Pulang Ke Rahamatullah Muhammad Tawil Bin Suboh. (paman) dalam usia 65 tahun pada 14hb March 2006 bersamaan 14 safar 1427. Terima kasih kerana meminjamkan kasih sayang selama 20 tahun sepeninggalan Almarhum Ayahanda tersayang.
"hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba ku, dan masuklah ke dalam syurgaku". (maksud ayat : surah Al-Fajr ayat 27-30 )
Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. sesungguhnya kepada Nya kami kembali.
(Riwayat Muslim)
Ya Allah! Ampunkanlah dia dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dgn air, salji dan hujan batu. Bersihkanlah dia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah rumah yg lebih baik daripada rumahnya, keluarga yg lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih baik dari pasangannya. Masukannlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada seksaan kubur [dan seksaan neraka]
(Riwayat Muslim)
Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia atas ajaran Islam. Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka matikanlah dia di atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau halangi kami daripada memperolehi pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami sesudahnya.
(Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Ya Allah, Sesungguhnya Muhamamad Tawil dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah dia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah dan belas kasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
(Riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud)