Friday, June 30, 2006

Solat 'Ghaib' Jenazah

Mensolat jenazah serang muslim adalah Fardhu Kifayah, kerana nabi shalallahu 'allaihi wassalam telah memerintahkannya.

Orang yang meninggal disuatu negeri yang tidak ada orang yang mensolatnya.Maka orang ini dapat disolati oleh sekelompok kaum muslimin dengan cara solat ghaib.

Nabi shalallahu 'allaihi wassalam pernah melaksanakan solat ghaib terhadap raja Najasyi.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu anhu,

" Sesungguhnya Rasullullah shalallahu 'allaihi wassalam mengabarkan kepada manusia sebuah berita kematian (dan pada saat itu Beliau shalallahu 'allaihi wassalam sedang berada di Madinah) An-Najasyi (Ashhamah) (pemimpin Habasyah) pada hari kematiaannya.

Rasulullah shalallahu 'allaihi wassalam bersabda :

" Sesungguhnya saudara kalian telah meninggal"

Dalam riwayat lain disebutkan,

" Pada hari ini telah meninggal seorang hamba Allah yang shalih.(diluar negrimu, maka berdirilah dan solatilah dia).Mereka bertanya,'siapakah dia ya Rasulullah'? Beliau shalallahu 'allaihi wassalam bersabda, 'An-Najasyi'. Dan Beliau shalallahu 'allaihi wassalam bersabda, 'Mohonlah ampunan untuk saudara kamu'."

Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata, Nabi shalallahu 'allaihi wassalam membawa mereka keluar mushalla (dalam riwayat lain, "keluar ke Baqi"),(kemudian Beliau shalallahu 'allaihi wassalam maju dan mereka membuat saff dibelakangnya) (sebanyak dua saff),

(Abu Hurairah berkata,"Kami membuat saff dibelakangnya seperti saff solat jenazah,
dan kami solat sebagaimana kami mensolati jenazah), (kami tidak mengetahui caranya selain cara mensolati jenazah yang ada dihadapan kami).

(dia berkata,"Nabi shalallahu 'allaihi wassalam mengimami kami dan mensolatnya), dan bertakbir (atasnya) empat kali takbir,(dan dikatakan kepadanya,"Wahai Rasulullah, engkau mensolati hamba Habasyah (An-Najasyi)?".Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menunrunkan ayat, " Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada yang beriman kepada Allah."

Ibnu Qayyim berkata dalam kitabnya Zaadud Ma'ad (1/205-206), "Bukan termasuk petunjuk Beliau shalallahu 'allaihi wassalam atau sunnahnnya untuk melakukan solat ghaib bagi setiap orang yang meninggal ditempat lain.Sejumlah besar kaum muslimin meninggal di negri lain namun Beliau shalallahu 'allaihi wassalam tidak mensolati mereka.Sekiranya mereka melakukan niscaya hal ini akan dinukil dari mereka secara mutawattir.

Berbedza dengan keadaan sekarang ini, apa yang dilakukan oleh kebanyakan kaum muslimin dewasa ini, yakni melakukan solat ghaib untuk setiap jenazah yang tidak sempat dia ikut mensolatnya sebelum dikebumikan .Terutama apabila orang yang meninggal itu memiliki nama dan ternama, meskipun hanya dari sisi politik semata dan tidak dikenal memiliki kecenderungan terhadap Islam.

Apa yang telah kami katakan ini dapat diyakini bahwa sikap ini adalah bid'ah yang tidak dapat diragukan lagi bagi seorang yang mengetahui sunnah Rasulullah shalallahu 'allaihi wassalam dan madzhab salaf.

Walllahu Musta'an

Wasalamuallaikum Warahmatullah..

Dinukil dari : " Ringkasan Hukum Jenazah "
Karya : Syaikh Muhammad Nasirudin Al-Albani
Judul asli : Talkish Ahkam Al Janaiz "
Penerbit : Pustaka Azam

Hadis Melayu

AL-SUNAH dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, metod atau cara hidup. Ia juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk. Al-Sunah dari segi istilah ahli-ahli hadis ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak dan sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul.

Malangnya masyarakat Melayu sering disogokkan dengan perkataan atau ungkapan yang didakwa sebagai hadis sedangkan ia tidak mempunyai hujah yang kukuh. Ini dilabel sebagai ‘hadis Melayu’. Yang membimbangkan, ‘hadis Melayu’ ini seolah-olah diterima pakai dan menjadi pegangan agama oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto IZHAM JAAFAR menginterviu pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed untuk mengupas persoalan ini.

Apakah maksud ‘hadis Melayu’?


