Tuesday, February 28, 2006

SOLAT TERAPI JIWA

Solat yang diwajibkan kepada kita sebenarnya mengandungi hikmah yang tersembunyi. Dengan melakukan solat yang menurut tata cara dan tuntutan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w membawa kita ke daerah khusyuk.

Solat juga dapat membuatkan seseorang itu rasa tenang,tenteram dan damai. Sekiranya jiwa merasa sedih atau sesuatu perkara yang membuatkan jiwa rungsing bersolatlah. Ini merupakan praktik yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Huzaifah r.a bahawa dia telah berkata : Jika Nabi s.a.w merasa gundah kerana sebuah perkara, maka beliau akan menunaikan solat.
(H R Abu Dawud vol V, #1319.

Selain daripada rasa tenteram dan tenang kita dapat beristirehat dengan solat ini di sebut di dalam sebuah hadith :Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Bilal ketika waktu solat telah tiba: wahai Bilal, istirehatkanlah kami dengan solat!
(H R Ahmad, dari Salim bin Abil Ja’d dari seorang laki-laki kabilah Aslam, Vol. V, hal.364 dan 371)

Allah s.w.t telah ber firman dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

Maksudnya :

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong mu.Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang – orang yang khusyu.

Ayat ini telah menjelaskan kepada kita meminta pertolongan kepada Allah dengan bersabar dan bersolat.

Solat yang sempurna dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit ini di disebut dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a pernah berkata bahawa dia mengeluh sakit perut, maka Rasulullah s.a.w menoleh ke arahnya sambil bersabda :
“Apakah kamu menderita sakit perut?” Aku berkata, “Benar, wahai Rasulullah”.
Beliau bersabda, “Berdirilah! Lantas tunaikanlah solat! Kerana sesungguhnya di dalam ritual solat terdapat kesembuhan (untuk berbagai penyakit)
(H R Ibnu Majah dalam pembahasan Ath-Thibb, Vol,11,#3458)

Selain daripada terapi perasaan berdosa solat mempengaruhi keadaan jiwa seseorang dan memperkukuhkan keimanan. Nabi s.a.w menyebut solat seperti mandi di sungai lima kali sehari. eBukhari – Volume 1, Book 10, Number 506: Narrated Abu Huraira:
“I heard Allah’s Apostle saying, “If there was a river at the door of anyone of you and he took a bath in it five times a day would you notice any dirt on him? “They said, “Not a trace of dirt would be left. “The prophet added, ‘That is the example of the five prayers with Allah blots out ( annuls) evil deeds”.

Pelbagai kesalahan diampuni oleh Allah s.w.t apabila kita melakukan solat dan memohon keampunan kepadanya. Terlalu banyak hikmah di fardukan kepada kita solat.

Selain daripada ibadat yang wajib di kerjakan ia merupakan terapi khusus untuk mengubat keperibadian insan.

Sekian

(di petik daripada buku 'taubat seorang pejuang' abunaiem)

MASA DEPAN UNTUK ISLAM

Islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun cuba dihalangi oleh musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah As-Saff ayat 8:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

maksud ayat:
“Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat Islam berada di tahap yang amat rendah pada hari ini. Di antara sebabnya ialah wabak wahan yang sedang menyerang umat Islam sejagat.

Wabak ini menyerang hati orang-orang Islam, melemah dan merosakkannya sehingga akhirnya mereka kehilangan taring dan kehebatan. Secara dasarnya, mereka yang cintakan dunia akan menjadi hambanya.

Mereka yang menjadi hambanya akan melupakan tugas-tugas pengabdian kepada Allah. Mereka yang melupakan Allah terpaksa melupakan rahmat dan nikmatNya. Mereka yang seperti ini akan diporak-perandakan oleh musuh-musuh mereka dengan mudah sekali.

Berhubung dengan ini Nabi bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.

