Ruqyah yang Diajarkan oleh Rasulullah ShallallaHu alaihi wa sallam
Oleh : Syeikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin
Diriwayatkan bahawa Rasulullah ShallallaHu alaihi wa sallam ketika ingin tidur, beliau menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit kepada keduanya, membaca Ayat Kursi, Al Mu’awwidzatain, Al Kafirun, Al Ikhlas tiga kali, kemudian beliau mengusap bahagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya dan kedua kakinya. Ketika beliau sakit, Aisyah yang membacakannya, meludah sedikit, dan mengusap dengan kedua tangan beliau kerana mengharapkan berkahnya
(HR. Bukhari no. 5748)
Dan diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat meruqyah orang yang digigit binatang berbisa dengan surah Al Fatihah, lalu sembuh. Kemudian Nabi Shallallahu alaiHi wa sallam bersabda,”Tahukah anda bahwa Al Fatihah adalah Ruqyah”
(HR. Bukhari no. 5749)
Dan Beliau meruqyah dengan doa,
“Bismillahi arqiika min kulli syaii’ yukdziika min syarri kulli nafsin aw ‘aynin haasidin Allahu yasyfiika bismillahi arqiika” yang artinya “Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dari segala sesuatu yang mengganggumu, dari kejahatan setiap jiwa atau ‘ain yang dengki, Allah yang menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu”
(HR. Muslim no. 2186)
Beliau melarang tindakan ruqyah yang mengandung syirik dan mengajarkan penggantinya,
“AdzHib al ba’sa rabbannaas isyfi wa antasy-syaafii laa syifaa-a illa syifaauka syifaa-an laa yughaadiru saqamaa” yang artinya “Hilangkanlah penyakit, (wahai) Rabb manusia, sembuhkanlah, hanya Engkau yang Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (yang berasal dari) Mu, kesembuhan yang tidak menyisakan sakit yang lain”
(HR. Bukhari no. 5675 dan Muslim no. 2191)
Dan Beliau ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,
“Idzasy-taka ahadukum falyadha’ yadaHu ‘alaa mawdhi’il alami wal yaqul a’uudzu bi’izzatillahi waqudratiHi min syarri ma ajidu wa uhaadziru” yang artinya “Apabila seseorang dari kalian mengeluh (rasa sakit), maka hendaklah ia meletakan tangannya di tempat yang sakit dan membaca ‘aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan yang aku dapatkan dan aku takuti”
(HR Muslim no. 2202)
Maraji’
Fatwa – fatwa terkini Jilid 3, Darul Haq, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2004, hal. 161-163
Semoga bermanfaat
*Syaikh Abdullah bin Abdurahman Al Jibrin adalah salah satu murid dari Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, dan anggota Al Lajnah Ad Da’imah.
Thursday, March 30, 2006
RUQYAH (JAMPI)
Wednesday, March 29, 2006
DUA TAHUN KEMATIAN SHEIKH AHMAD YASSIN
Salah seorang yang menubuhkan dan pemimpin Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, Sheikh Ahmed Yassin telah dibunuh pada hari ini (22/3) dua tahun yang lalu oleh serangan udara Israel yang disifatkan sebagai yang paling kejam didalam sejarah kemanusiaan.
Pesawat pejuang Israel melepaskan beberapa butir peluru berpandu kearah beliau semasa pulang ke rumah dengan kerusi rodanya selepas solat Subuh. Beliau yang berumur 65 tahun ketika itu, telah dibawa ke hospital dalam bentuk cebisan yang bertaburan.
Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang sedang terlantar di atas katil ketika ini, telah menaungi operasi dimana helikopter bersenjata Israel menembak 3 peluru berpandu kearah beliau, yang membunuhnya denagn serta merta bersama 8 orang awam dan mencederakan 2 orang anaknya.
Sheikh Ahmed Yassin dilahirkan di perkampungan Jora pada bulan Jun 1938, dan telah dipaksa untuk berpindah bersama keluarganya ke Semenanjung Gaza berikutan perang pada tahun 1948 dimana Zionis telah menakluki Palestin dan memaksa dengan senjata beribu-ribu orang penduduknya keluar sebelum mengisytiharkan negara mereka yang dipanggil Israel.
Beliau lumpuh semasa bersenam di pantai Gaza ketika berumur 16 tahun tetapi mampu untuk menamatkan pengajian sekolah menengahnya dan bekerja sebagai guru walaupun terdapat halangan akibat daripada keadaannya. Beliau telah mempamerkan kebolehan berpidato dan disifatkan sebagai berkarisma di Semenanjung tersebut.
Pada tahun 1987, beliau bersama beberapa orang pemimpin Islam bersetuju untuk menubuhkan pertubuhan Islam untuk melawan penjajahan Israel di Semenanjung tersebut, yang digelarkan sebagai Pergerakan Pejuang Islam atau lebih dikenali dengan nama pendeknya sebagai Hamas.
Fungsi Hamas, yang mengenalkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan Persaudaraan Islam, antaranya menyertai intifada Palestin pada tahun yang sama dan Sheikh Ahmad Yassin sejak dari itu dikenali sebagai pemimpin spiuritual untuk Pergerakan itu.
Beliau ditahan pada 18/5/1989 bersama beratus anggota Hamas yang lain dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 15 tahun lagi pada bulan Oktober 1991 dengan alasan mengarahkan untuk menculik dan membunuh tentera Israel dan menubuhkan Hamas.
Monday, March 27, 2006
PENGERTIAN BULAN SAFAR
Pengertian Bulan Safar
Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.
Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Safar
Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar.
Diantara peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang oleh kita ialah;
1)Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya di akhir bulan Safar dan pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.
2)Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit. Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a.
Rujukan;
Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi Khutbah, Jab. Mufti Selangor
Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya, Pej. Mufti Brunei Darussalam
Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain Haekal
Saturday, March 25, 2006
FADHILAT BULAN SAFAR
Fadhilat (Amalan-amalan sunat)
Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.
Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.
Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim.
Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.
Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.
Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat
Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya.
Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;
Rabu terakhir adalah hari malang
Biawak petanda celaka
Burung hantu petanda kemudharatan
Burung gagak petanda kematian
Bulan Safar adalah bulan bala
Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.
Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari;
Maksudnya;
Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.
Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid'ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.
Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar.
Rujukan;
Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi Khutbah, Jab. Mufti Selangor
Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya, Pej. Mufti Brunei Darussalam
Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain Haekal
TOKOH-TOKOH HADITH PALSU
Al-Imam Al-Hafiz Ibnul-Jauzi mengatakan bahawa pembuat-pembuat Hadith palsu itu ramai jumlahnya, di antara tokoh-tokohnya yang utama ialah:
(1) Wahab bin Wahab, Al-Qadhi, Abu Al-Bakhtari Al-Qurasyi.
(2) Muhammad bin As-Saaib Al-Kalbi.
(3) Muhammad bin Sa’id Asy-Syami Al-Mashlub
(4) Aba Daud An-Nakha’iy
(5) Ishaq bin Najih Al-Malathi
(6) Giath bin Ibrahim An-Nakha’iy
(7) Al-Mughirah bin Sa’id Al-Kufi
(8 ) Ahmad bin Abdullah Al-Jawaibari
(9) Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi
(10) Muhammad bin ‘Ukkasyah Al-Karmani
(11) Muhammad bin Al-Qasim Ath-Thaikani
(12) Muhammad bin Ziad Al-Yaskari
(13) Aaban bin Ja’far An-Numaiqi yang telah membuat ribuan Hadith untuk kepentingan golongan Karamiah
(14) Ibrahim bin Zaid Al-Aslami
(15) Jabir bin Zaid Al-Ju’fi. Ia membuat kira-kira tiga puluh ribu Hadith.
