Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketua Persekutuan Antarabangsa Ulama Muslimin menuntut Syiah untuk berhenti dari mencela sahabat Nabi saw.
al-Qaradhawi berkata menerusi dailognya melalui siaran al-Jazeera bersama Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani Pengerusi Maslahah Tasykhis al-Nizom Negara Iran, bahawa beliau (al-Qaradhawi) tidak dapat menerima untuk meminta ahl sunnah membantu Syiah dalam masa yang sama Syiah mencela para sahabat Nabi saw yang Allah telah meredhai mereka dan mereka juga redha kepada Allah.
Beliau menegaskan bahawa percubaan-percubaan taqrib (mendekatkan antara sunnah dan syiah) sebelum ini hanya sekadar pertemuan bertukar-tukar ucapan tahiyyah dan tamat tanpa meninggalkan perkara yang jelas dalam semua topik perbezaan
al-Qaradhawi menyambung dengan berkata : "Sesungguhnya tidak terdapat walau seorang sunni yang tidak mencintai Aali al-Bait (keluarga Nabi saw), Setiap daripada kami memperakui kelebihan yang ada pada mereka (ahlul Bait), Sebaliknya di sisi Syiah kami dapati mereka mengkafirkan para sahabat sedangkan para sahabatlah yang telah menyampaikan Islam yang benar kepada kami.":
Berkata Ketua Persekutuan Antarabangsa Ulama Muslimin (al-Qaradhawi) dimana hampir 15 milion sunni (ahli sunnah) di Iran hendak mendirikan masjid mereka di ibu negara, Tehran, dan mereka tidak dibenarkan membinanya. Dalam waktu yang sama kita dapati adanya orang-orang syiah yang berada di negara-negara yang kebanyakannya adalah sunnah, ada orang syiah yang telah memegang jawatan yang tinggi di sana.
al-Qaradhawi menyambung, katanya : "Saya sebelum ini telah berada di Indonesia, dan ketua diplomat kedutaan Kuwait adalah seorang Syiah. Selain itu ada juga beberapa menteri Syiah (dari pengiut syiah) berada di negara-negara teluk. Manakala di Iran terdapat golongan minoriti yang besar dari kalangan ahli sunnah sekitar 15 milion, bahkan lebih banyak dari itu, namun tidak ada walau seorang yang menjadi menteri di Iran. Di Mesir orang-orang qibti Mesir (syiah), menurut statistik mereka lebih sedikit berbanding statistik orang sunnah di Iran, dalam keadaan itu ada 3 orang menteri Syiah di Mesir."
Al-Qaradhawi ; Syiah lebih dahsyat daripada Sunnah dalam isu takfir (mengkafirkan orang lain)
Lamanweb Mufakkiran al-Islam: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi melalui dailog dengan seorang rujukan Syiah bernama Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani menyentuh isu takfir (mengkafirkan) diantara sunnah dan Syiah, dimana beliau (al-Qaradhawi) menegaskan bahawa Syiah lebih dahsyat berbanding Sunnah dalam perkara ini.
Al-Qaradhawi menyambung : “Aku katakan bahawa takfir (tuduhan kafir) berulang-alik (antara Syi’ah dan Sunnah), disana adanya orang Sunnah yang mengkafirkan Syiah, ada juga orang Syiah yang mengkafirkan Sunnah. Dan kita hendak menjadikan Islam Sebagai penyatu antara semuanya. Jika disana ada dikalangan ahl sunnah yang mengkafirkan Syiah, disana juga ada syiah yang mengkafirkan ahl sunnah, bahkan yang lebih dahsyat mengkafirkan ahl sunnah ialah mereka (Syiah), seperti orang-orang (Syiah) yang berkata : “Kami (Syi’ah) tidak berkumpul dengan ahli sunnah, tidak pada tuhan, dan tidak pada nabi, tidak juga pada para imam.” Kami (al-Qaradhawi) tidak mahu menyebut nama-nama mereka seperti “al-Majlisi” penulis kitab Bihar al-Anwar.”
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan lagi bahawasa perbezaan-perbezaan antara Sunnah dan Syiah tidak sepatutnya dikemukakannya kepada orang-orang awam kesemuanya. Bahkan sepatutnya perkara ini ditangani oleh ahli ilmu dan orang-orang yang ada kepakaran, mereka menanganinya dengan ilmiah, jauh dari sifat mencetuskan permusuhan dan dendam.
Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani pula berkata, kononnya ketikamana terdirinya apa yang mereka namakan sebagai Revolusi Islam : “Kami telah memberikan kesungguhan untuk menyatukan umat muslimin. Inilah kesungguhan yang telah diberikan oleh al-Baruji dan Imam Muhammad Abduh, dan mereka telah mewujudkan Dar al-Taqrib, dan kita telah sampai ke usaha ini pada zaman imam yang lalu demikian juga pada mursyid semasa. Bersama kita ramai di kalangan ulama.
Antara mereka al-Syeikh al-Qaradhawi sendiri, dan kita memohon kepada Allah swt untuk kita memelihara hasil usaha-usaha dan pencapaian ini. Dia (Rafsanjani) juga menyatakan (beliau tidak langsung menjawab perkara yang Dr. al-Qaradhawi tujukan kepadanya, terutamanya isu takfir) bahawasanya Allah taala telah menyuruh kita untuk memelihara kesatuan antara muslimin.
Yusuf al-Qaradhawi Ketua Persekutuan Antarabangsa Ulama Muslimin menyeru Negara Iran untuk menetapkan pendirian yang jelas terhadap apa yang berlaku di Iraq dari tindakan-tindakan pembunuhan sesuka hati dalam usaha mengusir al-Sunnah (ahl-Sunnah).
Melalui perbualannya (al-Qaradhawi) dengan Ali Akbar Hasyimi Rafsanjani yang disiarkan melalui siaran berita al-Jazeera pada petang hari Rabu (14/2/07), beliau meminta supaya rujukan-rujukan Syiah di Iran menjelaskan pendirian mereka terhadap darah yang mengalir di bumi Iraq, dan kerja-kerja pengusiran orang-orang sunnah dari tangan orang-orang Syiah, sambil mengisyaratkan dengan berkata : “Sesungguhnya kami sehingga sekarang tidak mendengan seorang Ayatullah yang menjadi rujukan di Iran yang menyeru untuk menghentikan fitnah di Iraq.“
Al-Qaradhawi berkata sambil mengkritik negara Iran, dimana disana adanya penentangan kepada keberadaan Amerika di Irak, akan tetapi mengapa tidak keluar satu fatwa daripada Iran yang menyokong penentangan tersebut sepertimana Iran menyokong penentangan di Palestin.
Al-Qaradhawi mengakhirkan kalimatnya dengan berkata : “Sesungguhnya kami menghendaki dari pertemuan ini keluarnya satu pendirian yang jelas terhadap tragedi buruk kaum muslimin di Iraq. dan mesti bagi Iran memiliki pendirian bagi membuktikan kebenaran niatnya.“
http://www.islammemo.cc/article1.aspx?id=33184
http://www.islammemo.cc/article1.aspx?id=33199
http://www.islammemo.cc/article1.aspx?id=33204
http://www.islammemo.cc/article1.aspx?id=33185