Sahabat-sahabat Nabi merupakan contoh yang terbaik tentang golongan yang berjaya. Mereka tidak mencintai dunia, justeru mereka menguasainya. Kecintaan mereka dihadapkan kepada akhirat dan bagi mereka dunia hanyalah tempat mencari bekalan persis musafir di dalam perjalanan. Mereka memahami dan menghayati sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang bermusafir ataupun seorang yang sedang melalui suatu jalan.”

Cinta terhadap dunia perlu digantikan dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabaikan dunia. Kecintaan terhadap Allah akan melahirkan perasaan cinta terhadap akhirat dan ia mempunyai manifestasinya. Di antara manifestasinya ialah berani melawan arus kesesatan dan kemungkaran yang melanda. Mereka yang seperti ini merupakan Ashabul Kahfi di akhir zaman. Nabi Muhammad menggelar mereka dengan nama Ghuraba berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, “Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba.” Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda: “Siapakah Ghuraba ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.”

Memperbaiki sesuatu yang sudah rosak bukanlah suatu yang mudah apatah lagi jika kerosakannya sudah begitu teruk. Namun itulah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang cintakan agama kerana kemuliaan diri mereka terletak di situ. Justeru ilmu yang mantap lagi sahih amat diperlukan agar perbaikan yang diperlukan dapat dilakukan dengan baik. Usaha perbaikan yang paling penting ialah mengislah manusia terutamanya kefahaman mereka.

Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Manusia adalah laksana lombong emas dan perak. Mereka yang terbaik di zaman jahiliah mereka jugalah yang terbaik di dalam Islam apabila mereka memiliki kefahaman agama.”

abunaiem

Monday, February 27, 2006

TAFSIR SURAH AL-HUJURAT 1-5

Latar belakang surah alHujurat Dinamakan alHujurat, jama' (plural) kepada 'hujrah' yg bermaksud bilik. Ia merujuk kepada rumah RasuluLlah saw yang hanya rumah asas satu bilik.

Kalimah hujurat ditemui dalam ayat ke 4 dan kerana keunikannya, maka surah ini dinamakan alHujurat (Bilik-bilik) [Syaukani, Fath alQadiir/2/331) Surah ke 49 ini diturunkan di Madinah pada tahun ke 9H selepas Fath alMakkah (Pembukaan Kota Mekah).

Selepas Nabi membuka Kota Mekah pada tahun ke 8 Hijrah, tahun ke 9 dikenali dgn 'Tahun Delegasi atau Perutusan' di mana kabilah2 Arab di Semenanjung Arab berpusu-pusu mengutus delegasi untuk menemui RasuluLlah saw mewakili kaumnya.

Oleh kerana kabilah2 ini adalah Arab badui, maka akhlak mereka adalah amat kasar kerana persekitaran padang pasir. Maka turunlah surah alHujurat meluruskan dan membentuk acuan adab dan akhlak terhadap pemimpin terutama RasuluLlah saw.

[Ibn Mardawaih dan albaihaqi dari Ibn Abbas] Sayyid Qutb dalam Tafsir azZilalnya menulis dgn amat indah mengenai muqaddimah surah alHujurat. Umat contoh yg hebat ini (generasi pertama Islam) tidaklah lahir secara mendadak atau kebetulan atau sekelip mata, tetapi umat contoh ini lahir dalam satu siri proses yg panjang dan bertahap, maka turunnya surah alHujurat ini adalah sebahagian dari proses membentuk umat contoh ini hingga lahir sebagai suatu kelompok umat yg paling unggul dalam sejarah kemanusiaan.

