain dari al-Tirmizi, al-Nasa-i, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)

Anda boleh membaca apa-apa surah selepas membaca al-Fatihah dalam dua rakaat solat.

wallahu a'lam.

Wednesday, April 05, 2006

HUKUM BERSALAMAN DENGAN WANITA

Seputar tentang dalil dan perbahasan secara ringkasnya berkenaan hukum-hukum yang berkaitan bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim.

Secara umumnya hukum yang benar ialah lebih baik menghindari berjabat salam dengan perempuan non-muhrim kerana sentuhan lebih kuat rangsangan nalurinya daripada memandang.

Dalilnya:

dari Ma'qal, bahawa Nabi SAW bersabda," bahawa jika ditusuk dengan besi dikepala seseorang adalah lebih baik baginya dari memegang-megang perempuan yang tidak halal baginya."
HR atTabrani, disahihkan oleh alMuhaddith al-Albani dalam Sahih alJaami' # 4921.

Dibolehkan dalam keadaan yang aman dari fitnah dan suasana yang memerlukan
(berbuat demikian) demi menunjukkan rasa ukhuwwah dan kasih sayang atau simpati,

contoh:

  • Mengucap selamat jalan untuk perjalanan yang jauh

  • Menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama

  • Atau belasungkawa (takziah) kerana tragedi dan musibah.

(Fatwa Dr Qardhawi dan Dr Abd Halim Abu Syuqqah dalam Fatawa Mu'asirat dan Tahrir alMar-ah)

Jika ingin bersalaman, hendaklah berlapik (Syaikh Athiyah Saqr, alHijab baynaatTasyri' wal Ijtimaa')

Bersalaman dengan adik ipar perempuan dgn abang iparnya.

Hubungan iparduai hanyalah mahram sementara sahaja, maka bersalamannya juga hendaklah dielakkan dalam amalan harian kecuali dalam keadaan yang aman dari fitnah dan suasana yang digariskan di atas.

Ini kerana amaran Baginda saw kepada ipar: " alHamuu alMaut" maksudnya " ipar itu adalah maut. [alBukhari, # 4831, cet saudi] Komentar alSyawkani (alNayl, 6/122), maksud ipar adalah maut dikhuatiri akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Maka hendaklah ditutup segala pintu-pintu fitnah seperti bergurau, bersalaman dan berkhalwat. [Dr Soleh alFawzan, Tanbihaat, kementerian Waqf, KSA, 1420H)

Tuesday, April 04, 2006

KENAPA IMAM-IMAM BERSELISIH

Kenapakah Imam-Imam Berselisih?

Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua.

Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.

Kedua-dua golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi iaitu ketika Baginda bersabda selepas perang Ahzaab:

Maksudnya:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraidzah.

Para sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib.

Ada yang berkata:

"Tujuan Rasulullah (s.a.w) berkata demikian ialah supaya bersegera."

Yang lain pula berkata:

"Tidak, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizah." Oleh itu kami tidak akan sembahyang melainkan di perkampungan Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib."

Jadi, mereka menunaikan Asar didalam waktu Maghrib.

Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab perselisihan.

Sebab lain lagi ialah ada manusia yang `mutasyaddid' (terlalu berhati-hati) dan ada yang `mutarakhis' (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.

Ibnu Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu 'Abbas. Ibnu Omar ketika berwudhuk akan memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas pula tidak merasakan perkara itu perlu.

Ibnu Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya. Ibnu `Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: "lanya seperti bunga yang dicium."

Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di dalam warisan Feqah.

Bahasa juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.

Firman Allah:

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228

Apakah yang dimaksudkan dengan quru'?

Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna.

Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Sebagai contohnya, firman Allah:

"Atau kamu sentuh perempuan. Al-Maidah: 6

Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?

Antara sebabnya lagi ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat. Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.

Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang tidak dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum al-balwa'.

Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.

Ada Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha'if (yang kemudiannya dinamakan hadis Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah seterusnya.

Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.

Ada yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang tidak berpendapat begitu.

Ada yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.

Ada yang berhujah dengan `masaah mursalah' (yang tidak ada dalil menunjukkan penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.

Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah `amr' (perintah) dan `nahyu' (larangan), `am' (umum) dan `khan' (khusus), `mutlak' dan `mugaiyad', `mantuq' dan `mafhum' serta lain-lain perkara lagi yang dijelaskan dalam ilmu Usul Fiqh.

Tegasnya, terdapat banyak sebab yang membawa kepada perselisihan Imam-imam. Banyak buku-buku sama ada lama dan baru yang disusun dalam masalah ini. Antaranya ialah kitab al Insaf fi asbab al-Ikhtilaf karangan al-'Allamah al-Dahlawi, `Asbab Ikhtilaf Llama' karangan Sheikh Ali al-Khafif dan buku `al-Sohwah al-Islamiahbainaal-Ikhtilafal-masyru` waal-Tafarrugal-Mazmum'
karangan saya sendiri.

Saya telah menerangkan di dalamnya, perselisihan di dalam perkara furu' (cabang) adalah daruri, rahmat, keluasan dan kekayaan. Saya juga menerangkan asas-asas fikiran dan akhlak yang terbina di atasnya `Fiqh al-Khilaf (cara-cara berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.

Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan tidak menyempitkan agama mereka. Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain.

Suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.

Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.

Ketika ditanya kenapa beliau berpatah balik daripada pandangannya, beliau berkata: "Itu adalah berdasarkan apa, yang telah kita tahu, ini pula berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu." Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah dan manusia akan terkesan dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan pandangannya.

Oleh sebab inilah, Imam Syafie mempunyai dua mazhab. Mazhab `Qadim' ketika beliau berada di Iraq dan mazhab `Jadid' ketika beliau berada di Mesir. Perkara ini boleh kita lihat dalam kitab-kitab Fiqh: "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Qadim"', "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Jadid'." Ini ialah kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat perkara-perkara yang belum pemah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang belum pemah didengarnya. Kerap kali mujtahid membetulkan kembali pandangannya. Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.

Apabila Abu Ja'far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya `Al-Muwattha", beliau (Abu Ja'far) telah berkata: "Jauhilah `syadaid' Ibnu Omar, `rukhsah' Ibnu 'Abbas, `syawaz' (keganjilan) Ibnu Mas'ud dan ajarlah ia kepada orang ramai."

Imam Malikmelaksanakan permintaan ini dan mengarang kitabnya yang terkenal dalam Islam dengan nama `Al-Muwattha'.

Khalifah kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab ini, tetapi Imam Malik (r.a) dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata:

"Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah."

Begitulah, mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu' (cabang) sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak. Tidak mungkin umat akan bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu' sebegini. Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini, diberikan kita peluang untuk berijtihad dan ruang bagi berbilang-bilang pandangan.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-pandangan lain). Tiada sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah' (kelonggaran) dalam mana-mana perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat bagi mengetahui yang manakah paling tepat dan benar?


(DI PETIK DARIPADA FATWA DR YUSUF QARADAWI - Bertaklid Pada Mazhab)