(16) Nuh bin Abi Maryam yang telah membuat Hadith-hadith palsu mengenai keutamaan-keutamaan Al-Quran dan surah-surah Al-Quran.
(17) Abdul-Karim bin Abi Al-Auja’ yang membuat empat ribu Hadith mengenai halal dan haram.
(18 ) Maisarah bin Abdu Rabbih yang telah membuat beberapa Hadith mengenai keutamaan-keutamaan Al-Quran dan tujuh puluh Hadith mengenai keutamaan Ali bin Abu Thalib
(19) Al-Harith bin Abdallah Al-A’war
(20) Muqatil bin Salaiman Al-Balkhi
(21) Ibnu Abi Yahya
(22) Abdul-Quddus bin Habib Al-Kalai’y
(23) Sulaiman bin ‘Isa bin Najih
(24) Muhammad bin Harun bin ‘Isa Al-Hasyimi yang dipanggil dengan nama Ibnu Buryah
(25) Muhammad bin Ibrahim Asy-Syami
(26) Yahya bin Al-’Ala’
(27) Abdal-Ghafur bin Sa’id Al-Wasithi
(28 ) ‘Ishmah bin Muhammad Al-Anshari
(29) Muhammad bin Yunus Al-Kadaimi
(30) Yahya bin ‘Anbasah Dan ramai lagi yang lain-lainnya.
Al-Imam An-Nasai berkata: “Para pembohong yang masyhur membuat Hadith ialah empat orang: Ibnu Abi Yahya di Madinah, Al-Waqidi di Baghdad, Muqatil bin Sulaiman di Khurasan dan Muhammad bin Sa’id Al-Mashlub di Syam!”
Para ahli mengatakan, bahawa Al-Juwaibari, Ibnu ‘Ukkasyah dan Muhammad bin Tamim Al-Faryabi masing-masing telah membuat sepuluh ribu Hadith Maudhu’.
Para zindiq dikatakan telah membuat Hadith-hadith yang banyak. Sebahagian dari firqah mereka sahaja telah membuat lebih kurang empat belas ribu Hadith.
Tatkala Ibnu Abi Al-Auja’ ditangkap dan hendak dipenggal lehernya ia telah berkata: Aku telah membuat di antara kamu empat ribu Hadith yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
CIRI-CIRI HADITH MAUDHU:
Hadith-hadith Maudhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri-cirinya yang utama ialah:
1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat Hadith itu sendiri. Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul-Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin Abdu Rabbih dan Nuh bin Abi Maryam.
2. Perawinya terkenal pembohong, sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan.
3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah. Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah Hadith dari seorang guru yang menurut kenyataan ia tidak pernah menemui guru itu atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itu meninggal dunia ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tensebut. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar Hadith dari Hisyam bin ‘Amman kekanda kepada Ibnu Hibban, maka Ibnu Hibbah bertanya: Bilakah engkau ke kota Syam? Ma’mun menjawab: Pada tahun 250H. Mendengar itu Ibnu Hibban berkata: Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H. Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi dan mendengar Hadith-hadith Nabi dari Nabi saw. atau dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w. padahal mereka hidup ratusan tahun setelah Nabi s.a.w. dan para sahabat meninggal dunia.
4. Motif Apakah Yang Mendorong Membuat Hadith Palsu Itu: Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat
Hadith-hadith palsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, kerana mencari rezeki atau sebagainya.
Contoh-contohnya:
a) Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk melariskan buburnya itu.
b) Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan.
Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab asySyafi’e yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriah. Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Maudhu’ pada sanadnya.
Selain itu Hadith Maudhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:
1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal
2. Kerosakan maknanya:
(a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui oleh akal dan tak dapat pula dita’wil seperti Hadith: Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di Baitullah selama tujuh hari dan bersolat dua rakaat di Maqam Ibrahim.
(b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah subhanahu wa ta'aala. Akal menetapkan bahawa Allah subhanahu wa ta'aala suci dari menyerupai makhluk, seperti Hadith: Bahawasanya Allah subhanahu wa ta'aala menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Ia menciptakan dirinya dari kuda itu. Dan seperti Hadith: Allah subhanahu wa ta'aala mengadu sakit mata, maka para Malaikat datang melawatnya.
(c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran. Seperti Hadith: Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit.
(d) Mengandungi dongeng yang tidak diterima akal. Seperti Hadith: Ayam putih itu adalahku dan kekasih bagi kekasihku Jibril.
(e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu. Seperti: Bahawasanya Qaf itu adalah sebuah bukit dari permata zamrud hijau yang mengelilingi dunia bagaikan tembok mengelilingi kebun dan bahu-bahu langit terletak di atasnya. Dan seperti: Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu. Al-Imam Ar-Razi berkata: Semua Hadith yang kau dapatinya bertentangan dengan akal, berlawanan dengan dasar-dasar agama dan berlainan dengan yang dinukilkan dari Nabi, maka ketahuilah bahawa itu adalah Hadith Maudhu’.
(f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi’i dan tidak pula dapat dita’wilkan. Umpamanya Hadith: Anak Zina tidak akan memasukki Syurga sampai tujuh keturunan. Hadith ini bertentangan dengan Al-Quran: Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. (Al-An'am: 64)
(g) Menyalahi Hadith Mutawatir. Seperti Hadith: Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah Hadith yang sesuai dengan kebenaran, maka ambillah dia sama ada aku mengkhabarkannya ataupun tidak. Hadith ini bertentangan dengan Hadith Mutawatir: Barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka. (Hadith Muttafaq ‘Alaih dan Hadith ini adalah Mutawatir)
(h) Menyalahi qaedah umum yang diambil dari al-Quran dan Sunnah. Umpamanya Hadith: Barangsiapa yang dilahirkan untuknya seorang bayi laki-laki lalu diberi nama Muhammad, maka dia dan anaknya di dalam Syurga. Ini bertentangan dengan kaedah umum, iaitu masuk Syurga mesti melalui amal soleh, bukan semata-mata kerana nama atau gelaran belaka.
(i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah terkenal pada zaman Nabi s.a.w. Umpama Hadith yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w. memberatkan jizyah atas penduduk-penduduk Khaibar dengan disaksikan oleh Sa’ad dan dituliskan oleh Abu Sufian, pada hal menurut riwayat yang benar bahawa jizyah itu belum lagi dikenakan pada waktu itu. Ia baru dikenakan sesudah peperangan Tabuk. Sa’ad meninggal sebelum itu pada tahun peperangan Khandak dan Abu Sufian memeluk Islam setelah pembukaan kota Mekah.
(j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang dipegang oleh perawinya dan ia pula terlalu sangat fanatik kepada mazhabnya. Misalnya Hadith. Kata Ali: Aku menyembah Allah subhanahu wa ta'aala bersama-sama Rasul-Nya sebelum lagi Dia disembah oleh seseorang dari umat ini lima tahun atau tujuh tahun. Hadith ini diriwayatkan oleh Habbah bin Juwain yang terlalu fanatik kepada mazhab Syi’ah.
(k) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil. Misalnya: Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama daripada membina seribu jami’ (masjid). Contoh lain: Barangsiapa mengucapkan Laa iaha Illallah, maka Allah subhanahu wa ta'aala menjadikan untuknya seekor burung yang mempunyai tujuh puluh ribu lidah dan bagi tiap-tiap lidah tujuh puluh ribu bahasa yang mereka beristighfar dengannya untuknya. Dan pula seperti Hadith: Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala tujuh puluh orang Nabi.
(l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil. Umpamanya: Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, mala hendaklah Ia masuk Neraka selama tujuh puluh tahun.
(m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama yang kalau ada semestinya diriwayatkan oleh orang ramai. Demikianlah ciri-ciri Hadith Maudhu’ itu, dan dengan memerhatikan ciri-ciri itu, maka Hadith Maudhu’ dapat dikenal dengan mudah.
Ar-Rabi’ mengatakan: Bahasawanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang bersinar seperti sinaran waktu siang dan bahawasanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang gelap seperti malam, kita mengetahuinya dengan gelap itu.
Perkataan ar-Rabi’ ita menunjukkan, bahawa perbezaan antara Hadith Nabi dengan Hadith Palsu itu terlalu sangat jelas dan terang, dan tanda-tandanya sangat mudah diketahui, ia bagaikan malam dengan siang.
Dan al-Imam Ibnul-Jauzi pula berkata: Hadith Mungkar, yakni Hadith Maudhu’ itu menggementarkan kulit (badan) penuntut ilmu dan kebiasaannya tidak diterima oleh hati.
HADITH FADHILAT SURAH YASIN
MUQADDIMAH
Kebanyakan kaum muslimin membiasakan membaca surah Yasin, baik pada malam Jum'at ketika membuka atau menutup majlis ta'lim, ketika ada atau setelah kematian dan pada acara-acara lain yang mereka anggap penting. surah Yasin dijadikan bacaan di berbagai pertemuan dan kesempatan, sehingga mengesankan, Al-Qur'an itu hanyalah berisi surah Yasin saja.
Dan kebanyakan orang membacanya memang kerana tergiur oleh fadhilah atau keutamaan surah Yasin dari hadith-hadith yang banyak mereka dengar, atau menurut keterangan dari guru mereka. Al-Qur'an yang di wahyukan Allah adalah terdiri dari 30 juz. Semua surah dari Al-Fatihah sampai An-Nas, jelas memiliki keutamaan yang setiap umat Islam wajib mengamalkannya.
Oleh kerana itu sangat dianjurkan agar umat Islam sentiasa membaca Al-Qur'an. Dan kalau sanggup hendaknya menghatamkan Al-Qur'an setiap pekan sekali, atau sepuluh hari sekali, atau dua puluh hari sekali atau khatam setiap bulan sekali. (Hadist Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).
Sebelum melanjutkan pembahasan, yang perlu diingat dari tulisan ini, adalah dengan membahas masalah ini bukan bererti penulis melarang atau mengharamkan membaca surah Yasin.
Sebagaimana surah-surah Al-Qur'an yang lain, surah Yasin juga harus kita baca. Akan tetapi di sini penulis hanya ingin menjelaskan kesalahan mereka yang menyandarkan tentang fadhilah dan keutamaan surah Yasin kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Selain itu, untuk menegaskan bahwa tidak ada tauladan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam membaca surah Yasin setiap malam Jum'at, setiap membuka atau menutup majlis ilmu, ketika dan setelah kematian dan lain-lain. Mudah-mudahan keterangan berikut ini tidak membuat patah semangat, tetapi malah memotivasi untuk membaca dan menghafalkan seluruh isi Al-Qur'an serta mengamalkannya.
KELEMAHAN HADITH-HADITH TENTANG FADHILAH SURAH YASIN
Kebanyakan umat Islam membaca surah Yasin kerana -sebagaimana dikemukakan di atas- fadhilah dan ganjaran yang disediakan bagi orang yang membacanya. Tetapi, setelah penulis melakukan kajian dan penelitian tentang hadith-hadith yang menerangkan fadhilah surah Yasin, penulis dapati Semuanya Adalah Lemah. Perlu ditegaskan di sini, jika telah tegak hujjah dan dalil maka kita tidak boleh berdusta atas nama Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam sebab ancamannya adalah Neraka. (Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lainnya).
HADITH DHA'IF DAN MAUDHU'
Adapun hadith-hadith yang semuanya dha'if (lemah) dan atau maudhu' (palsu) yang dijadikan dasar tentang fadhilah surah Yasin diantaranya adalah sebagai berikut :
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jum'at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya".(Ibnul Jauzi, Al-Maudhu'at, 1/247).
Keterangan : Hadith ini Palsu.Ibnul Jauzi mengatakan, hadith ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadith ini adalah tukang memalsukan hadith. (Periksa : Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin pada malam hari kerana mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya".
Keterangan : Hadith ini Lemah.Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadith. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).
"Maksudnya : Siapa yang terus menerus membaca surah Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid".
Keterangan : Hadith ini Palsu.Hadith ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadith. (Periksa : Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diluluskan semua hajatnya".
Keterangan : Hadith ini Lemah.Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadith ini tidak pernah bertemu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H.(Periksa : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Mashabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali". (Hadith Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).
Keterangan : Hadith ini Palsu.(Lihat Dha'if Jamiush Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin satu kali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali". (Hadith Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).
Keterangan : Hadith ini Palsu.(Lihat Dha'if Jami'ush Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).
"Maksudnya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti) Al-Qur'an itu ialah surah Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali".
Keterangan : Hadith ini Palsu.Hadith ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ayah Ibnu Abi Hatim berkata : Aku mendapati hadith ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadith batil, tidak ada asalnya. (Periksa : Silsilah Hadith Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta.(Periksa : Mizanul I'tidal IV:173).
"Maksudnya : Siapa yang membaca surah Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai petang. Dan siapa yang membacanya di awal malam maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi".
Keterangan : Hadith ini Lemah.Hadith ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadith ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadith dan banyak keliru. (Periksa : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).
"Maksudnya : Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu".
Keterangan : Hadith ini Lemah.Diantara yang meriwayatkan hadith ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadith ini lemah kerana Abu Utsman, di antara perawi hadith ini adalah seorang yangmajhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya. Hadith ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).
"Maksudnya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya (maksudnya sedang naza') melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya".
Keterangan : Hadith ini Palsu.Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadith ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'i berkata, ia tidak bisa dipercaya. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadith. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadith. (Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91). PenjelasanAbdullah bin Mubarak berkata : Aku berat sangka bahwa orang-orang zindiq (yang pura-pura Islam) itulah yang telah membuat riwayat-riwayat itu (hadith-hadith tentang fadhilah surah-surah tertentu). Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata : Semua hadith yang mengatakan, barangsiapa membaca surah ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu SEMUA HADITH TENTANG ITU ADALAH PALSU.
Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadith-hadith itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata, tujuan kami membuat hadith-hadith palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surah-surah tertentu dari Al-Qur'an) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Qur'an yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Qur'an. (Periksa : Al-Manarul Munffish Shahih Wadh-Dha'if, hal. 113-115). KHATIMAHDengan demikian jelaslah bahwa hadit-hadith tentang fadhilah dan keutamaan surah Yasin, semuanya LEMAH dan PALSU .