Ayat Pertama:
[قال الله تعالى: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿1

terjemahnya: "Hai orang2 beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Asbab Nuzul: ada empat pendapat: pendapat pertama ia turun mengenai peristiwa Abu Bakar dan Umar (keduanya ra) yg bertengkar di hadapan RasuluLlah saw ketika kedatangan Bani Tamim mengunjungi RasuluLlah saw (riwayat alBukhari)

pendapat kedua:
Dari Qatadah mengenai satu qaum yang bercakap-cakap, " alangkah bagusnya kalau Allah menurunkan ayat begini, begini..sepatutnya ayat itu turun begini, begini..." dua pendapat lagi adalah dha'if. [Ibn Jauzi, Zaad alMasir: 7/454] [b] Ahkam alQur:an (hukum2 alQur:an) Menurut Ibn alArabi, hukum dalam ayat pertama ialah adab terhadap Allah dan Rasul yakni larangan menentang ucapan2 Rasul dan seterusnya memenuhi panggilan dalam meneladani baginda dalam semua urusan. (ahkamul Qur:an 4/1713)

Fiqh alAayat:
Tafsir Ibn Abbas, jangan menyalahi Allah dan Rasulnya. Kata Ibn Jauzi, jangan kamu tergesa-gesa memutuskan suatu persoalan agama/kehidupan sebelum Allah dan Rasulnya memutuskannya. (Zaad alMasir 7/455) Rumusan Ibn Kathir, Tafsir alQur:an alAdziem, tahqiq nasib arRifa'iy, cetak Riyadh), maksud ayat ini dijelaskan oleh Hadith Mu'adz bin Jabal ketika Nabi mengujinya sebelum mengutusnya ke Yemen, " Nabi mengujinya dengan apa dia akan berhukum? Mu;adz berkata, dengan kitab Allah, Nabi berkata jika tidak tidak kedapatan dalam kitab Allah, Mu'adz kata , dgn Sunnah RasuluLlah saw, kemudian jika tidak ada dgn ijtihadnya." (Ahmad, Abu daud, Termidzi dan Ibn Majah) Jikalau Ia (Mu'adz)mendahului ijtihadnya, maka itulah maksud ayat pertama ini.

Tafsir Ayat 2 alHujurat:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لا تَشْعُرُونَ

Terjemahan: "hai orang2 beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dgn suara keras sbgm kerasnya sebahagian kamuterhadap sebahagian yg lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyadari."

Asbab Nuzul ayat (sebab turun ayat) Ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar dan Umar alKhattab (keduanya Raa) yang bertengkar di hadapan Nabi saw ketika rombongan Bani Tamim datang menemui RasuluLlah saw. Abu Bakar mencadangkan kpd Bani Tamim supaya melantik Qa'qa bin Ma'abad sebagai ketua rombongan, manakala Umar menyuruh dilantik Aqra'. Mereka berdua bertengkar hingga meninggikan suara di hadapan Nabi dan ini mendukacitakan baginda, lalu turunlah ayat di atas. Juga Bukhari-Muslim meriwayatkan bahawa ayat ini juga diturunkan kepada Tsabit bin Qais bin Syamas ra kerana dia dikenali dgn seorang yg suka meninggikan suara bila bersama Nabi saw. (Tafsir Tabari, Sahih Bukhari, Kitab tafsir)

Jadi ayat ini bukan sahaja diturunkan kpd Abu Bakar dan Umar tapi juga kpd Tsabit. Ahkam alQur:an a. Kehormatan Nabi saw selepas baginda wafat masih kekal sebagaimana beliau masih hidup b. Bila dibaca hadith2 sahih baginda, tidak boleh kita tinggikan suara kita, apatah menolak hadith itu dengan keras. c. Tidak boleh memanggil baginda dgn "ya Muhammad atau duhai ahmad", tapi dgn panggilan ' wahai Nabi Allah, wahai RasuluLlah' d. tidak boleh meninggikan suara di pusara baginda saw [tafsir Qurthubi, jld 15, tafsir Ahkam alQur:an li Ibn al-Arabi jld 4]

Tafsir Ayat ini menjelaskan salah satu tempat tergelincir yg tersembunyi hatta dua sahabat paling besar pun (Abu bakar dan Umar), iaitu bahaya lisan dengan meninggikan suara di hadapan Nabi SAW. Kata Sayyid Qutb, ayat ini meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada para sahabat, hatta selepas itu bila Nabi bertanya, " hari apakah hari ini" sahabat tidak berani menjawab, cuma berkata, " Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Diberitakan oleh Ibn Kathir, ketika Umar menjadi Khalifah dia mendapati rombongan dari Thaif ketika menziarahi mesjid Nabawi, mereka meninggikan suara di sisi pusara Nabi saw, lalu dia memarahi mereka. begitulah kesannya tarbiyah ayat ini. (Ibn Kathir, tafsir alQur:an alAdziem 4/207) 2.

