Sabtu 11 Mac di Plaza Tol kubang Semang, bergema lagi 'suara rakyat' protes yang agak perlahan tetap mendapat sambutan kepada pecinta keadilan yang semakin terbeban dengan kenaikan harga minyak dan harga barang. kalau melihatkan kepada jumlah yang datang, ia tidak ramai seramai himpunan di Kuala Lumpur. Tapi mereka terpanggil untuk datang bersama sebulat suara hati untuk menzahirkan protes ini.
Kalau melihatkan kepada mereka rasanya tidak ada yang datang untuk kepentingan politik. mereka sepakat bukan untuk mendendami kerajaan tetapi untuk memperdengarkan suara kewarasan.
Ada yang lalu memberikan sokongan tak kurang juga lebih sekadar memerhatikan. Inilah wajah-wajah pencinta keadilan yang sempat dirakamkan. mereka sebenarnya mempertaruhkan keselamatan disebalik rasa taggungjawap dan kesedaran minda rakyat perlu digerakkan.
Bukankah kita patut memberi perhatian kerana 'tolong menolong dia atas perkara yang kita sepakati dan bertolak ansur dalam perkara yang kita perselisihkan'
catatan rakyat m@rhean..