Oleh kerana itu, hadith-hadith tersebut tidak dapat dijadikanhujjah untuk menyatakan keutamaan surah ini dan surah-surah yang lain, dan tidak bisa pula untuk menetapkan ganjaran atau penghapusan dosa bagi mereka yang membaca surah ini. Memang ada hadith-hadith shahih tentang keutamaan surah Al-Qur'an selain surah Yasin, tetapi tidak menyebut soal pahala.
Wallahu a'lam.
Thursday, March 23, 2006
22 TAHUN HAJAR ASWAD HILANG
Di masa khalifah Muqtadir tahun 312 H. orang-orang Qirmith ( yang muncul pertama kali di Kufah tahun 278 H. di bawah panglima Hamdan bin Qirmith) menyerang Hijaz dengan dipimpin Abu Thahir al-Qirmithi. Serangan itu berlangsung beberapa tahun, Lalu Muqtadir mengutus Mansur al-Dailamiy untuk menghalang serangan Qirmith. Namun, Mansur di kalahkan.
Kekejaman kaum Qirmith sudah diluar batasan. Mereka membunuh para jemaah haji di hari Tarwiyah (hari kelapan bulan Dzul Hijjah). Lalu korban pembunuhan di buang ke Telaga zam-zam.
Yang lebih kejam lagi, Abu Thahir kemudian memukulkan tongkatnya ke Hajar Aswad lalu membawanya ke Hajr dan Hajar Aswad tetap berada di Hajr selama 22 tahun.
Hajar Aswad dikembalikan lagi oleh orang Qirmith pada tahun 339 H. setelah ditebus 50 ribu dinar oleh Khalifah Muthi' bin Muqtadir.
Sumber : Fiqh al-Sirah karya Syaikh Ramdhan al-Buthi
BENARKAH NABI MUHAMMAD DILINDUNGI MERPATI DAN LABAH-LABAH DI GUA THUR ?
Oleh : Drs. Abdul Ghani Azmi Idris
Majalah Pengasuh Terbitan Majlis Agama Islam Kelantan. Bil. 558.
Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah merupakan satu peristiwa yang paling agung dan bersejarah dalam Islam kerana ia merupakan titik tolak bagi kebangkitan dan perkembangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Dari Madinah umat Islam yang dipimpin oleh Nabi s.a.w. mengumpulkan kekuatan untuk menghancurkan musuh-musuh dan penentang-penentangnya di dalam dan di luar semenanjung tanah Arab. Sehingga Islam pada zaman itu menjadi satu kedaulatan dan kekuatan yang tiada tolok bandingnya.
Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut. Demikianlah apa yang tertulis dalam sejarah dan telah menjadi keyakinan umum di seluruh dunia Islam, sehinggalah sarang Labah-Labah itu dijadikan lambang bagi peristiwa Hijrah itu.
Sebenarnya kepercayaan tersebut tidaklah benar dan catatan sejarah itu menyimpang dari hakikat sebenarnya. Walaupun ada hadith-hadith yang menyokong kepercayaan itu tetapi hadith-hadith itu semuanya tidak SAHIH BELAKA.
Diantara hadith-hadith yang dijadikan hujah mengenai kejadian tersebut ialah :
1- Al-Hafidz Abu Bakar al-Qadhi meriwayatkan daripada al-Hasan, katanya :
Maksudnya : "(Nabi s.a.w.) dan Abu Bakar pergi ke gua (Thur) lalu beliau berdua masuk ke dalamnya. Maka datanglah Labah-Labah lalu membuat sarang di atas pintu gua. Orang-orang Quraisy yang datang mencari / memburu Nabi s.a.w. tetapi apabila mereka melihat pintu gua yang telah dibuat sarang oleh Labah-Labah, lalu mereka berkata : "Gua ini tidak di masuki oleh sesiapa." Adalah Nabi s.a.w. sedang bangun bersolat dan Abu Bakar berjaga-jaga. Maka berkatalah Abu Bakar r.a. kepada Nabi s.a.w. : "Saya menebus anda dengan bapa dan ibu saya ! kaum anda itu mengejar anda! Demi ALLAH saya menangis bukan kerana kuatirkan keselamatan diri saya tetapi kerana takut melihat sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas Rasulullah s.a.w." Maka Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita."
*** Hadith ini Dhoief (Lemah). Di dalam sanadnya (Rangkai nama periwayat Hadith) terdapat Bassyar bin Musa. Ia seorang yang Dhoief. (Musnad Abu Bakar (Q91/1-2), Silsilah al-Ahadith as-Sahihah 3/1129/260, al-Mizan 1/1180/310-311.)
2. Ad-Dailami meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Abu Bakar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "ALLAH telah memberikan ganjaran kepada Labah-Labah yang telah melindungi kami kerana ia telah membuat sarang ke atas aku dan ke atas engkau wahai Abu Bakar, di dalam gua sehingga orang-orang musyrikin tidak melihat kita dan tidak sampai kepada kita."
*** Hadith ini Mungkar kerana Abdullah bin Musa as-Salami yang terdapat di dalam sanadnya seorang yang Dhoief (Lemah) dan gurunya seorang yang Majhul (Tidak dikenali). (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/1189)
3. Ahmad Abdul Razaq dan at-Tobrani meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas mengenai firman ALLAH :
Maksudnya : "Dan ingatlah tatkala orang-orang Kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya (membuat rancangan) untuk menangkap mu dan memenjarakan mu atau membunuh mu." Kata Ibn 'Abbas : "Pada suatu malam, Kafir Quraisy bermesyuarat di Mekah. Sebahagian mereka berkata : "Apabila datang waktu pagi kamu tangkap dan tambat Muhammad dengan tali. Kata sebahagian yang lain : "Bunuhlah dia !" Kata sebahagian yang lain lagi : "Usirlah dia !" Rancangan Quraisy ini diberitahu oleh ALLAH kepada Nabinya. Ali lalu tidur di tempat tidur Nabi s.a.w. pada malam itu. Sedangkan Nabi s.a.w. keluar menuju ke gua. Orang-orang Musyrikin bermalam menjaga Ali yang mereka sangka Nabi s,a,w. Apabila tiba waktu pagi mereka menyerbu kepadanya, apabila mereka melihat Ali, maka ALLAH menolak rancangan jahat mereka. mereka berkata :"Dimana sahabatmu ?" Ali menjawab : "Aku tidak tahu" lalu mereka menjejaki kesannya. Apabila mereka sampai ke bukit, mereka ditimpakan keraguan / kebingungan. Mereka naik ke bukit dan mereka melalui gu, (tampat Rasulullah s.a.w. bersembunyi) lalu mereka melihat sarang Labah-Labah di pintu gua, lalu mereka berkata : "Jika Muhammad masuk dalam gua ini masakan ada sarang Labah-Labah di pintunya. Maka Rasulullah s.a.w. tinggal 3 malam di dalam gua itu."
*** Hadith ini Dhoief (Lemah). di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Uthman al-Juziri seorang yang lemah. (Ahmad dalam al-Musnad (3251), Abdul Razaq di dalam al-Musnaf (5/389) at-Tobrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir (11/407/12155), Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/264-3261.)