Dari ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa perselisihan boleh berlaku hatta kepada sahabat yg hebat spt Abu Bakar dan Umar, tapi perselisihan mereka tidaklah berpanjangan dan tidak menghalang mereka terus memberi sumbangan kepada Islam. ini terbukti Abu Bakar ketika gering melantik Umar sebagai Khalifah. 3. Juga ayat ini adalah ayat adab Lisan antara kita, tidak baik meninggikan suara antara satu sama lain. AQ 31:19 4. tafsiran yg seterusnya, ayat ini juga menjadi adab kepada umat Islam kepada pemimpin mereka baik ulama' dan umara' (AQ 4:59)

Tafsir ayat 3: alHujurat
ثم قال تعالى: إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ أُولَئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ

Terjemahnya: "Sesungguhnya orang2 yg merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka itulah orang2 yg telah diuji hati merkea oleh Allah utk bertaqwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar." Asbab Nuzul: Kata Ibn Abbas, ketika turun ayat pertama dan kedua, Abu Bakar bersumpah tidak akan lagi berbicara dgn suara tinggi di hadapan RasuluLlah saw, melainkan beliau akan berbicara spt dengan sedara senasab (ahli keluarga yg utama), lalu turunlah ayat 3 ini. Hadith ini dikeluarkan oleh alBazzar dan Ibn Mardawaih dari jalur Thariq bin Syihab, juga dikeluarkan oleh alHakim dan alBaihaqi dari jalur Abu Hurayrah ra. Kata alhafidz Ibn Hajar, jalur periwayatan alHakim dan alBaihaqi adalah sahih atas syarat Muslim. (alhafidz, Takhriij ahadiths al Kasyaaf: 4/352)

Tafsir Secara ringkasnya Abu Bakar, Umar dan Tsabit bin Qais amatlah terkesan dengan penurunan ayat2 pd permulaan surah alhujurat, ia menghasilkan natijah yg spontan, hinga Abu Bakr terus bersumpah tidak akan mengulangi lagi. Tsabit pula mengurung dirinya dalam rumah hingga Nabi saw mengutus utusan utk menyampaikan berita gembira bahawa Tsabit adalah ahli syurga. Dari tiga ayat pertama ini ia menjadi adab yg dipegang kukuh oleh kaum salaf assoleh dan menjadi teladan kepada kita mencontohi mereka, supaya kita sentiasa menjaga lisan dan bercakap dgn nada suara yg sederhana. [Tafsir Ibn Kathir 4/207]

Tafsir ayat 4-5: alHujurat ﴿
إِنَّ الَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِنْ وَرَاءِ الْحُجُرَاتِ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْقِلُونَ ﴿4 ﴿وَلَوْ أَنَّهُمْ صَبَرُوا حَتَّى تَخْرُجَ إِلَيْهِمْ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ ﴿5

terjemahnya: 4: Sesungguhnya orang2 yg memanggil kamu dari luar kamarmu kebanyakan mereka tidak mengerti.

5: Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

asbab nuzul: Diturunkan dua ayat ini kepada Aqraa' bin Habis atTamimi dari Bani Tamim (puak baduwi yang terkenal keras adab budaya mereka yg agak kekampungan). Menjadi budaya Badui mereka memanggil seseorang dari luar rumah dengan suara keras. Jadi bila Aqra' dan rombongan bani Tamim tiba di Madinah, mereka tidak tahu Nabi menginap di rumah yang mana satu (Ini kerana nabi ada sembilan rumah), lalu mereka menjerit-jerit memanggil Nabi saw dgn panggilan biasa dari rumah ke rumah, Ya Muhammad, Ya Muhammad". Walhal mereka bisa sahaja bertanya kepada salah seorang isterinya atau meminta jasa baik salah seorang sahabat utk mencari RasuluLlah saw. [Tafsir Ibn Kathir, 4/207, hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad, atTabrani dan atTermidzi, disahihkan oleh Ahmad Syakir, pentahqiq tafsir Ibn Kathir)

Tafsir dan pengajaran: Tindakan kurang adab kaum Badui itu dima'afkan oleh Rasulullah saw kerana baginda mengetahui budaya mereka yg kasar, namun ayat ini menjadi adab bagi umat Islam yg lain bagaimana mereka mendatangi rumah saudara mereka, mengetuk pintu, memberi salam sampai tiga kali dan bukan menjerit-jerit memanggil tuan rumah spt yg diamalkan oleh kaum Badui.

Dalam ayat 5: antara tujuan kedatangan bani Tamim ialah berunding dgn Nabi mengenai status tawanan perang (POWs) puak2 arab badui yg berada di Madinah (tawanan perang itu terhasil kerana siri pertempuran kecil di antara tentera Islam dan kumpulan arab badui). Maka Nabi saw membebaskan separuh dan mengenakan tebusan ke atas separuh yang lain. Tapi jika mereka bersabar dan menunggu Nabi dgn adab sopan, supah pasti Nabi akan membebaskan seluruh tawanan tersebut. (alSyaukani, Fathul Qadiir: 5/92)

MENCIUM TANGAN PEMIMPIN

Khadim Al-Haramain Asy-Syarifain Al-Malik Abdullah Ibn Abdul Aziz Al Sa'ud melarang rakyat daripada mencium tangan baginda ketika upacara mengangkat bai'ah dengan alasan menyalahi Ajaran Islam.

Sebenarnya jika disemak dalam sejarah,Malik Abdullah bukanlah pemerintah Islam pertama mengeluarkan kenyataan seperti itu tetapi pernah dikeluarkan juga oleh Amirul Mukminin Hisyam bin Abdul Malik Al-Umawiyy dan Amirul Mukminin Al-Makmun Ibn Ar-Rasyid Al-'Abbasi.

Namun apakah pula hukumnya pada pandangan ulama'?

Jika kita membuka Kitab Sunan Abi Daud,Kitab Al-Adab,Bab Mencium Tangan,ada hadith daripada Ibn Umar menyatakan:"...maka kami mendekati baginda s.a.w. dan mencium tangan baginda".

Dalam Sunan Tarmizi ada hadith menceritakan dua orang yahudi mencium tangan dan kaki baginda-Abwabul Isti'zan wal adab 'an Rasulillah,
Bab Mencium Tangan dan Kaki-dan berkata Syeikh Al-Mubarakfuri:"dan Hadith ini menunjukkan harusnya mencium tangan dan kaki".
Dalam Al-Fath pula Ibn Hajar membawa beberapa dalil akan harusnya mencium tangan antaranya:
1)Riwayat daripada Az-Zari' Al-'Abdi dan dia adalah antara rombongan Bani Abd Qais:"Maka kami berlumba-lumba lari daripada tunggangan kami(menuju Rasulullah s.a.w.)maka kami mencium tangan baginda dan kaki baginda".
2)Hadith Usamah bin Syuraik berkata:"Kami berdiri pada Nabi s.a.w. lalu mencium tangan baginda".Sanadnya kuat.
-Fathul Bari Kitab Al-Isti'zan,Bab Mengambil Tangan.-

Imam Malik diriwayatkan melarang perbuatan ini dan mengingkari khabar akan wujudnya perlakuan ini namun riwayat ini semuanya sahih dan saling kukuh mengukuhkan.Ibn Batthal menyatakan Imam Malik hanya melarang jika dilakukan dengan tujuan riya',Takabbur atau maksud duniawi seperti mengampu pemimpin dan sebagainya..

Adapun kerana memuliakan ulama' dan Ahli Zuhud maka adalah harus.
Syeikh Asy-Syurbashi dalam fatwanya menyatakan hukum mencium tangan ini melihat kepada waqi' iaitu sama ada untuk hormat atau takabbur dan riya'.Jika untuk yang pertama maka harus tetapi untuk tujuan kedua tidak diragukan lagi larangannya-islamonline.net-

Dalam Al-Adab Asy-Syar'iyyah disebutkan:"dan diharuskan berpelukan dan mencium tangan dan kepala dengan tujuan agama dan ikram dan hormat beserta aman fitnah dan zahir daripada ini tidak harus untuk tujuan duniawi".

"...dan telah mencium Sufyan bin 'Uyainah dan Al-Fudhail bin 'Iyadh salah seorangnya akan tangan Husin bin Ali Al-Ja'fi dan seorang lagi kakinya"-Al-Adab Asy-Syar'iyyah-.
Begitu juga dalam Al-Fatwa Al-Fiqhiyyah Al-Kubra dinyatakan harusnya mencium tangan,kaki dan kepala kepada orang alim,soleh dan mulia.

Namun dalam waqi' sekarang jika seseorang mencium kaki sudah tentu fitnah tidak akan aman daripadanya ‘maka’ janganlah dilakukan.

Adapun mencium ini antara lelaki dengan perempuan bukan mahramnya maka telah zahir akan haramnya dan tiada lagi dolak-daliknya.
Wallahua'lam.

Rujukan
-Fathul Bari Syarah Sahih Al-Bukahri
-Aunul MA'bud Syarah Sunan Abi Daud
-Tuhfatul Ahwazi Syarah Jami' Turmizi
-Al-Adab Asy-Syar'iyyah
-Al-Fatwa Al-Fiqhiyyah Al-Kubra
-Islamonline.net(Arabic site,Bankul Fatawa)
-Islamweb.net(MArkazul Fatawa)

TANDA - TANDA HARI KIAMAT

Terdapat banyak tanda-tanda kiamat yang diceritakan di dalam hadith-hadith yang sahih. Saya akan menyenaraikan sebahagian sahaja, untuk pedoman kita bersama betapa kiamat itu pasti dan ia semakin menghampiri kita. Al-quran telah menjelaskan kepada kita dalam surah al-Qiyaamah, tentang kepastian terjadinya dan huru-hara yang terjadi padanya.

Antara tanda-tanda kiamat kecil ialah :


1- Pengutusan Nabi s.a.w. dan kewafatan baginda.
2- Merebaknya penyakit To'aun
3- Banyak berlaku fitnah
4- Hilangnya amanah
5- Ramainya orang-orang yang jahil
6- Benyaknya penzinaan, riba, dan khamar dan usaha menghalalkannya.
7- Banyaknya pembunuhan
8- Waktu dirasakan pendek.
9- Masjid dihiasi dengan berlebih-lebihan.
10- Zahirnya perbuatan-perbuatan Syirik.
11- Banyaknya keburukan dan kejahatan
12- Banyak berlaku gempa bumi
13- Perginya orang-orang yang soleh (mati)
14- Banyaknya penyaksian bohong
15- dan lain-lain lagi berdasarkan hadith-hadith yang thabit dari Nabi s.a.w.

Antara tanda-tanda besar kiamat pula ialah :

1- Keluaranya al-Mahdi
2- Keluarnya al-Dajjal
3- Turunnya Isa
4- Keluar Ya'juj dan Ma'juj
5- Terbitnya matahari dari barat
6- dan lain-lain berdasarkan hadith-hadith yang thabit tentangnya.

إِنَّ السَّاعَةَ ءاَتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى

Sesungguhnya saat (hari kiamat) akan datang. Aku dengan sengaja merahasiakan (waktu)-nya. Agar setiap jiwa diberi balasan (dan ganjaran) sesuai hasil usahanya.
(QS Thaha [20]: 15).

Kita memohon kepada ALLAH ketetapan Iman sehingga bertemu dengan kematian.

wallahua'lam.

SOLAT 'KHAS' UNTUK MEMOHON HAJAT

apakah ada solat yang khas untuk memohon hajat yang selain dari memohon diturunkan hujan?
Sebenarnya tidak perlu solat yang khusus untuk hal tersebut kerana kita boleh memohon apa sahaja hajat kita ketika mengerjakan solat-solat yang fardhu mahupun sunat. Hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah menunjukkan bahawa antara tempat yang paling mustajab untuk berdoa adalah ketika sujud dan setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.

Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu.
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, hadis no: 482)

أَلاَ وَإِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ
الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ.

Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca al-Qur'an di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud usahakanlah padanya berdoa dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan (doa itu –pen) akan dikabulkan Tuhan.
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim,hadis no: 479)

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ
فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ."

Abu Hurairah berkata: Sabda Rasulullah shalallahu `alaihi wasallam: "Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu (Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal. Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikkan untuk dirinya sesuai kehendaknya."
(Hadis riwayat Imam al-Nasa'i dalam Sunan al-Nasa'i, hadis no: 1293)

Adalah lebih baik sekiranya kita memperbanyakkan doa ketika mengerjakan solat Tahajjud kerana sepertiga malam yang akhir merupakan antara waktu yang amat afdhal untuk doa kita diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ
إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: "مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ
مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ."

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb kita Tabaraka wa Ta'ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman:"Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih al-Bukhari, hadis no: 1145)

WAllahu'alam

SOLAT HAJAT DALAM SULUHAN AS-SUNNAH

Ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah ibadah yang dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ianya mengikuti (ittiba') sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang thabithah. Oleh itu sebelum sesuatu amal ibadah itu dikerjakan termasuk juga solat sunat Hajat ini, sewajarnya kita menyelidik terlebih dahulu adakah benar ianya telah diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Lazimnya dalil yang dipergunakan untuk mengsyari'atkan solat sunat hajat ini adalah hadis-hadis yang berikut:

عَنْ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ
فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ... قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَفِي
إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو الْوَرْقَاءِ

Dari Faaid bin `Abdurrahman dari `Abdullah bin Abi Aufa, dia berkata telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa… Menurut Abu `Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin `Abdurrahman yang dha'if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa'. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, hadis no: 441) dan juga Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, hadis no: 1374).

Hadis di atas ini berstatus dha'if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin `Abdurrahman Abu al-Waruqa' dan beliau telah dilemahkan oleh ulama' hadis seperti Imam al-Tirmidhi, Imam `Abdullah bin Ahmad, Imam Ibnu Ma'in, Imam Abu Dawud, Imam al-Nasa'i, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Bukhari rahimahumullah. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mengsyari'atkan solat Hajat.

Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Maimun Abu Muhammad al-Mura'i al-Tamimi dia berkata telah menceritakan Yahya bin Abi Kathir dari Yusuf bin `Abdullah bin Salam dari Abu Darda' dia berkata: "Wahai sekalian manusia, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ
مُؤَخِّرًا.

Barangsiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa sahaja yang diminta baik cepat ataupun lambat. (Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 26225)

Hadis ini juga adalah tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat Maimun Abu Muhammad al-Mura'i seorang yang majhul (tidak dikenali keadaannya)sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama' hadis seperti Imam Ibnu Ma'in, Imam Ibnu `Adiy, Imam al-Dzahabi dan Syaikh Nashiruddeen al-Albani rahimahumullah. Sanad hadis ini juga munqati'(terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir seorang Tabi' al-Tabi'in telah meriwayatkan secara terus dari Yusuf bin `Abdullah bin Salam seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Dengan penjelasan ini maka dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis tentang solat sunat Hajat ini kesemuanya lemah. Oleh itu mengerjakan solat sunat Hajat bukanlah merupakan amalan yang sahih dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

wallahua'lam