Wednesday, February 07, 2007

Pandangan Ibn Baz Terhadap : Kitab-Kitab Syed Qutb, al-Maududi dan al-Nadwi

Ibn Baz : Kitab-Kitab Syed Qutb, al-Maududi dan al-Nadwi adalah berfaedah, di dalamnya ada kebaikan yang banyak, (akan tetapi) ia tidak sunyi daripada kesalahan-kesalahan. Namun mereka semua telah bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan menyuru kepada kebaikan dan bersabar dalam kesusahan (dalam berdakwah).

Telah ditanya kepada Syeikh Abdul Aziz bin Baz rh soalan ini di dalam majlis fatwa Nur 'Ala al-Darb.
Soalan : Saya mengharapkan dari yang mulia tuan, pandangan tentang tulisan-tulisan Abu al-A'la al-Maududi, Abu al-Hasan al-Nadwi dan Syed Qutb.

Jawapan :
Semua kitab-kitab mereka berfaedah, kitab-kitab mereka bertiga (rakaman tidak jelas) semuanya berfaedah, di dalamnya terdapat kebaikan yang banyak, (akan tetapi) ia tidak sunyi dari sebahagian kesilapan. setiap perkara (boleh) diambil (rakaman tidak jelas) dari perkatannya dan (boleh) ditinggalkan, mereka semua bukannya maksum.

Dan penuntut ilmu, apabila memerhatikan kitab-kitab mereka akan mengetahui dimana yang ada kesalahan dan dimana yang ada kebenaran (rakaman tidak jelas). Mereka (bertiga) telah bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan telah menyeru kepada kebaikan dan bersabar dengan kesempitan dalam perkara itu (dakwah). Mereka sangat mengambil berat (rakaman tidak jelas) kitab-kitab mereka ada kebaikan yang banyak, akan tetapi mereka bukanlah maksum demikian juga ulama-ulama yang lain.

Jika dibandingkan dengan para rasul as yang menyampaikan dakwah daripada Allah, dan para rasul itu dipelihara oleh ALlah (rakaman tidak jelas). Adapun para ulama, setiap orang 'alim (rakaman tidak jelas), akan tetapi dengan pujian kepada Allah, kebenaran dari mereka lebih banyak (rakaman tidak jelas), mereka memberi manfaat kepada manusia.

Imam Malik bin Anas berkata : "Tidak ada sesiapa dikalangan kita melainkan diperhatikan (kata-katanya) dan (boleh) ditolak melainkan tuan kubur ini iaitulah Rasul saw." Maka seorang yang beriman (yang menjadi kemestiannya) ialah menuntut ilmu, demikian juga bagi seorang wanita yang beriman. Setiap orang mesti mempelajari agama dan mendalami (rakaman tidak jelas), dia membaca al-Quran, membaca al-Sunnah dan dia memberi perhatian sehingga dia mengenali kebenaran berdasarkan dalil-dalilnya, dan sehingga dia mengenali sesuatu kesalahan jika berlakunya kesalahan kepada seseorang alim.

Tidak boleh dikatakan orang ini alim besar, kata-katanya diambil semuanya tanpa penilaian, bahkan semestinya diperhatikan (rakaman tidak jelas) sehingga bertepatan dengan dalil-dalil syara' (rakaman tidak jelas)...... sila dengar rakaman suara di sini :
--------------------------
Teks asal :
ابن باز : كتب سيد قطب والمودودي والندوي مفيدة فيها خير كثير ولا تخلو من بعض الأغلاط ، قد اجتهدوا في الخير ودعوا إلى الخير وصبروا على المشقة 2006-11-21
سئل سماحة الشيخ عبدالعزيز بن باز رحمه الله هذا السؤال ببرنامج فتاوى نور على الدرب


--------- أرجو من سماحتكم أن تتفضلوا بابداء رأيكم حول مؤلفات أبي الأعلى المودودي وأبي الحسن الندوي وسيد قطب ؟ كلها كتب مفيدة ، كتب هؤلاء الثلاث (غير واضح) كلها كتب مفيدة فيها خير كثير ولا تخلو من بعض الأغلاط كل يؤخذ (غير واضح) من قوله ويترك ، ليسوا معصومين ، وطالب العلم إذا تأملها عرف مافيها من الأخطاء ومافيها من الحق (غير واضح) وهم رحمهم الله قد اجتهدوا في الخير ودعوا إلى الخير وصبروا على المشقة في ذلك وهم يحرصون (غير واضح) كتبهم خير كثير ولكن ليس معصومون ولاغيرهم من العلماء ، بالنسبة للرسل عليهم الصلاة والسلام يبلغون عن الله والرسل عصمهم الله (غير واضح) ، أما العلماء ، كل عالم (غير واضح) ، لكن بحمدالله صوابهم أكثر (غير واضح) نفعوا الناس ، يقول مالك -رحمه الله- ابن أنس (غير واضح) مامنا إلا راد ومردود عليه إلا صاحب هذا القبر وهو الرسول عليه الصلاة والسلام ، والمؤمن يطلب العلم هكذا المؤمنة تطلب العلم ، وكل واحد يتفقه في الدين ويتبصر (غير واضح) يقرأ القرآن يقرأ السنة يعتني حتى يعرف الحق بأدلته وحتى يعرف الغلط إن غلط العالم ، ولا يجوز أن يقال هذا فلان العالم الجليل يؤخذ قوله كله دون نظر ، بل لابد من النظر (غيرواضح) يتم عرضها على الأدلة الشرعية (غير واضح .. تابع التسجيل المرفق)