ROSLAN: ‘Hadis Melayu’ adalah perkataan yang bukan bersandar atau disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.. Ia adalah ungkapan mengenai sesuatu perkara yang kebanyakannya diambil daripada kitab-kitab Jawi lama ataupun banyak merujuk kepada buku terjemahan dalam bahasa Melayu tanpa merujuk kepada naskhah asal bahasa Arabnya.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, ia memang mempunyai pengikut dan semakin sebati tetapi orang tidak menyedari kesan buruknya. Walhal ia ibarat barah yang jika dibiarkan akan membahayakan umat Islam.

Bolehkah ustaz jelaskan contoh-contoh ‘hadis Melayu’ yang sering dianggap sebagai hadis Rasulullah s.a.w.?

Ada beberapa contoh ‘hadis Melayu’ seperti melarang anak-anak kecil yang belum baligh berada dalam saf yang sama dengan orang dewasa semasa bersolat. Alasannya kerana kanak-kanak itu masih najis kerana masih belum berkhatan. Ini bermakna takrifan najis itu amat berat sedangkan dalam Islam, kanak-kanak walaupun belum berkhatan adalah bersih jika pakaiannya bersih kecualilah jika kanak-kanak itu kencing atau buang air besar. Dari segi bahasa, najis ialah sesuatu yang kotor dan mengikut syarak, najis ialah kekotoran yang menegah daripada sahnya ibadat.

Saya ingin menarik perhatian kepada satu peristiwa di mana Rasulullah mendukung cucunya iaitu Hassan semasa mengimamkan solat. Apabila sujud baginda meletakkan cucunya di tepi dan apabila bangun semula, baginda mendukung semula cucunya. Logiknya, jika kanak-kanak najis dan tidak boleh berada dalam saf dewasa, tentu perbuatan Rasulullah itu tidak boleh dilakukan.

Begitu juga dengan ungkapan ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri China’, ‘cintakan negara adalah sebahagian daripada iman’, ‘kemiskinan itu menghampiri kekufuran’ dan kata-kata sahabat bukan sabda Nabi iaitu ‘bekerjalah kamu seolah-olah seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati esok hari’.

Semua ungkapan ini tidak ada sandaran sebagai hadis. Persoalannya kenapa kita tidak menggunakan hadis-hadis sahih yang diketahui sanadnya kerana banyak lagi hadis yang turut membicarakan soal-soal yang disebut itu. Perbuatan begini boleh membawa kepada permulaan bidaah atau bidaah saiyiah yang boleh membuat seseorang itu terkeluar akidahnya.

Mengapakah penyebaran ‘hadis Melayu’ ini berlaku sedangkan kita tahu kesan daripada beriman kepada hadis palsu adalah berdosa besar?

Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab. Sebab paling utama ialah kurang kefahaman tentang ilmu Islam yang membawa kepada tidak berapa kukuh punca nas dan tidak menapis punca ilmu. Ia juga akibat kesilapan penceramah, ustaz dan ustazah yang kurang cermat apabila membuat rujukan ilmu. Ada juga yang hanya menerima bulat-bulat sesuatu ungkapan yang diwariskan kepada mereka.

Penyebaran ‘hadis Melayu’ ini juga berlaku kerana taklid semberono tanpa dipastikan kesahihan nas hadis tersebut. Masyarakat pula menerimanya kerana orang yang menyampaikan perkara itu adalah ustaz, ustazah dan orang alim. Ia juga berlaku disebabkan kekurangan ilmu dalam bidang hadis kerana hadis juga mempunyai pelbagai martabat ada yang hasan, mutawatir, mauduk dan juga daif.

Satu lagi sebab ialah ketiadaan pengawalan dan tapisan dari segi penerbitan buku-buku agama dalam bahasa Melayu. Ini menyebabkan banyak buku hanya merujuk kepada tulisan kitab-kitab rumi semata-mata sehingga tidak membuat semakan kepada kitab yang asal dalam bahasa Arab.

Rasulullah pernah memberi amaran dengan sabdanya, Barang siapa yang berkata sesuatu yang aku tidak kata, bersedialah tempatnya di neraka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini adalah natijah kepada mereka yang mengada-ada atau mereka sesuatu dan mendakwanya sebagai hadis Rasulullah. Lebih buruk lagi, ada sebilangan masyarakat yang memperjuangkan falsafah biar mati anak jangan mati adat walaupun adat itu ada yang melanggar syariat.

Apakah kesan hadis Melayu terutama yang melarang kanak-kanak berada dalam saf dengan orang dewasa dalam konteks mendidik anak-anak bersolat?

