Monday, March 20, 2006

AS-SYAHID DR AZIZ RANTISI


MENGENANG DUA TAHUN KEHILANGAN MU
Kalimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini.

Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi. Sebelum beliau gugur ia mengatakan,

"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri.

" Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas.

Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa." Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,

"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya." Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel. Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel.

Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini. Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh.