Monday, May 29, 2006

Hukum Qisas



ringkasan kes ini;

nama yang dihukum: ahmad bin ibrahim al-zahrani

kesalahan ; membunuh lelaki yang memperkosa adik lelakinya

tempat di laksanakan hukuman ini ; al-baha (satu kwsan di arab saudi)

Saturday, May 27, 2006

Dakwaan Khomenie


KESESATAN AJARAN SYI'AH : Kitab Kasyful Asrar (كشف الأسرار) tulisan Khomenie yang mendakwa Nabi saw tidak menyampaikan risalam Islam sepertimana yang diwajibkan ke atasnya oleh ALLAH swt.

Dakwaan Kitab Syiah


KESESATAN AJARAN SYI'AH : Mereka mendakwa semua sahabat akan masuk ke dalam neraka (kecuali 2 atau 3 orang sahaja) termasuk Sayyidina Abu Bakar dan isteri Nabi saw Sayyidatuna 'A-isyah. Jika para sahabat seperti Abu Bakar itu ahli neraka ? dari manakah penganut ajaran Syiah ini mengambil agama mereka ?

Bukankah agama itu sampai kepada kita melalui perantaraan para sahabat Nabi saw ? Bukankah al-Quran itu sampai kepada kita melalui perantaraan para sahabat Nabi saw. Demikianlah betapa karut dan sesatnya ajaran Syi'ah. Lihat bukti dari kitab rujukan mereka sendiri Bihar al-Anwar :

Friday, May 19, 2006

Hukum Berbogel Ketika Bersetubuh

Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

" ...ramai yang faham jima' (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima' di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing.

Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

" dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya." AQT 23:5


mafhum alhadith:

" jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu." al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha' akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha') bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)

Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.")

Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima' berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks.

Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi).

Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

Tuesday, May 16, 2006

Berzikir, berdoa secara perlahan

Oleh: IBNU IDRIS

SUDAH menjadi kebiasaan, imam dan makmum berwirid beramai-ramai dengan suara yang lantang dan kuat. Seolah-olah ia merupakan satu perkara yang wajib ataupun kesempurnaan solat.

Jika tidak dilakukan demikian dianggap sebagai satu perkara aib, terutama bagi imam itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu hendak berdoa.

Oleh yang demikian masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang.

Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.

Kadang-kadang kita melihat imam dan makmum terus juga berwirid dengan suara lantang sehinggalah tamat. Inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan.

Nabi Muhammad dan para sahabatnya tidak membaca wirid itu secara beramai-ramai dengan suara keras dan terus-menerus pada setiap lepas solat, tidak pula membaca doa dengan suara yang keras dan diaminkan oleh makmum pada tiap-tiap selepas bersolat.

Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.

Asy-Syaikh Ali Mahfuz berkata: Di antara bidaah-bidaah yang makruh ialah menamatkan solat dengan cara mengangkat suara beramai-ramai di dalam masjid terus-menerus, sehingga orang awam beriktikad bahawa itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat dan dia adalah sunah yang mesti dilakukan, padahal ia sunat dilakukan sendiri dan secara senyap-senyap.

Cara seperti ini adalah bidaah yang tidak dikenal pada zaman Rasulullah dan pada masa sahabat. Cara ini telah dijadikan satu syair yang dilakukan selepas solat jemaah.

Makruh

Kebanyakan para ulama telah menegaskan tentang makruhnya mengada-adakan syair dalam agama. Pada hal Allah sudah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 55 yang maksudnya:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampau batas.

Dan doa dengan cara begini (dengan suara lantang) bukanlah daripada perbuatan Rasulullah, bukan perkataannya dan bukan pula perakuannya. Hal ini telah dinukilkan daripada kitab al-Ibada.

Ibunu Hajar al-Haitimi di dalam kitab al-Fatwanya berkata: “Berkata az-Zarkasyi: “Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali Talbiah.

Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.

Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.

Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.

Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.

Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad.

Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.

Yang berlaku di depan mata kepala kita, semua masjid dan surau, imam-imam yang mengimamkan solat jemaah, akan membaca doa dan berzikir kuat-kuat sehingga dua kilometer kita dapat mendengar menerusi pembesar suara.

Mereka ikut siapa sebenarnya?

Friday, May 12, 2006

Ulama Umat Menggerakkan Pertolongan Untuk Palestine

"Sesungguhnya (musuh-musuh Islam) bersungguh-sungguh menjadikan bangsa Palestine lapar, agar mereka mengaku kalah. Akan tetapi bangsa Palestine menerima kelaparan dan menolak kekalahan."

Inilah ibarat yang dilakukan oleh pendakwah Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika pembukaannya dalam Mu'tamar al-Fuqaha' wa al-'Ulama al-Muslimin Li Nasr al-Palastine (Perhimpunan Fuqaha' dan Ulama Umat Islam Bagi Membantu Palastine) di Doha. Para pemuka ulama berkumpul untuk mengumpul kekuatan melemahkan percubaan (musuh-musuh Islam), dan mencari jalan untuk membantu bangsa Palestine.

Al-Syeikh al-Qaradhawi dan beberapa orang dari kalangan ulama berbincang dalam pertemuan pembukaan mu'tamar itu pada petang hari Rabu 10 Mei 06, dan mereka mendatangkan langkah-langkah praktikal untuk membantu Palestine. Mereka menyeru kepada umat Islam, kerajaan-kerajaan dan bangsa islam untuk menerimanya (langkah-langkah tersebut).


Permulaan langkah tersebut ialah menggunakan kuasa memboikot bank-bank yang tidak menyerahkan sumbangan-sumbangan orang ramai kepada Palestine. Setiap muslim diseluruh dunia diminta mengeluarkan sumbangan sebanyak 1 dolar seorang untuk membantu kerajaan Palestine yang dibentuk oleh Pergerakan Hamas yang berdepan dengan kepungan kewangan yang dahsyat dan tekanan yang berat.

Al-Qaradhawi berkata di dalam ucapannya :

"Umat islam telah menghimpunkan jutaan (wang) akan tetapi jutaan wang itu tidak sampai kepada saudara-saudara kita di Palestine, disebabkan bank-bank tersebut tidak menyalurkannya (ke Palastine, kerana bimbang ancaman dari Amerika), bank-bank ini adalah dari Negara Arab seperti di Amman dan Kaherah, mengapa bank-bank ini melakukan sedemikian rupa ?"

Al-Qaradhawi menambah :

"Kita perlu lakukan tekanan kepada bank-bank seumpama ini,jika tidak kita boikot mereka, kita katakan kepada saudara-saudara kita : Keluarkan simpanan kamu semua dari bank-bank ini."

Demikian juga beliau menyeru untuk lakukan tekanan kepada kerajaan-kerajaan Arab yang bertanggungjawab terhadap bank-bank seumpama itu agar mereka menyalurkan sumbangan yang mereka terima dari Negara-negara Islam yang lain kepada Palestine.

Beliau (al-Qaradhawi) juga menuntut "kerajaan-kerajaan orang Islam yang bertanggungjawab, menyatakan pendirian berdiri sebagai seorang LELAKI (tidak pengecut) untuk membantu hamas."

Al-Qaradhawi menekankan juga atas keperluan mengambil pendirian yang teguh untuk berdepan dengan mana-mana Negara yang bermusuh dengan kerajaan Palestine, beliau berkata :

"Sepertimana kita melakukan boikot kepada Denmark (sebab karikator yang menghina Nabi saw), maka kita menyeru juga pemboikotan yang sama kepada mana-mana Negara yang memboikot Negara Palestine. Inilah senjata penting yang ada pada tangan-tangan kita."

Satu Umat Yang Kuat

Al-Qaradhawi menyatakan tentang keyakinannya bahawasanya umat Islam berdiri bersama pergerakan Hamas berdepan dengan tekanan dan kepungan, beliau berkata :

"Bersama Hamas umat Islam Arab, bersama mereka juga umat Islam dari Indonesia yang telah kita lihat mereka bergerak, berdiri menghimpunkan 1 dolar setiap seorang, lebih dari 200 milion umat Islam dari Jakarta, hinggalah ke Muritaniya (yang lakukan perkara yang sama). Maka dunia Islam seluruhnya berada di belakang Hamas, kerana Hamas berada di atas kebenaran, dan ALLAH, DIAlah yang benar."


Al-Qaradhawi juga menyebut langkah-langkah lain bagi setiap individu berdasarkan kemampuan mereka untuk membantu Palestine.

Beliau mengisyaratkan (sebagai contoh) kepada seorang lelaki Qatar yang berjumpa dengannya dan memberi satu kotak di dalamnya mengandungi 5 Milion duit Qatar (1.4 Milion dolar), demikian juga (sebagai contoh) perhimpunan kesatuan doctor-doktor Arab yang diadakan di Kaherah, Jumaat lepas yang berjaya menghimpunkan 7 Milion duit Mesir (1.2 Milion Dolar), dan lebih kurang 20 kg emas dalam masa hanya 2 jam, sedangkan sasaran awal hanya untuk memperolehi 5 Milion sahaja.

Beliau juga (al-Qaradhawi) menjelaskan akan keyakinannya bahawasanya "Hamas tidak akan menyerah kalah." Demikian juga rakyat Palestine, berdiri satu saf sebagai singa-singa. Dan (al-Qaradhawi) menyatakan bahawasanya :

"Hamas telah mencapai kejayaan di dalam ujian, dan ujian sekarang adalah kepada umat Islam, selama manakah mereka mampu berdiri di belakang Hamas (berdepan dengan musuh-musuh Islam)"

Kalimat al-Qaradhawi ini menggerakkan semangat para hadirin dalam perhimpunan tersebut, mereka bertakbir dengan suara yang kuat disebabkan kalimat tersebut.

Dikesempatan yang lain al-Qaradhawi menyatakan kekesalannya atas ketidakhadiran parti-parti lain dari palastine dalam mu'tamar tersebut, terutamanya parti Fatah. Beliau mengisyaratkan kepada beberapa rintangan yang ada di hadapan Hamas, terutamanya dari Muassasah al-Ri-asiyah al-Falastiniyah, yang al-Qaradhawi menyeru supaya bekerjasama dengan kerajaan Hamas. Di akhir mu'tamar tersebut al-Qaradhawi menjelaskan tujuannya menyebut kesalahan-kesalahan Fatah dan dan Ri-asah al-Falastiniyah bertujuan untuk menyatukan rakyat Palestine.

Langkah-langkah Membantu Palestine


"
al-Syeikh Salman Fahd al-Audah

Pendakwah al-Syeikh Salman al-Audah menyatakan darinya langkah-langkah lain yang praktikal untuk membantu rakyat Palastine, beliau berkata :

"Menjadi kewajipan kepada kerajaan (Islam yang lain), jika mereka tidak lakukan (sesuatu yang boleh membantu Palastine), paling kurang mereka membiarkan rakyat-rakyat mereka berdiri untuk membantu rakyat Palastine."

Mu'tamar di Doha pada hari tersebut menyatakan bahawasanya bantuan kepada Palastien memerlukan berbagai cara : Pertamanya penerangan kepada umat Islam untuk membangkitkan perasaan mereka, membantu saudara-saudara kita di Palestine, dan mengingatkan mereka dengan perjanjian persaudaraan Islam dan pertolongan semasa muslim

Sebahagian terjemahan dari web islam-online : http://www.islam-online.net/Arabic/news/2006-05/10/article12.shtml

Thursday, May 11, 2006

Mimpi Berjumpa Nabi s.a.w

Melihat Nabi didalam tidor merupakan perkara yang sahih kerana ia thabit dari hadith Nabi :saw :-
من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل في صورتي
"Barangsiapa yang melihatku didalam tidor, maka memang benarlah dia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" [Hadith Muttafaq a'laih]



مَن رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي
"Barangsiapa melihatKu didalam tidor, maka dia akan melihatKu semasa dia berjaga (bangun), dan syaitan tidak boleh merupaiKu" [Hadith riwayat al-Bukhari #6592, Muslim #2266]


Ulama' mengatakan bahawa barangsiapa melihat Nabi :saw didalam tidornya dan sifat-sifat Nabi yang dilihatnya sejajar dengan hadith-hadith yang menjelaskan sifatnya, maka dia benar-benar telah melihat Nabi :saw. Sebagaimana yang dinyatakan diatas, sesungguhnya syaitan tidak boleh merupai wajah Nabi :saw.

al-Hafiz Ibn Hajar telah menyebut :-

وقد رويناه موصولاً من طريق إسماعيل بن إسحاق القاضي عن سليمان بن حرب - وهو من شيوخ البخاري - عن حماد بن زيد عن أيوب قال : كان محمَّد - يعني : ابن سيرين - إذا قصَّ عليه رجلٌ أنَّه رأى النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قال : صِف لي الذي رأيتَه ، فإن وَصف له صفةً لا يعرفها قال : لم تره ، وسنده صحيح ، ووجدتُ له ما يؤيِّده فأخرج الحاكم من طريق عاصم بن كليب حدثني أبي قال : قلتُ لابن عباس رأيتُ النَّبي صلى الله عليه وسلم في المنام ، قال : صِفه لي ، قال ذكرتُ الحسن بن علي فشبَّهتُه به ، قال : قد رأيتَه ، وسنده جيد .