Kepentingan solat telah ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, “Suruhlah anak-anak lelaki (dan perempuan) sembahyang apabila mereka berumur tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun pukullah mereka jika tidak bersembahyang.” (Riwayat Abu Daud)

Namun, ‘hadis Melayu’ ini membantutkan usaha mendidik anak-anak dalam bersolat. Membiarkan anak-anak dalam saf dengan rakan sebayanya tidak akan membetulkan solatnya. Kerap kali kita melihat kanak-kanak yang berada dalam kumpulannya bukan bersolat sebaliknya lebih kepada bermain-main, menyiku rakan dan sebagainya. Sebaliknya, jika mereka diletakkan di sebelah bapa mereka akan dapat belajar cara sembahyang yang betul dari segi perbuatan rukuk, sujud dan sebagainya. Solat bersama bapa atau dalam saf dewasa lebih mudah mendisiplinkan anak-anak supaya mereka mencontohi kaifiat solat yang betul. Malah di negara-negara Arab, kanak-kanak ini dapat dilihat bersolat dalam saf dewasa.

Mula-mula mungkin kanak-kanak ini bermain tetapi lama-kelamaan apabila sudah terdidik mereka akan bersolat dengan betul. Apabila hal ini sudah tertanam dalam diri, sudah pasti mereka akan menjadi generasi yang mengimarahkan rumah-rumah Allah apabila dewasa kelak.

Barangkali ‘hadis Melayu’ itu timbul akibat sikap ibu bapa yang tidak mengawal anak-anak semasa membawa mereka ke masjid dan surau?

Ada kemungkinan juga tetapi pokoknya jangan berpegang atau beriman dengannya kerana ia bukan hadis. Ibu bapa yang hendak membawa anak ke masjid dan surau pun kenalah bijak. Kalau anak masih kecil pakaikan lampin pakai buang supaya tidak menjejaskan kesucian rumah Allah. Kalau anak masih terlalu kecil dan nakal serta tidak dapat dikawal janganlah bawa kerana ia boleh memudaratkan jemaah yang lain. Tetapi yang jelas, Islam tidak pernah melarang meletak anak dalam saf dewasa.

Bagaimanakah kita hendak membetulkan persepsi masyarakat tentang ‘hadis Melayu’ ini?

Pertamanya ia memerlukan kerjasama semua pihak terutama pihak berwajib dalam membezakan antara adat dengan ibadat. Penjelasan ini perlu disusun rapi untuk memudahkan masyarakat Islam. Semua pihak kena berlapang dada dan hikmah kerana perselisihan memang dibenarkan dalam agama tetapi ia hanya terhad kepada hal-hal yang furuk (cabang) bukan perkara qat’ie atau pokok. Ini dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud, Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunah) Rasulnya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. (An-Nisaa’: 59)

Pendakwah juga mesti amanah kepada ilmu. Sesuatu yang diterima itu perlu ada kajian dan jangan diterima secara semberono. Ini menunjukkan kepentingan berfikir. Imam Ghazali pernah berkata, sesaat orang alim berfikir adalah lebih baik daripada bercakap beberapa patah perkataan. Dengan kata lain, kita perlu kembali kepada rujukan asal yang muktabar iaitu al-Quran dan hadis.

Khalayak atau para hadirin juga mesti berperanan sebagai check and balance dengan bertanyakan soalan semasa mencari ilmu. Dalam kitab Tanbihulghafilin karangan Abu Lais Samarqandi ada disebutkan adab menuntut ilmu iaitu orang belajar mesti mendapat sesuatu yang betul daripada orang yang mengajar kerana adab belajar jangan menerima sahaja.

Kita juga perlu menerima hakikat yang kebenaran itu hanya satu dan tidak berbilang-bilang sebagaimana yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a.. Kalau ulama bertelingkah, masyarakat akan menjadi mangsa.

--------

sumber : utusan.com.my

Saturday, June 24, 2006

Besar-besarkan Qurban...

oleh Syeikh al-Albani



Mukaddimah

Bila menjelang hariraya Idul Adha banyak kita dengar para khatib membacakan hadis-hadis yang menggalakan agar kita berkorban, tetapi kadangkala di antara hadis-hadis tersebut banyak yang perlu ditinjau kembali samada sahih atau tidak?

Salah satu hadis yang perlu kita teliti ialah sebagaimana di bawah.


Teks Hadits

عَظِّمُوْا ضَحَايَاكُمْ فَإِنَّهَا عَلَى الصِّرَاطِ مَطَايَاكُمْ

Besar-besarkan qurban-qurban kamu sebab ia akan menjadi kendaraanmu di atas shirath (kelak).

Kualiti hadis: Tidak ada asalnya dengan lafaz semacam ini.

Ibn ash-Shalaah berkata, Hadis ini tidak dikenal dan tidak tsabit .

Dinukil oleh syaikh Ismail al-Ajluny di dalam kitab Kasyf al-Khafaa`, sebelumnya dinukil oleh Ibn al-Mulaqqin di dalam kitab al-Khulashah (Jld.II, h.164), dia menambahkan, Menurutku, pengarang Musnad al-Firdaus menisbatkannya dengan lafaz Istafrihuu sebagai ganti lafaz Azhzhimuu (di atas). Kedua-duanya bermakna, Berkurbanlah dengan qurban yang mahal, kuat dan gemuk.

Syeikh al-Albani memberi komentar: Dan sanadnya Dhaif Jiddan (lemah sekali).

(Lihat, Silsilah al-Ahaadiits adl-Dlaifah Wa al-Mawdluuah Wa Atsaruha as-Sayyi` Fi al-Ummah, Jld.I, h.173-174, no.74)

Di dalam buku yang sama, jld.III, h.411, no.1255, Syaikh al-Albani mengetengahkan hadis lainnya yang semakna dengan hadis di atas, hanya berbeda lafaz sahaja, yaitu dengan teks:

اِسْتَفْرِهُوْا ضَحاَيَاكُمْ فَإِنَّهَا مَطَايَاكُمْ عَلَى الصِّرَاطِ

Syeikh al-Albani memberi ulasan:


Tarafnya Dhaif Jiddan (Lemah Sekali). Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Dhiyaa` di dalam kitab al-Muntaqa Min Masmuuaatihi Bi Marw (Jld.II, h.33), dari Yahya bin Ubaidullah, dari ayahnya, dia berkata, Aku mendengar Abu Hurairah berkata, … Lalu ia menyebutkannya secara marfu.

Menurutku (Syeikh al-Albani):

Sanad ini Dhaif Jiddan . Alasannya, ada cacat pada periwayat bernama Ibn Ubaidullah bin Abdullah bin Mawhib al-Madany. Ahmad berkata, Ia bukan periwayat yang Tsiqah. Ibn Abi Hatim dari ayahnya berkata, Ia seorang periwayat hadis yang lemah, bahkan hadis yang diriwayatkannya Munkar Jiddan. (Hadis Munkar adalah hadis yang diriwayatkan oleh periwayat yang lemah bertentangan dengan riwayat-riwayat para periwayat yang tsiqah-pent).

Imam Muslim dan an-Nasaie berkata, Hadisnya ditinggalkan

Sedangkan ayahnya, Ubaidullah adalah seorang periwayat yang Majhul .

Imam asy-Syafiiy dan Ahmad berkata (lafaz ini berasal dari Ahmad), Ia periwayat yang tidak dikenal.

Sedangkan Ibn Hibban memasukkannya dalam kitabnya ats-Tsiqaat yang berkata, Anaknya, Yahya meriwayatkan darinya, padahal ia tidak ada apa-apanya sedangkan ayahnya seorang periwayat yang tsiqah. Terjadinya hadits-hadits Munkar pada hadisnya kerana bersumber dari anaknya, Yahya.

Kemudian saya (Syaikh al-Albani) melihat bahwa al-Hafizh Ibn Hajar dalam bukunya Talkhiish al-Habiir (Jld.IV, h.138) berkata, Dikeluarkan oleh pengarang Musnad al-Firdaus dari jalur Yahya bin Ubaidullah bin Mawhib…Dan Yahya adalah seorang periwayat yang Dhaif Jiddan.

(Lihat, Silsilah al-Ahaadiits adl-Dlaifah Wa al-Mawdluuah Wa Atsaruha as-Sayyi` Fi al-Ummah, Jld.III, h.411, no.1255)



Disaring dari www.alsofwah.or.id

Tuesday, June 20, 2006

Tajdid Iman: Tangisan keinsafan pembersih dosa

Bersama Dr Juanda jaya

Bangun dan sujud pada tengah malam amalan Rasullah serta sahabat

SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.



Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: "Letakkan pipiku di atas tanah." Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: "Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?" Umar berkata lagi: "Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!"

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.


Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.


Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?

Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?


Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

INTI PATI


Seseorang manusia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya, oleh itu letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.


Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama padaalam kubur. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan yang amat penting. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.


Menangis kerana ingatkan hari perhitungan. Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Thursday, June 15, 2006

Kenyataan Jaringan Islam Liberal Di Indonesia

“Di Indonesia, penyebaran fahaman ini sudah sangat meluas, dilakukan oleh para tokoh, cendikiawan, dan para pengasong idea-idea liberal. Berikut ini pernyataan-pernyataan mereka:

a. Ulil Abshar Abdalla mengatakan: "Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar." (Majalah GATRA, 21 Disember 2002). Ulil juga menulis: "Dengan tanpa rasa sungkan dan kekok, saya mengatakan, semua agama adalah tepat berada pada jalan seperti itu, jalan panjang menuju Yang Maha Benar. Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman yang berbeza-beza dalam menghayati jalan religiusitas itu. Semua agama ada dalam satu keluarga besar yang sama: iaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang tak pernah ada hujungnya." (Kompas, 18-11-2002, dalam artikelnya berjudul "Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam)".

