"catatan untuk rakan-rakan yang baru menamatkan Minggu Sunnah peringkat kebangsaan di Perlis ,Sabar atas ujian untuk memartabatkan Al-Quran Dan As-Sunnah dalam berdepan fitnah terhebat ".
"Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya."(Madarijus Salikin - Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22)
Kebenaran ada maharnya dan maharnya ialah ujian dan pengorbanan. Kebenaran tidak ditentukan oleh suara majoriti. Ia ditentukan oleh Al-Quran dan juga As-Sunnah. Ketika Baginda Nabi memperjuangkan Islam di Mekah, Baginda dan sahabat-sahabat merupakan golongan minoriti berbanding dengan musuh-musuh mereka.
Namun mereka tetap cekal dan sabar di dalam perjuangan, semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi. Begitulah keadaan Islam ketika ianya bermula dan begitulah akan jadi keadaannya di waktu ianya berakhir. Dalam sebuah hadis, Nabi telah bersabda:
“Islam bermula dalam keadaan asing dan ianya akan kembali asing sepertimana ia bermula dahulu. Kebahagiaanlah bagi mereka yang asing.” (Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud dan mengikut Imam Tarmuzi ianya Gharib bertaraf Hasan Sahih.)

Di akhir zaman, tidak ramai yang komited dengan kebenaran, dan mereka yang benar-benar hendak menghayati Islam sering dipandang serong malah kadangkala akan dicap dengan gelaran-gelaran yang negatif. Namun ketika iman sudah menghiasi hati dan kelazatannya mula dikecapi, semua ujian dan tribulasi tidak akan dapat menggugat diri. Kesunyian, kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesyukuran, kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.
“Sesungguhnya Allah akan membela mereka yang benar-benar beriman.” (Al-Haj 22:38)
Begitulah janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji. Beruntunglah mereka yang terangsang dengan janji-janji ini dan tidak terpedaya dengan janji-janji manusia yang terbabas. Salah satu contoh yang menarik yang ditonjolkan oleh Al-Quran ialah tentang golongan yang bergelar 'Ashabul Kahfi.'
"Mereka adalah anak-anak muda yang beriman dengan Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." (Al-Kahfi 18:13)
'Ashabul Kahfi' merupakan anak-anak kepada raja dan pembesar Rom ketika itu. Jumlah mereka tidak ramai dan mengikut Ibn 'Abbas berkemungkinan berjumlah tujuh orang sahaja (Rujukan: Tafsir Al-Azhar -- Hamka.)
Namun mereka tidak mengikut arus malah mereka tegas menyatakan kebenaran kepada pemimpin dan masyarakat. Justeru itu Allah merahmati hidup mereka dan memberikan pertolongan kepada mereka.
Inilah kisah untuk kita jadikan contoh pada hari ini. Kisah tentang kecekalan dan kesungguhan untuk menegakkan kebenaran walaupun dikelilingi oleh seribu-satu cabaran.