"Kami telah meriwayatkan isnad yang sempurna dari Ismail ibn Ishaq al-Qaadi dari Sulaiman bin Harb, dia merupakan salah seorang dari Syeikh al-Bukhari, dari Hammaad ibn Zayd dari Ayub yang berkata : Sifatkan kepadaku siapa yang kamu telah lihat?, jika dia mensifatkannya dengan sifat yang dia tidak kenali, dia akan menyebut : Kamu tidak melihatnya. Sanadnya sahih, dan aku telah menjumpai riwayat lain yang menjelaskan, dikeluarkan oleh al-Hakim riwayat 'Aasim ibn Kulayb, bapaku memberitahuku : Aku berkata kepada Ibn Abbas : Aku telah melihat Nabi :saw didalam mimpi, Dia berkata : Sifatkan kepada ku, Aku menyebut al-Hasan ibn Ali dan mengatakan bahawa dia menyerupainya. Dia berkata : Kamu telah melihatnya. Sanad yang baik" [Fath al-Baari (tahqiqan Ibn Baaz, cet Dar al-Hadith) , Kitab al-Ta'biir, 12/464].


Jelas disini bahawa barangsiapa yang tidak pengenali Nabi :saw, tidak mungkin dapat mengesahkan bahawa dia telah melihat Nabi :saw didalam mimpinya. Kerana wajah sebenar Nabi :saw tidak boleh ditiru oleh syaitan. Akan tetapi, syaitan masih boleh mengakui bahawa wajah inilah Nabi :saw, kerana orang yang bermimpi tersebut tidak pernah mengenali sifat-sifat wajah Nabi :saw melalui hadith-hadith sahih atau pun sebagaimana sahabat-sahabat mengenali wajahnya semasa baginda hidup. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan bahawa barang siapa yang melihat Nabi :saw didalam tidor sebagaimana sifatnya yang dijelaskan oleh ulama', maka memang pasti dia telah melihat Nabi :saw. [majmu' Fataawa bin Baaz, 1/441].


Menurut Syiekh Ibn Baaz, tidak semua orang mendapat mimpi yang sahih, dan tidak boleh seseorang itu mengambil apa-apa ilmu yang bertentangan dari syariat, malahan hendaklah dia menolak apa-apa yang didengari didalam mimpinya mengenai dakwaan bahawa ia adalah Nabi :saw, seperti perintahnya, larangannya, beritanya, atau lain-lain. Kerana Allah swt telah melengkapkan syariat Islam sebelum baginda di wafatkan. Ini adalah perkara yang disepakati oleh ulama'.[majmu' Fataawa bin Baaz, 1/442]


Begitu juga jika seseorang itu bermimpi berjumpa dengan Nabi dengan gambaran baginda tidak berjanggut, atau warna kulitnya hitam dsb, ini semua bertentangan dengan apa yang diriwayatkan didalam hadith-hadith Nabi mengenai sifat-sifat baginda :saw, dan sudah pasti mimpi tersebut palsu.


Syiekh Ibn Baaz memperingatkan bahawa ramai sekali mereka-mereka yang pernah melihat baginda semasa hayat, akan tetapi tidak tunduk kepada syariat yang dibawanya, mereka tidak memunafaatkan dengan melihat kepadanya, sebagaimana Abu Lahab, Abdullah bin Salul ketua munafiq dan lain-lain mereka.
Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah didalam komentar terhadap perkataan yaqazah (melihat Nabi semasa jaga) menyatakan bahawa ia bermaksud : membenarkan mimpi tersebut, sebagaimana sifat baginda semasa hayatnya, dan sebagaimana sahabat melihat baginda didalam jaga semasa baginda masih hidup. [al-Lajnah al-Daa'imah, 1/ 485].


Beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari huraian hadith diatas :-

a. Mimpi melihat Nabi :saw adalah benar, apabila apa yang dilihat sejajar dengan hadith-hadith yang mensifatkan baginda.


b. Hadith melihat Nabi :saw hanya menyebut 'melihat Nabi :saw' dan bukan menyatakan mendapat peraturan-peraturan baru dari Nabi :saw.

c. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi :saw, akan tetapi syaitan boleh mengakui didalam mimpi bahawa inilah rupa Nabi :saw. Bagi mereka yang tidak mengenali Nabi :saw semasa baginda masih hidup ataupun mengenali melalui hadith-hadith sahih, bagaimana mungkin dapat membezakan antara melihat Nabi :saw atau Syaitan?


d. Ramai yang melihat Nabi secara yaqazah semasa baginda masih hidup (seperti Abu Lahab), akan tetapi mereka masih tidak beriman, malah mereka kufur kepada Allah swt.

e. Melihat Nabi :saw bagi yang mengenalinya, sudah tentu merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt..

Thursday, May 04, 2006

Belasungkawa


Pulang Ke Rahamatullah Muhammad Tawil Bin Suboh. (paman) dalam usia 65 tahun pada 14hb March 2006 bersamaan 14 safar 1427. Terima kasih kerana meminjamkan kasih sayang selama 20 tahun sepeninggalan Almarhum Ayahanda tersayang.

"hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya, maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba ku, dan masuklah ke dalam syurgaku".
(maksud ayat : surah Al-Fajr ayat 27-30 )

Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. sesungguhnya kepada Nya kami kembali.

(Riwayat Muslim)

Ya Allah! Ampunkanlah dia dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dgn air, salji dan hujan batu. Bersihkanlah dia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah rumah yg lebih baik daripada rumahnya, keluarga yg lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih baik dari pasangannya. Masukannlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada seksaan kubur [dan seksaan neraka]
(Riwayat Muslim)

Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia atas ajaran Islam. Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka matikanlah dia di atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau halangi kami daripada memperolehi pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami sesudahnya.
(Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

Ya Allah, Sesungguhnya Muhamamad Tawil dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah dia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah dan belas kasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
(Riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud)

Tuesday, May 02, 2006

Fitnah Dan Suara Wanita

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab yang kukuh seperti lelaki yang kelak akan mendapat pahala atau siksa sebagai balasan. Tugas yang mula- mula diberikan Allah kepada manusia tidak dikhususkan untuk lelaki tetapi juga wanita. (lihat surah Al- Baqarah: 35)

Namun dewasa ini masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak- haknya serta mengharamkan apa yang telah ditetapkan oleh syara’. Di samping itu mereka kerap menisbahkan pendapat dengan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah)”.

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu’).

Mereka juga sering menisbahkan kepada perkataan Ali bin Abi Talib bahawa” wanita itu keji segalanya dan segala kekejian itu bermula dari wanita”. Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia bukan dari logik Islam dan tidak ada dalam nash. Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, tetapi ketika ditanyakan dalilnya yang dapat dijadikan sandaran mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al- Quran memperbolehkan lelaki bertanya kepada isteri- isteri Nabi s.a.w dari sebalik tabir? Bukankah isteri- isteri Nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab yang lebih berat, sehingga ada perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:

“..Apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri- isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir..” (Al- Ahzab: 53)

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik lelaki yang boleh diistilahkan dengan al- khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana firman Allah Taala:”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32). Namun begitu bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan lelaki lain.

Orang- orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah,mereka menyampaikan hadis sahih bukhari seperti: “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita”. Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu keji dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit dan kelaparan.” Mereka lupa suatu masalah yang penting yaitu manusia juga difitnah dan diuji dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah. Allah berfirman:

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya..(Al- Anbiya: 35)

Al-quran juga ada menyebut harta dan anak- anak yang merupakan kenikmatan hidup dunia sebagai fitnah yang harus berwaspada, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu hanyalah cubaan bagimu..”

(At- Taghabun: 15)

Sebagaimana dikhuwatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak- anak, begitu juga dengan wanita. Firman Allah: “Hai orang- orang beriman, sesungguhnya di antara isteri- isterimu dan anak- anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati- hatilah kamu terhadap mereka..”(At- Taghabun: 14). Wanita menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan keinginan dalam hati lelaki. Ini merupakan bahaya yang sangat besar.



Note: Ringkasan dari Syeikh Yusof Al- Qaradhawi di dalam bukunya fatwa Mua’asharah vol.2.