Idea Ulil tentang agama ini berimbas pada masalah hukum perkahwinan antara agama, yang akhirnya ditegaskan kembali keharamannya oleh fatwa MUI. Dalam artikelnya di Kompas (18/11/2002) tersebut, Ulil juga menyatakan: "Larangan kahwin beza agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah tidak relevan lagi."

b. Budhy Munawar Rahman, penulis buku Islam Pluralis, di buku Wajah Liberal Islam di Indonesia (terbitan JIL), menulis, satu artikel berjudul "Basis Teologi Persaudaraan Antara Agama" (hal. 51-53). Di sini, ia mempromosikan teologi pluralis. la menulis bahawa "Konsep teologi semacam ini memberikan legitimasi kepada "kebenaran semua agama", bahawa pemeluk agama apa pun layak disebut sebagai "orang yang beriman", dengan makna "orang yang percaya dan menaruh percaya kepada Tuhan". Kerana itu, sesuai QS 49:10-12, mereka semua adalah bersaudara dalam iman."

Budhy menyimpulkan, "Kerananya, yang diperlukan sekarang ini dalam penghayatan masalah Pluralisme antara agama, yakni pandangan bahawa siapapun yang beriman tanpa harus melihat agamanya apa adalah sama di hadapan Allah. Kerana, Tuhan kita semua adalah Tuhan Yang Sama." (8)

c. Prof. Dr. Abdul Munir Mulkhan, dosen UIN Yogyakarta, menulis: "Jika semua agama memang benar sendiri, penting diyakini bahawa syurga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri banyak pintu dan kamar. Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama memasuki kamar syurganya. Syarat memasuki syurga ialah keikhlasan pembebasan manusia daripada kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan, tanpa melihat agamanya. Inilah jalan universal syurga bagi semua agama. Dari sini kerjasama dan dialog pemeluk berbeza agama jadi mungkin" (9)

d. Prof. Dr. Nurcholish Madjid, menyatakan, bahawa ada tiga sikap dialog agama yang dapat diambil. laitu, pertama, sikap eksklusif dalam melihat agama lain (agama-agama lain adalah jalan yang salah, yang menyesatkan bagi pengikutnya). Kedua, sikap inklusif (agama-agama lain adalah bentuk implisit agama kita). Ketiga, sikap pluralis yang bisa terekspresi dalam macam-macam rumusan, misalnya: "Agama-agama lain adalah jalan yang sama-sama sah untuk mencapai kebenaran yang sama", "Agama-agama lain berbicara secara berbeza, tetapi merupakan kebenaran-kebenaran yang sama sah", atau "Setiap agama mengekspresikan bahagian penting sebuah kebenaran".

Lalu, tulis Nurcholish lagi, "Sebagai sebuah pandangan keagamaan, pada dasarnya Islam bersifat inklusif dan merentangkan tafsirannya ke arah yang semakin pluralis. Sebagai contoh, filsafat paranial yang belakangan banyak dibicarakan dalam dialog antara agama di Indonesia merentangkan pandangan pluralis dengan mengatakan bahawa setiap agama sebenarnya merupakan ekspresi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan daripada berbagai-bagai agama. Filsafat paranial juga membahagi agama pada level eksotrik (batin) dan eksotrik (lahir). Satu agama berbeza dengan agama lain dalam level eksotrik, tetapi relatif sama dalam level eksotriknya. Oleh kerana itu ada istilah "Satu Tuhan Banyak Jalan"." (10)

Nurcholish Madjid juga menulis: "Jadi Pluralisme sesungguhnya adalah sebuah Aturan Tuhan (Sunnat Allah, "Sunnatullah") yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin dilawan atau diingkari." (11)


f. Dr. Alwi Shihab menulis: "Prinsip lain yang digariskan oleh Al-Quran, adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap komunitas beragama dan, dengan begitu, layak memperoleh pahala daripada Tuhan. Lagi-lagi, prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme keagamaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat Al- Quran. Sebab Al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komuniti agama daripada lainnya." (12)

g. Sukidi, alumnus Fakultas Syariah IAIN Ciputat yang sangat aktif menyebarkan fahaman Pluralisme Agama, menulis di koran Jawa Pos (11/1/2004): "Dan, konsekuensinya, ada banyak kebenaran (many truths) dalam tradisi dan agama-agama. Nietzsche menegasikan adanya Kebenaran Tunggal dan justeru bersikap afirmatif terhadap banyak kebenaran. Mahatma Gandhi pun seirama dengan mendeklarasikan bahawa semua agama - entah Hinduisme, Buddhisme, Yahudi, Kristian, Islam, Zoroaster, mahupun lainnya- adalah benar. Dan, konsekuensinya, kebenaran ada dan ditemukan pada semua agama. Agama-agama itu diibaratkan, dalam nalar Pluralisme Gandhi, seperti pohon yang memiliki banyak cabang (many), tapi berasal daripada satu akar (the One). Akar yang satu itulah yang menjadi asal dan orientasi agama-agama. Kerana itu, mari kita memproklamasikan kembali bahawa Pluralisme Agama sudah menjadi hukum Tuhan (sunnatullah) yang tidak mungkin berubah. Dan, kerana itu, mustahil pula kita melawan dan menghindari. Sebagai muslim, kita tidak punya jalan lain kecuali bersikap positif dan optimistik dalam menerima Pluralisme Agama sebagai hukum Tuhan."

