"Sesungguhnya (musuh-musuh Islam) bersungguh-sungguh menjadikan bangsa Palestine lapar, agar mereka mengaku kalah. Akan tetapi bangsa Palestine menerima kelaparan dan menolak kekalahan."
Inilah ibarat yang dilakukan oleh pendakwah Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika pembukaannya dalam Mu'tamar al-Fuqaha' wa al-'Ulama al-Muslimin Li Nasr al-Palastine (Perhimpunan Fuqaha' dan Ulama Umat Islam Bagi Membantu Palastine) di Doha. Para pemuka ulama berkumpul untuk mengumpul kekuatan melemahkan percubaan (musuh-musuh Islam), dan mencari jalan untuk membantu bangsa Palestine.
Al-Syeikh al-Qaradhawi dan beberapa orang dari kalangan ulama berbincang dalam pertemuan pembukaan mu'tamar itu pada petang hari Rabu 10 Mei 06, dan mereka mendatangkan langkah-langkah praktikal untuk membantu Palestine. Mereka menyeru kepada umat Islam, kerajaan-kerajaan dan bangsa islam untuk menerimanya (langkah-langkah tersebut).
Permulaan langkah tersebut ialah menggunakan kuasa memboikot bank-bank yang tidak menyerahkan sumbangan-sumbangan orang ramai kepada Palestine. Setiap muslim diseluruh dunia diminta mengeluarkan sumbangan sebanyak 1 dolar seorang untuk membantu kerajaan Palestine yang dibentuk oleh Pergerakan Hamas yang berdepan dengan kepungan kewangan yang dahsyat dan tekanan yang berat.
Al-Qaradhawi berkata di dalam ucapannya :
"Umat islam telah menghimpunkan jutaan (wang) akan tetapi jutaan wang itu tidak sampai kepada saudara-saudara kita di Palestine, disebabkan bank-bank tersebut tidak menyalurkannya (ke Palastine, kerana bimbang ancaman dari Amerika), bank-bank ini adalah dari Negara Arab seperti di Amman dan Kaherah, mengapa bank-bank ini melakukan sedemikian rupa ?"
Al-Qaradhawi menambah :
"Kita perlu lakukan tekanan kepada bank-bank seumpama ini,jika tidak kita boikot mereka, kita katakan kepada saudara-saudara kita : Keluarkan simpanan kamu semua dari bank-bank ini."
Demikian juga beliau menyeru untuk lakukan tekanan kepada kerajaan-kerajaan Arab yang bertanggungjawab terhadap bank-bank seumpama itu agar mereka menyalurkan sumbangan yang mereka terima dari Negara-negara Islam yang lain kepada Palestine.
Beliau (al-Qaradhawi) juga menuntut "kerajaan-kerajaan orang Islam yang bertanggungjawab, menyatakan pendirian berdiri sebagai seorang LELAKI (tidak pengecut) untuk membantu hamas."
Al-Qaradhawi menekankan juga atas keperluan mengambil pendirian yang teguh untuk berdepan dengan mana-mana Negara yang bermusuh dengan kerajaan Palestine, beliau berkata :
"Sepertimana kita melakukan boikot kepada Denmark (sebab karikator yang menghina Nabi saw), maka kita menyeru juga pemboikotan yang sama kepada mana-mana Negara yang memboikot Negara Palestine. Inilah senjata penting yang ada pada tangan-tangan kita."
Satu Umat Yang Kuat
Al-Qaradhawi menyatakan tentang keyakinannya bahawasanya umat Islam berdiri bersama pergerakan Hamas berdepan dengan tekanan dan kepungan, beliau berkata :
"Bersama Hamas umat Islam Arab, bersama mereka juga umat Islam dari Indonesia yang telah kita lihat mereka bergerak, berdiri menghimpunkan 1 dolar setiap seorang, lebih dari 200 milion umat Islam dari Jakarta, hinggalah ke Muritaniya (yang lakukan perkara yang sama). Maka dunia Islam seluruhnya berada di belakang Hamas, kerana Hamas berada di atas kebenaran, dan ALLAH, DIAlah yang benar."
Al-Qaradhawi juga menyebut langkah-langkah lain bagi setiap individu berdasarkan kemampuan mereka untuk membantu Palestine.
Beliau mengisyaratkan (sebagai contoh) kepada seorang lelaki Qatar yang berjumpa dengannya dan memberi satu kotak di dalamnya mengandungi 5 Milion duit Qatar (1.4 Milion dolar), demikian juga (sebagai contoh) perhimpunan kesatuan doctor-doktor Arab yang diadakan di Kaherah, Jumaat lepas yang berjaya menghimpunkan 7 Milion duit Mesir (1.2 Milion Dolar), dan lebih kurang 20 kg emas dalam masa hanya 2 jam, sedangkan sasaran awal hanya untuk memperolehi 5 Milion sahaja.
Beliau juga (al-Qaradhawi) menjelaskan akan keyakinannya bahawasanya "Hamas tidak akan menyerah kalah." Demikian juga rakyat Palestine, berdiri satu saf sebagai singa-singa. Dan (al-Qaradhawi) menyatakan bahawasanya :
"Hamas telah mencapai kejayaan di dalam ujian, dan ujian sekarang adalah kepada umat Islam, selama manakah mereka mampu berdiri di belakang Hamas (berdepan dengan musuh-musuh Islam)"
Kalimat al-Qaradhawi ini menggerakkan semangat para hadirin dalam perhimpunan tersebut, mereka bertakbir dengan suara yang kuat disebabkan kalimat tersebut.
Dikesempatan yang lain al-Qaradhawi menyatakan kekesalannya atas ketidakhadiran parti-parti lain dari palastine dalam mu'tamar tersebut, terutamanya parti Fatah. Beliau mengisyaratkan kepada beberapa rintangan yang ada di hadapan Hamas, terutamanya dari Muassasah al-Ri-asiyah al-Falastiniyah, yang al-Qaradhawi menyeru supaya bekerjasama dengan kerajaan Hamas. Di akhir mu'tamar tersebut al-Qaradhawi menjelaskan tujuannya menyebut kesalahan-kesalahan Fatah dan dan Ri-asah al-Falastiniyah bertujuan untuk menyatukan rakyat Palestine.
Langkah-langkah Membantu Palestine
"
al-Syeikh Salman Fahd al-Audah
Pendakwah al-Syeikh Salman al-Audah menyatakan darinya langkah-langkah lain yang praktikal untuk membantu rakyat Palastine, beliau berkata :
"Menjadi kewajipan kepada kerajaan (Islam yang lain), jika mereka tidak lakukan (sesuatu yang boleh membantu Palastine), paling kurang mereka membiarkan rakyat-rakyat mereka berdiri untuk membantu rakyat Palastine."
Mu'tamar di Doha pada hari tersebut menyatakan bahawasanya bantuan kepada Palastien memerlukan berbagai cara : Pertamanya penerangan kepada umat Islam untuk membangkitkan perasaan mereka, membantu saudara-saudara kita di Palestine, dan mengingatkan mereka dengan perjanjian persaudaraan Islam dan pertolongan semasa muslim
Sebahagian terjemahan dari web islam-online : http://www.islam-online.net/Arabic/news/2006-05/10/article12.shtml