4. Ibn Sa'ad al-Mukhlish, al-Bazzar, at-Tobrani, al-'Aqili, as-Syarif Abu Ali al-Hasyimi, Abu Nu'im, al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Mus'ab al-Makki katanya :
Maksudnya : "Pada malam di gua, ALLAH memerintahkan sebatang pokok, lalu dia keluar di depan muka Nabi s.a.w. melindunginya dan ALLAH ta'ala mengutuskan Labah-Labah membuat sarang diantara kedua-duanya (Nabi dan Abu Bakar) lalu melindungi muka Nabi s.a..w dan ALLAH memerintahkan dua ekor burung merpati liar, lalu keduanya datang terbang dan hinggap diantara Labah-Labah dan pokok tadi. Pemuda-pemuda Quraisy datang, tiap-tiap suku seorang lelaki bersama-sama dengan tongkat mereka yang kecil dan yang besar, sehingga apabila berada 50 hasta dari Nabi s.a.w. Maka penunjuk jalan mereka, iaitu Suraqah bin Malik berkata : "lihatlah batu ini, kemudian aku tidak mengetahui dimana Rasulullah s.a.w meletakkan kakinya." Lalu pemuda-pemuda itu berkata : "Engkau tidak memerhatikan kesannya semenjak semalam sehingga apabila pagi engkau berkata : "lihatlah dalam gua !! Kaum itu mendatangi sehingga apabila mereka berada pada jarak 50 hasta maka orang yang mula-mula melihat ke gua, tiba-tiba ia nampak burung merpati lalu iapun pulang. Mereka bertanya : "Apakah yang menolakmu untuk melihat ke dalam gua ?" pemuda itu menjawab : "Aku melihat 2 ekor Merpati liar di mulut gua. Maka tahulah aku bahawa tiada seorangpun di dalam gua itu."
Nabi mendengar percakapan itu dan tahulah beliau bahawa ALLAH telah melindungi beliau berdua dengan 2 ekor burung Merpati itu. Lalu beliau mendoakan keselamatan ke atas 2 ekor burung Merpati tersebut dan ALLAH telah memelihara/menjaga kedua-duanya di tanah Haram lalu kedua-duanya membebaskan semua burung yang engkau lihat."
*** Hadith ini Mungkar seperti yang dikatakan oleh as-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. (Ibn Sa'ad 1/228/229, al-Mukhlish dalam al-Fawa-id al-Muntaqaat 17/13/1-2, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/299/1741, at-Tobrani dalam al-Kabir 20/443/1082, al-'Aqili 346…… Silsilah al-Ahadith ad-Dhoifah wa al-Maudhu'ah 3/1128)
Sesungguhnya tidak ada sebuah Hadithpun yang Sahih yang menguatkan Hadith-Hadith tersebut di atas. Malahan Hadith-Hadith tersebut berlawanan dengan hakikat sebenar yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran :
Firman ALAH s.w.t. :
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ {40
Maksudnya : "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya. Iaitulah ketika orang-orang Kafir (Musyrikin Mekah) mengusirnya (dari Mekah) sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, diwaktu dia (Nabi s.a.w.) berkata kepada temannya : "Janganlah engkau berduka-cita, sesungguhnya ALLAH beserta kita." Maka ALLAH menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantu dengan tentera yang kamu tidak melihatnya.", dan Allah amenjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Quran al-Karim, surah at-Taubah ayat 40)
Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa ALLAH memberikan pertolongan kepada Nabi dengan sakinah (ketenangan) dan dengan tentera-tentera yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, iaitulah para Malaikat, bukan dengan Labah-Labah membuat sarang, bukan dengan dua ekor burung Merpati dan sebagainya. Oleh kerana itulah al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya :
Maksudnya : "Mereka ialah para Malaikat yang turun untuk memalingkan muka dan penglihatan orang Kafir dari melihat Nabi s.a.w."
Dalam sebahagian hadith ada yang memperkuatkan pengertian ini. Abu Naim mentakhrijkan daripada Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq r.a., katanya :
Maksdunya : "Bahawasanya Abu Bakar melihat seorang lelaki menuju ke gua, lalu beliau berkata : "Ya Rasulullah ! dia sedang melihat kita." Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak ! Sesungguhnya para Malaikat melindunginya sekarang ini dengan sayap-sayapnya." Tidak lama kemudian lelaki itu duduk kencing menghadap kepada mereka berdua. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai Abu Bakar ! Jika dia melihat, tentulah dia tidak melakukan perkara ini."
*** Hadith ini Sanadnya Hasan (Baik) (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoifah wa al-Maudhu'ah 3/261-264)
Dengan keterangan ini jelaslah kiranya kepercayaan bahawa Nabi s.a.w. dilindungi oleh Labah-Labah dengan sarangnya dan dua ekor burung Merpati yang bersarang di mulut gua Thur itu tidak benar. Oleh kerana itu ianya tidak lebih dari satu Khurafat belaka.
Wallahu a'lam
Wednesday, March 22, 2006
ADAB ADAB DOA
Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.
اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَـابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيْبُ
دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
Sabda Rasul SAW.: "Berdoalah kamu kepada Allah, sedangkan kamu benar benar yakin akan dikabulkan. Dan ketahuilah olehmu bahawa Allah SWT. tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh". (HR Tarmizi dan Al Hakim - Hadis Hasan)
Hendaklah tekun dan tidak terburu buru.
لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَالَمْ يَدْعُ بِـإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَـالَمْ يَسْتَعْجِلْ ،
قِيْلَ يَارَسُوْلَ اللهِ فَمَا اْلإِسْتِعْجَالِ ؟ قَالَ: يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يُسْتَجَبْ لِى فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَـاءَ.
Sabda Rasul SAW.: Akan dikabulkan doa hamba selagi ia tidak berdoa dengan dosa atau memutuskan sllaturrahim selama ia tidak isti'jaal. Lalu baginda ditanya: Ya Rasulallah, apakah yang dikatakan lsti’jaal? Jawab Nabi: Dia berkata: Sungguh aku telah berdoa tetapi tidak juga dikabulkan, lalu ia menyesal dan akhirnya ia tidak berdoa lagi. (HR Imam Musllm)
Berdoa dalam semua keadaan:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَـهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكُرْبِ ،
فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِى الرَّخَـاءِ.
Sabda Rasul SAW: Barangsiapa yang ingin agar Allah mengabulkan doanya ketika ia sedang susah, maka hendaklah ia memperbanyak doa ketika ia sedang hidup senang. (Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi dan Al Hakim)
Tidak mengutuk keluarga dan hartanya:
لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُمْ وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ ،
لاَ تُوَافِقُوا مِنَ اللهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيْهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيْبُ لَكُمْ.
Sabda Rasul SAW.: Janganlah kamu mengutuk dirimu, dan jangan pula mengutuk anak-anak kamu dan harta kamu (kerana) ada suatu masa yang jika bertepatan doa kita pada waktu itu nescaya pasti Allah mengabulkannya. (HR Imam Muslim)
Jangan memohon kepada selain Allah:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ لابْنِ عَبَّاٍس رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا: يَا غُلاَمُ ، إِنِّى أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ:
اِحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ ، اِحْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَـاهَكَ ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ ،
وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
Sabda Rasul SAW. kepada Ibnu Abbas: Wahai anakku, jlka engkau meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmidzi)
Berdoa dengan suara yang sederhana:
Allah berfirman:
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (55)
Berdoalah kepada Tuhanmu dengar merendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang yang diminta dan cara meminta). (Al A’raf / : 55)
Sabda Rasul saw:
اِرْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ ، إِنَّكُمْ لاَ تَدْعُوْنَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِبًـا ،
إِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِبْعًا بَصِيْرًا.