h. Dr. Luthfi Assyaukanie, dosen Universitas Paramadina,menulis di Harian Kompas: "Seorang fideis Muslim, misalnya, bisa merasa dekat kepada Allah tanpa melewati jalur shalat kerana ia bisa melakukannya lewat meditasi atau ritus-ritus lain yang biasa dilakukan dalam persemadian spiritual. Dengan demikian, pengalaman keagamaan hampir sepenuhnya independen daripada aturan-aturan formal agama. Pada gilirannya, perangkat dan konsep-konsep agama seperti kitab suci, nabi, malaikat, dan lain-lain tak terlalu penting lagi kerana yang lebih penting adalah bagaimana seseorang bisa menikmati spiritualiti dan mentransendenkan dirinya dalam lompatan iman yang tanpa batas itu." (Kompas, 3/9/2000).

i. Nuryamin Aini, Dosen Fak. Syariah UIN Jakarta: "Tapi ketika saya mengatakan agama saya benar, saya tidak punya hak untuk mengatakan bahawa agama orang lain salah, apalagi kemudian menyalah-nyalahkan atau memaki-maki."(13)

Yang perlu diperhatikan oleh umat Islam, khususnya kalangan lembaga pendidikan Islam, adalah bahawa hampir seluruh LSM dan projek yang dibiayai oleh LSM-LSM Barat, seperti The Asia Foundation, Ford Foundation, adalah mereka yang bergerak dalam penyebaran fahaman Pluralisme Agama. Itu misalnya bisa dilihat dalam artikel-artikel yang diterbitkan oleh Jurnal Tashwirul Afkar (Diterbitkan oleh Lakpesdam NU dan The Asia Foundation), dan Jurnal Tanwir (diterbitkan oleh Pusat Studi Agama dan Peradaban Muhammadiyah dan The Asia Foundation). Mereka bukan saja menyebarkan fahaman ini secara asungan, tetapi memiliki program yang sistematis untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang saat ini masih mereka anggap belum inklusif-pluralis.

Sebagai contoh, Jurnal Tashwirul Afkar edisi No. 11 tahun 2001, menampilkan laporan utama berjudul "Menuju Pendidikan Islam Pluralis". Ditulis dalam Jurnal ini:
"Filosofi pendidikan Islam yang hanya membenarkan agamanya sendiri, tanpa mahu menerima kebenaran agama lain mesti mendapat kritik untuk selanjutnya dilakukan reorientasi. Konsep iman-kafir, muslim-nonmuslim, dan baik-benar (truth claim), yang sangat berpengaruh terhadap cara pandang Islam terhadap agama lain, mesti dibongkar agar umat Islam tidak lagi menganggap agama lain sebagai agama yang salah dan tidak ada jalan keselamatan. Jika cara pandangnya bersifat eksklusif dan intoleran, maka teologi yang diterima adalah teologi eksklusif dan intoleran, yang pada gilirannya akan merosak harmonisasi agama-agama, dan sikap tidak menghargai kebenaran agama lain. Kegagalan dalam mengembangkan semangat toleransi dan pluralisme agama dalam pendidikan Islam akan membangkitkan sayap radikal Islam." (14)

Dalam jurnal ini juga, Rektor UIN Yogyakarta, Prof. Dr. Amin Abdullah menulis:
"Pendidikan agama semata-mata menekankan keselamatan individu dan kelompoknya sendiri menjadikan anak didik kurang begitu sensitif atau kurang begitu peka terhadap nasib, penderitaan, kesulitan yang dialami oleh sesama mereka, yang kebetulan memeluk agama lain. Hal demikian bisa saja terjadi oleh kerana adanya keyakinan yang tertanam kuat bahawa orang atau kelompok yang tidak seiman atau tidak seagama adalah "lawan" secara aqidah. (15

Monday, June 05, 2006

Kesesatan Rufaqa

Thursday, June 01, 2006

Kewujudan Hadith-Hadith Dhaif Dan Israiliyyat Dalam Buku-Buku Tafsir

Diantara perkara yang perlu diberikan perhatian ketika membaca buku-buku tafsir ialah kesedaran tentang wujudnya hadis-hadis yang tidak sahih yang wujud di dalamnya. Para ulama, pendakwah atau sesiapa sahaja yang membaca buku-buku tafsir tersebut, perlu tahu bahawa buku-buku tafsir dipenuhi dengan hadis-hadis yang sahih dan juga hadis-hadis yang tidak sahih. Para ulama sejak dahulu lagi telah memberikan nasihat tentang perkata ini agar pembaca buku tafsir tidak tersalah dalam mengambil dan menggunakan hadis-hadis yang tidak sahih.


Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Kaifa Nata’amalu Ma’a al-Quran al-‘Azim (m/s 334-344, cetakan Dar al-Syuruq, Kaherah) telah menghuraikan tentang perkara ini. Beliau memberikan beberapa contoh hadis yang tidah sahih di dalam buku-buku tafsir seperti :

a) Tafsir perkataan ‘wail’ yang bermaksud kecelakaan atau kerugian. Tetapi terdapat hadis yang dha’if menceritakan yang ‘wail’ adalah satu lembah di antara dua bukit di dalam neraka. Hadis tersebut adalah hadis yang dha’if tetapi ia masih digunakan di dalam buku-buku tafsir.

b) Ketika mentafsirkan ayat 17 surah al-Muddathir terdapat perkataan “sa’uda”. Beberapa ulama tafsir menyebut sebuah hadis yang tidak sahih bahawa maksud “sa’uda” ialah satu bukit di dalam neraka.

c) Tafsir perkataan “tuuba” yang bermaksud kehidupan yang baik telah diubah maksudnya kepada sebuah pokok di dalam syurga berpunca daripada sebuah hadis palsu.

Begitu juga di dalam buku-buku tafsir terdapat riwayat-riwayat daripada para sahabat, tabi’in dan sebagainya yang tidak sahih setelah dinilai oleh para pengkaji sanad. Kewujudan kata-kata mereka di dalam buku-buku tafsir tidak menandakan bahawa ia adalah benar-benar diucapkan oleh mereka. Oleh itu terdapat riwayat-riwayat yang memberikan pentafsiran yang pelik lalu disandarkan kepada nama-nama yang terkenal seperti Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Mujahid dan sebagainya.

Satu lagi sumber tafsir tafsir yang perlu dihindari ialah Israilliyat yang merupakan riwayat-riwayat yang diambil daripada ahli kitab dalam menghuraikan dan memperincikan maksud ayat al-Quran. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyifatkan israilliyat ini sebagai satu bentuk pencemaran dan jarum yang beracun yang dibawa masuk ke dalam buku-buku tafsir (Kaifa Nata’amalu Ma’a Al-Quran al Azhim, m/s 345-349). Sedikit demi sedikit israilliyat ini memenuhi buku-buku tafsir, lalu memberikan gambaran yang tidak tepat terhadap maksud sesuatu ayat. Beliau menukilkan kata-kata seorang pengkaji hadis terkemuka iaitu Ahmad Syakir yang menentang keras penggunaan Israilliyat dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran kerana perbuatan itu seolah-olah meletakkan Israilliyat setaraf dengan ayat-ayat al-Quran.

Beliau juga menyebut kata-kata Ibnu Abbas yang diriwayat oleh al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari di mana Ibnu Abbas menegur umat Islam di zamannya keran mereka sering bertanya kepada ahli kitab tentang tafsir al-Quran sedangkan ahli kitab terkenal dengan sikap mereka yang berani mengubah kitab Taurat dan Injil. Ibnu Abbas menekankan bahawa al-Quran telah cukup tanpa perlu ditambah oleh cerita-cerita ahli kitab.

Hukum Sihir Dan Perdukunan




Oleh : Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Segala puji hanya kepunyaan Allah, shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tiada lagi Nabi sesudahnya.

Akhir-akhir ini ramai sekali tukang-tukang ramal yang mengaku dirinya sebagai tabib yang mengubati orang sakit dengan jalan sihir atau perdukunan. Mereka kini banyak tersebar di berbagai negeri; orang-orang awam yang jahil sudah banyak menjadi mangsa pemerasan mereka.

Maka atas dasar nasihat kepada Allah s.w.t. dan kepada hamba-hambaNya, saya ingin menjelaskan tentang betapa besar bahayanya terhadap Islam dan umat Islam tentang bergantungnya kepada selain Allah dan bahawa hal tersebut bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya.

Dengan memohon pertolongan Allah Ta'ala saya katakan bahawa mendapatkan rawatan untuk mengubati penyakit dibolehkan menurut kesepakatan para ulama. Seorang muslim jika sakit hendaklah berusaha mendapatkan rawatan dari doktor yang pakar, baik penyakit dalam, pembedahan, saraf, maupun penyakit luar untuk diselidiki apa penyakit yang dideritanya.

Kemudian dirawat sesuai dengan ubat-ubatan yang dibolehkan oleh syara', sebagaimana amalan ilmu kedoktoran. Dilihat dari segi sebab dan akibat yang biasa berlaku, hal ini tidak bertentangan dengan konsep tawakkal kepada Allah , oleh kerana Allah Ta'ala telah menurunkan penyakit dan juga ubatnya.

Ada di antaranya yang sudah diketahui oleh manusia dan ada yang belum diketahui. Akan tetapi Allah Ta'ala tidak menjadikan penyembuhannya dari sesuatu yang telah diharamkan kepada mereka.

Oleh karena itu tidak dibenarkan bagi orang yang sakit, mendatangi dukun-dukun yang mendakwakan dirinya mengetahui hal-hal ghaib, untuk mengetahui penyakit yang dideritanya.

Tidak diperbolehkan pula mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan sangkaan-sangkaan belaka, atau dengan cara meminta pertolongan jin-jin .

Dengan cara demikian dukun-dukun tersebut telah melakukan perbuatan-perbuatan kufur dan sesat.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam berbagai hadisnya sebagaimana berikut :

"Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Shahih Muslim', bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda : 'Barangsiapa mendatangi 'arraaf' (tukang ramal)) kepadanya, tidak akan diterima salatnya selama empat puluh hari."

"Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w , beliau bersabda:'Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun)) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w." (HR. Abu Daud).

"Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi s.a.w dengan lafaz: 'Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w ."

"Dari Imran bin Hushain r.a.,dia berkata: 'Rasulullah s.aw bersabda: 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. ." (HR. Al-Bazzaar,dengan sanad jayyid).

Hadis-hadis yang mulia di atas menunjukkan larangan mendatangi peramal, dukun dan seumpamanya, larangan bertanya kepada mereka tentang hal-hal yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya.

Oleh kerana itu, kepada para penguasa dan mereka yang mempunyai pengaruh di negeri masing-masing, wajib mencegah segala bentuk aktiviti tukang ramal, dukun dan seumpamanya, dan melarang orang-orang mendatangi mereka.

Kepada yang berkuasa hendaklah melarang mereka menjalankan aktiviti-aktiviti di pasar-pasar, tempat-tempat awam atau di mana sahaja dan secara tegas membantah segala yang mereka lakukan.

Dan hendaknya kita tidak tertipu oleh pengakuan segelintir masyarakat yang tentang benarnya dakwaan mereka kerana sebenarnya orang-orang tersebut tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh dukun-dukun tersebut, bahkan kebanyakan mereka adalah orang-orang awam yang tidak mengerti hukum, dan larangan terhadap perbuatan yang mereka lakukan.

Rasulullah s.a.w telah melarang umatnya mendatangi para peramal, dukun dan tukang tenung. Melarang bertanya serta membenarkan apa yang mereka katakana kerana perkara tersebut mengandungi kemungkaran dan bahaya besar, dan mempunyai kesan buruk yang sangat besar. Mereka adalah orang-orang yang melakukan dusta dan dosa.

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tersebut di atas membuktikan tentang kekufuran para dukun dan peramal. Mereka mengaku mengetahui hal-hal yang ghaib padahal mereka tidak akan sampai pada maksud yang diinginkan melainkan dengan cara berbakti, tunduk, taat, dan menyembah jin-jin. Ini merupakan perbuatan kufur dan syirik kepada Allah s.w.t.

Orang yang membenarkan mereka atas pengakuannya mengetahui hal-hal yang ghaib dan mereka meyakininya, maka hukumnya sama seperti mereka. Dan setiap orang yang menerima perkara ini dari orang yang melakukannya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berlepas diri dari mereka.

Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahwa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara rawatan , contohnya tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan.

Semua ini adalah amalan perdukunan dan penipuan terhadap manusia; maka barangsiapa yang reda terhadap amalan tersebut dan tidak menolaknya, sesungguhnya ia telah menolong dalam perbuatan bathil dan kufur.

Adalah tidak dibenarkan sama sekali seorang muslim pergi kepada para dukun, tukang tenung, tukang sihir dan seumapamanya untuk bertanya kepada mereka hal-hal yang berhubungan dengan jodoh, pernikahan anak atau saudaranya, atau yang menyangkut hubungan suami isteri dan keluarga, tentang cinta, kesetiaan, perselisihan atau perpecahan yang terjadi dan sebagainya. Semua itu adalah berkaitan dengan hal-hal ghaib yang tidak diketahui hakikatnya oleh siapa pun kecuali oleh Allah s.w.t.

Sihir sebagai salah satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah, dijelaskan di dalam surat Al-Baqarah ayat 102 tentang kisah dua Malaikat:

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan:"Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir'. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarkan ayat (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di Akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."(Al-Baqarah:102)

Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa sesiapa yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari hal-hal yang hanya mendatangkan mudarat kepada diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah s.w.t. Ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang bakal menimpa mereka di dunia ini dan di Akhirat nanti. Mereka sesungguhnya telah memjualkan diri mereka dengan harga yang amat murah, itulah sebabnya Allah berfirman :

"Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui."

Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis amalan perdukunan serta tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah s.w.t memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar senantiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah terhadap mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala amalan keji yang mereka lakukan.


Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia!.

www:alsofwah.or.id