Kasihanilah dirimu, sesungguhnya kamu tidak memohon kepada yang pekak dan ghaib, sesungguhnya kamu mohon kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (HR Imam.Bukhari dan Muslim)
Memohon dengan Al Asmaa-ul Husna:
Allah berfirman:
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ
Hanya milik Allah " asmaa- ul husnaa" itu, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dalam (menyebut) nama nama-Nya. (Al A’raf / 7:180)
Rasulullah SAW. pernah mendengar seorang lelaki berdoa dalam tasyahhudnya:
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ يَااللهُ اْلأَحَـدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَـهُ
كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَلِى ذُنُوْبِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
Ertinya: " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ya Allah Yang Maha Esa lagi tempat meminta, yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak serupa dengan seorang juapun, kiranya Engkau ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". LaIu sabda Nabi: Sesungguhnya dia telah diampuni, sesungguhnya dia telah diampuni. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud, An Nasaai)
Mengaku berdosa:
Sabda Rasul SAW.: Penghulu istighfaar ialah:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Ertinya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikmu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau". (HR Bukhari)
Fadilatnya Penghulu Istighfar: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)
Jangan terikat dengan sajak dalam doa:
Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:
فَانْظُرِ السَّجْعَ مِنَ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّى عَهِدْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لاَ يَفْعَلُوْن إِلاَّ ذَلِكَ ؛
يَعْنِى لاَ يَفْعَلُوْنَ إِلاَّ ذَلِكَ اْلإِجْتِنَابُ.
Jauhilah sajak ketika kamu berdoa, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)
Berdoa dengan khusyu' dan merendah diri:
Allah berfirman:
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (205)
Firman Allah: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang orang yang lalai. (Al A'raf / 7: 205)
Allah berfirman:
كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ(90)
Firman Allah: Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yanq khusyu' kepada kami. (Al Anbiyaa': 90)
Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa:
Rasulullah.SAW. berkata tentang seorang lelaki yang mengangkat kedua tangannya ke langit, sambil berdoa:
يَارَبِّ يَارَبِّ ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذَّى بِالْحَرَامِ ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَـهُ.
Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram, dan hidup bergelimang dengan perkara haram maka bagaimanakah doa akan dikabulkan Allah? (HR Bukhari dan Muslim)
Berdoa dengan amal salih:
Agar doa kita lekas dikabulkan oleh Allah SWT. maka kita boleh berdoa kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal salih yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-yebut amal salih kita kepada-Nya.
Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim diceritakan tentang tiga orang yang masuk kedalam gua kerana hujan lebat. Mereka terkurung di dalamnya kerana batu besar yang jatuh dari atas gunung menutupi pintu gua tersebut. Mereka berdoa kepada Allah sambil menyebut-nyebut amal salih masing masing. Doa mereka makbul dan akhirnya selamat keluar.
Mengulangi doa sebanyak tiga kali:
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas'ud berkata: Baginda Rasulullah SAW. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali.
Bersalawat kepada Nabi SAW.:
Sabda Rasul saw:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوْبٌ حَتَّى يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ.
Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi saw. (Hadis Hasan)
Menghadap Kiblat:
Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, katanya:
اِسْتَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ، فَدَعَا عَلَى نَفَرٍ مِنْ قُرَيْشٍ.
Nabi Muhammad SAW. menghadap ke Ka'bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. (HR Bukhari dan Muslim)
Mengangkat kedua-dua tangan:
Abdullah Bin Omar (ra) berkata:
رَفَعَ النَّبِيُّ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) يَدَيْهِ فَقَالَ : اَللَّهُمَّ إِنِّى أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدٌ مَرَّتَيْنِ
Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Berkata Abu Musa:
ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ أَبِى عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ.
Kemudian baginda Rasul SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Bin 'Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
Berwudhu' sebelum berdoa:
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum 'Ubaid Abu 'Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad SAW. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul saw lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu' dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa:
:اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدِ بْنِ عَامِرٍ ، رَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ ، ثُمَّ قَالَ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيْرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّـاسِ.
Ya Allah, ampunilah dosa 'Ubaid Abi 'Amir;) dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu.
Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah.
Kemudian baginda berdoa:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ ذَنْبَهُ ، وَأَدْخِلْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُدْخَلاً كَرِيْمًا
Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berdoa sambll menangis:
Dari Abdullah Bin 'Amr Bin Al 'Ash RA, bahawa Nabi Muhammad SAW membaca ucapan Nabi Isa AS.:
إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (118)
Ertinya: "Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba—Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana". (Al Maidah: 118),
Lalu Rasul SAW. menganqkat kedua dua tangannya dan berdoa :
اَللَّهُمَّ أُمَّتِى أُمَّتِى ، (وَبَكَى)
" Ya Allah, umatku, umatku ", (sambil baginda menangis).
Selanjutnya Allah swt berfirman kepada Jibril (as):
يَا جِبْرِيْلُ اِذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ فَقُلْ: إِنَّـا سَنُرْضِيْكَ وَأُمَّتِكَ وَلاَ نَسُوْؤُكَ.
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: " Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ". (HR Imam Muslim)
Berdoa sambil merendahkan diri:
Allah SWT. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya:
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (83)
"Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (" Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang". (Al Anbiyaa: 83)
وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)
"Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik". (Al Anbiyaa: 89)
Berdoa pada waktu waktu yang mustajab
Kita meyakini bahawa Allah SWT. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan lain lain.
Rasulullah saw pernah ditanya:
أَيُّ الدُّعَـاءِ أَسْمَعُ ؟ قَالَ : جَوْفُ اللَّيْلِ اْلآخِـرِ وَدُبُرُ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَـةِ .
Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. (HR Tarmizi – Sahih)
Tuesday, March 21, 2006
TIGA TAHUN IRAQ TERJAJAH
20hb Mac 2003, Tarikh penaklukkan Amerika ke atas Bumi Iraq .Tindakkan yang di ambil oleh Amerika berserta sekutunya Britian beralasan untuk memusnahkan senjata Kimia Iraq. Pada hari ini setelah 3 tahun penjajahan tersebut. Amerika masih belum memberikan bukti kepada dunia tentang pembinaan senjata kimia Iraq.
Pemerhati perang menyebut keadaan semakin tidak terkawal di Iraq dan negara tersebut berdepan dengan perang saudara. Janji Amerika untuk membebaskan Rakyat Iraq dari kezaliman pemerintahan saddam Husain tidak lain hanya sekadar cakap kosong. Dunia memerhatikan dengan penuh minta penindasan dan kezaliman tentera Amerika ke atas penduduk Iraq. Benarlah OIC memang minat memerhati. Beralasan kejadian 11 September Barat dan Amerika mengambil 'pukulan Maut' ke atas Islam dan kita hanya memerhatikannya.
Saya tidak menyokong Usamah jika benar dia yang mencetuskan 11 September, Madrid dan letupan di London . Namun saya kadang-kala terfikir, ada benarnya ucapan beliau dalam salah satu rakaman yang disiarkan oleh Siaran al-Jazerah; “Wahai orang Barat! Atas apa pegangan yang menyebabkan kamu menganggap darah kamu bernilai darah, sedangkan darah kami bernilai air?!!”.
Wajah-wajah dukacita yang kita paparkan untuk merenung keinsafan kita kerana antara kita dan mereka adalah seagama.
Islam telah di lebel dengan pengganas dan berbagai tuduhan sedangkan telah terbukti di mata masyarakat antarabangsa 'siapakah pengganas sebenarnya'.
Islam telah menetap disiplin di medan perang adalah tanggungjawab para pejuang Islam.
Peperangan bukan untuk membanyakkan penumpahan darah, sebaliknya untuk membela kebenaran.
Dalam hadith yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertembung dengan musuh, mintalah daripada Allah keselamatan. Namun jika kamu bertembung dengan mereka juga, kamu hendaklah sabar (tetap jangan berganjak)”.
Untuk itu Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya dibunuh mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi mereka tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata.
Secara terperincinya, mereka ialah:
Pertama: Wanita dan kanak-kanak.
Antara dalilnya, hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: “Sesungguhnya seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi s.a.w) maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. (Riwayat al-Bukhariy dan Muslim).
Kata al-Imam al-Syafi`iy (wafat 204H): “Tidak diharuskan sesiapapun di kalangan muslimin untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak (dalam peperangan), kerana Rasulullah s.a.w. melarang membunuh mereka”. (rujukan: al-Umm, jilid 4, m.s. 239, cetakan: Dar al-Ma’rifah, Beirut).
Kata Ibn Rusyd (wafat 595H): “Demikian juga tiada khilaf di kalangan ulama mengenai tidak harus membunuh kanak-kanak dan wanita selagi mereka tidak terlibat berperang. Apabila wanita turut berperang, maka dia boleh dibunuh. Ini semua berdasarkan apa yang pasti daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda melarang wanita dan kanak-kanak dibunuh” (rujukan: Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, jilid 1, m.s. 280, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Kedua: Orang tua dan orang yang uzur.
Mereka ini tidak dibunuh, melainkan jika dikhuatiri tindakan dan perancangan mereka dalam peperangan. Dalilnya firman Allah di atas: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas” (Surah al-Baqarah: ayat 190).
Begitu juga hadith daripada Anas bin Malik, sabda Nabi s.a.w.: “Pergilah kamu (ke medan perang) dengan nama Allah, dengan Allah dan di atas agama Rasullulah!. Jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak, wanita. Jangan kamu mengkhianati harta rampasan, himpunkan harta peperangan kamu, buatlah yang elok dan baik, sesungguhnya Allah sukakan mereka yang berbuat baik” (Riwayat Abu Daud, sanadnya dhaif).
Sekalipun hadith ini sanadnya dhaif, namun golongan tua yang tidak membantu peperangan sama ada dari segi tenaga atau buah fikiran, tetap tidak wajar dibunuh. Ini dapat diqiaskan dengan wanita yang tidak membantu peperangan. Kata Ibn Daqiq al-`Id (wafat 702H): “Hukum asalnya ialah tidak boleh membunuh. Hanya dibolehkan membunuh demi mengelakkan kemerbahayaan. Sesiapa yang pada kebiasaan tidak berperang (menentang tentera Islam) dan tidak berkemampuan untuk berperang maka dia tidak mendatang mudarat seperti mana mereka yang berperang. Maka hukumnya kembali kepada asal iaitu mereka itu tidak boleh dibunuh”. (Ibn Daqiq al-`Id, Ihkam al-Ahkam, juz. 4, m.s. 184, cetakan:Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut)
Ketiga: Mereka yang beribadat di rumah-rumah ibadat.
Dalilnya ialah riwayat Ibn `Abbas, katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w. mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir ketika mentahqiqkan musnad Ahmad, hadith ke-2728: “Sanad hadith ini hasan”) Kata al-Syaukaniy (wafat 1250H): “Pada hadith ini dalil bahawa tidak boleh membunuh sesiapa daripada golongan kuffar yang hanya beribadat seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan kaum muslimin”. (rujukan: Al-Syaukaniy, Nail al-Autar, jld 8, m.s. 74, cetakan: Dar al-Jil, Beirut)
Keempat: Para pekerja dan petani.
Jumhur ulama menyatakan mereka tidak dibunuh. Dalilnya hadith Hanzalah al-Katib r.a., katanya: “Kami berperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. , lalu kami melintasi seorang wanita yang dibunuh. Ketika itu orang ramai berkumpul padanya, lantas mereka memberi ruang kepada baginda (untuk melihatnya). Baginda bersabda: “Dia ini (wanita tersebut) tidak turut berperang”. Kemudian baginda mengarahkan seorang lelaki sambil bersabda: “Pergilah kepada Khalid ibn al-Walid, katakan kepadanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkannya dengan sabdanya: Jangan kamu bunuh kanak-kanak (dalam sebahagian riwayat: wanita) dan `asif (pengambil upah)”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. Sanad Ibn Majah adalah sanad yang sahih. Al-Albaniy juga di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (hadith ke-701) menyatakan sahih (lihat: jld 2, m.s. 314, cetakan: Maktabah al-Ma`arf li al-Nasyr, Riyadh) Kata al-Sindiy (wafat 1138H): “Maksud pengambil upah di sini ialah yang mengambil upah menjaga tunggangan atau seumpamanya, bukan pengambil upah berperang”. (rujukan: al-Sindiy, Syarah Sunan Ibn Majah, jld. 3, m.s. 380, cetakan: Dar al-Ma’rifah, Beirut). Antara tanda pengambil upah ialah mereka tidak bersenjata (lihat: `Aun al-Ma’bud, jld 7,m.s 236) Mungkin termasuk juga di dalam pengambil upah ini ialah mereka yang hanya bertugas menyediakan makanan, atau yang membersihkan kem tentera dan seumpamanya. Selagi mereka tidak bertindak membantu peperangan, maka mereka tidak dibunuh.
Kelima: Para perwakilan dan diplomat.
Ini berdasarkan hadith Abdullah bin Mas`ud, katanya: "Ibn al-Nawahah dan Ibn Uthal datang kepada Nabi s.a.w sebagai perwakilan Musailamah (al-Khazzab). Baginda bertanya: “Apakah kamu berdua mengakui bahawa aku ini Rasulullah”. Kata mereka berdua: “Kami menyaksikan bahawa Musailamah rasulullah”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku beriman dengan Allah dan para RasulNya. Kalaulah aku ini boleh membunuh para perwakilan, nescaya aku bunuh kamu berdua”. Kata ‘Abdullah bin Mas`ud: “Telah menjadi suatu sunnah bahawa para perwakilan tidak dibunuh”. (Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la kata al-Haithamiy (wafat 807H):Sanad-sanad mereka adalah hasan (rujukan: al-Hathaimiy, Majma’ al-Zawaid, jld 5, m.s. 314, cetakan: Dar al-Rayyan, Beirut) Kata Syams al-Haq al-Abadi: “Pada hadith ini dalil yang menunjukkan haramnya membunuh para perwakilan”. (rujukan: `Aun al-Ma’bud, jld. 7, m.s. 314)
Monday, March 20, 2006
AS-SYAHID DR AZIZ RANTISI
WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB DOA
Waktu-Waktu Yang Mustajab
Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang menyia-nyiakan kesempatan baik tersebut.
Mereka mengira bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeda. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.
Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain.
[1]. Sepertiga Akhir MalamDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Barakah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ;barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya".
[Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]
[2]. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang BerpuasaDari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".
[Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No.1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].
[3]. Setiap Selepas Solat FardhuDari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, beliau menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782].
[4]. Pada Saat Perang BerkecamukDari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk".
[Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672].
[5]. Sesaat Pada Hari JumaatDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".
[Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6]Waktu yang sesaat itu tidak dapat diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat ashar bagi orang yang menunggu solat maghrib.
[6]. Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada AllahDari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya".
[Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595]Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadith 1/190]Yang dimaksud dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
[7]. Doa Diantara Adzan dan IqamahDari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah".
[Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139]
[8]. Doa Pada Waktu Sujud Dalam SolatDari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
[Shahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
[9]. Pada Saat Sedang KehujananDari Sahl bin S'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan".
[Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078].Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikeranakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. [Fathul Qadir 3/340].
[10]. Pada Saat Ajal TibaDari Ummu Salamah bahawa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'. Semua keluarga bersedih. Beliau bersabda : 'Janganlah kamu berdoa untuk diri kamu kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan".
[Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38]
[11]. Pada Malam Lailatul QadarAllah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar".[Al-Qadr : 3-5]Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.
[Tuhfatud Dzakirin hal. 56]
[12]. Doa Pada Hari ArafahDari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]
Saturday, March 18, 2006
BERDOA SELEPAS SOLAT
Qaul (Pendapat) Imam as-Syafi’e di Dalam Masalah Berzikir dan Berdoa Selepas Solat iaitu secara perlahan dan tidak mengeraskan suara (secara kuat) melainkan imam hendak mengajar makmum cara berzikir. Lebih-lebih lagi sekiranya masih ada makmum yang ketinggalan rakaat. Tentu zikir yang kuat akan mengganggu bacaan solatnya.
Rujukan I : Kitab al-Umm (Kitab Induk) Imam Syafi’e, Jilid 1, m/s 296 ini termasuk yang dibolehkan (mubah) mambacanya bagi imam dan bukan ma’mum. Imam manapun yang berzikir kepada Allah menurut yang saya terangkan, dengan suara yang keras atau suara berbisik atau dengan cara lain, maka adalah baik.
Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar dari solat. Keduanya itu menyembunyikan zikir, kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan suaranya, sehingga ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian ia mengecilkan suaranya.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,
قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيًّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً {110
maksudnya:-“Dan janganlah engkau sembahyang dengan suara keras dan jangan pula diam saja!” [Surah al-Isra’, ayat 110]
Yakni – Allah Ta’ala yang mahu tahu ialah: do’a. Tidak engkau keraskan, ertinya: tidak engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya: sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.
Saya berpendapat bahawa yang diriwayatkan Ibnuz-Zubair, adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami riwayatkan.Saya berpendapat bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu, kerana umumnya riwayat yang kami tuliskan bersama ini dan lainnya,tidak disebutkan padanya sesudah memberi salam, akan pembacaan tahlil dan takbir.
Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat dengan yang saya terangkan iatu. Dan disebutkan perginya Nabi SAW dari solat dengan tanpa zikir. Dan Ummu Salmah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan beliau tidak berzikir dengan keras. Saya berpendapat, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.Kalau ada yang bertanya: “Seperti apa zikir itu?” Saya menjawab: bahawa seperti beliau mengerjakan solat atas mimbar, yang berdirinya dan ruku’nya atas mimbar itu. Dan beliau mundur, sehingga beliau sujud atas lantai.
Dan kebanyakan umurnya, beliau tidak mengerjakan solat atas mimbar. Akan tetapi pada pendapat saya, bahawa Nabi SAW menyukai untuk dipelajari oleh orang yang tidak dapat melihatnya, dari orang yang jauh daripadanya: bagaimana berdiri, ruku’ dan mengangkat tangan.Rujukan II: Kitab Sahih Bukhari, Jilid II, m/s 284Dari ‘Amr bahawasanya Abu Ma’bad, hamba sahaya Ibnu Abbas memberitahukan kepadanya bahawasanya Ibnu Abbas memberitahukan kepadanya (jadi Ibnu Abbas memberitahukan kepada Abu Ma’bad dan Abu Ma’bad ini memberitahukan kepada ‘Amr) demikian:
“Sesungguhnya mengeraskan suara dalam mengucapkan zikir setelah para manusia selesai dari mengerjakan solat yang diwajibkan itu telah terjadi di zaman Nabi SAW.”Ibnu Abbas berkata: “Aku mengetahui juga hal itu sewaktu aku mendengarkannya, yakni ketika orang-orang sudah sama pulang.”
Keterangannya:
Dalam syarah Sahih Bukhari yang dikarang oleh Imam Qasthalani terdapat huraian sebagai berikut:Menurut pendapat Imam Asy’Syafi’e, rahimahullaahu ta’ala sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi, rahimahullaahu ta’ala diambil kesimpulan bahawa para sahabat di zaman Nabi SAW mengeraskan zikir dalam waktu yang tidak begitu lama, kemudian diteruskan dengan suara perlahan-lahan.
Adapun yang dikeraskan itu ialah untuk mengajarkan sifatnya zikir kepada kaum yang belum mengerti. Jadi bukannya dalam keseluruhan zikirnya itu dibunyikan dengan suara keras. Ini disebabkan adanya kemungkinan bahawa di dekat orang-orang yang berzikir itu ada orang yang sedang sembahyang, kerana ketinggalan raka’at dan lain-lain. Hanya saja menurut pedoman yang dapat dijadikan pegangan ialah bawaha baikpun imam ataupun ma’mum, semuanya memperlahankan sura zikirnya masing-masing, kecuali kalau diperlukan sekali, misalnya untuk mengajarkan isi zikir itu kepada orang lain.
Wallaahu A’lam bish-shawaab.Kesimpulan dari Pendapat Imam as-Syafi’e di dalam Masalah Berzikir dan Berdoa Selepas Solat
1. Berzikir dan berdoa amat digalakkan setelah selesai menunaikan solat untuk imam dan para makmum.
2. Zikir dan doa tersebut hendaklah diperlahankan (sederhana).
3. Imam boleh menguatkan bacaan zikir dan doa sekiranya bertujuan untuk mengajar makmum bagaimanakah cara berzikir, tetapi apabila makmum telah mengetahui caranya, hendaklah diperlahankannya. Nabi SAW dan para sahabat tidak menguatkan bacaan zikir dan doa secara berterusan.
4. Zikir dan doa yang kuat tentu akan mengganggu bacaan solat makmum yang ketinggalan rakaat (masbuk). Berzikir dan berdoa adalah sunat sedangkan mengganggu orang yang sedang solat adalah haram hukumnya.
5. Kadang-kadang Nabi SAW bangun dari selesai solat tanpa berzikir.
6. Imam dan makmum digalakkan berzikir dan berdoa secara sendirian kerana masing-masing mempunyai hajat yang berlainan.7. Berpadalah kita beribadat sesuai dengan petunjuk dari Nabi SAW dan yang diajar oleh imam kita yang mulia, as-Syafi’e.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Perlahankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib”(Muslim)