Tanpa syak bahawsanya wuquf adalah satu hari yang memiliki kelebihan yang besar. Ia lebih utama daripada hari-hari yang lain dalam setahun. Namun kelebihan-kelebihan ini perlulah dibina di atas hadith-hadith yang thabit dari Nabi saw. Umat islam perlu menjauhi kelebihan-kelebihan yang direka-reka. Termasuk dalam kelebihan yang direka dalam ibadat haji ialah, kononnya apabila hari wuquf bersamaan dengan hari Jumaat, maka siapa yang menunaikan haji pada hari itu menyamai dengan 70 atau 72 haji.
Sebenarnya kelebihan ini dibina di atas hadith-hadith yang tidak sahih, sepertimana yang disebut oleh para ulama hadith. Hadith tersebut ialah :
أفضل الأيام يوم عرفة إذا وافق يوم الجمعة ، وهو أفضل من سبعين حجة في غير جمعة
Maksudnya : "Seutama-utama hari-hari 'Arafah, apabila ia bersamaan dengan hari Jumaat. Ia lebih utama daripada 70 haji yang bukan (wuquf) pada hari Jumaat."
Beberapa para ulama telah menghukumkan hadith ini sebagai tidak sahih, antaranya mereka ialah :
1- al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Maad berkata : "Adapun apa-apa yang diperkatakan oleh lidah-lidah orang awam bahawasanya ianya (wuquf pada hari Jumaat) menyamai 72 haji : adalah hadith yang batil, tidak ada asal baginya dari Rasul saw, tidak juga dari salah seorang sahabat baginda dan tabi'ien, wallahu a'lam." (Zaad al-Maad : 1/65)
2- Syeikh Nasiruddin al-Albani berkata di dalam al-Silsilah al-Dhoiefah (207) selepas beliau menghukumkan hadith di atas sebagai BATIL yang tidak ada asal baginya :
:"Adapun perkataan al-Zaila'ie berdasarkan Hasyiah Ibn 'Abidin (2/348) yang diriwayatkan oleh Razien Ibn Mu'awiyah di dalam Tajrid al-Sihah; Maka ketahuilah bahawasanya kitab Razien ini (Tajrid al-Sihah), dia kumpulkan di dalamnya hadith-hadith 6 kitab sunan : (iaitulah) dua kitab sahih al-Bukhari dan Muslim, Muwatto' Malik, Sunan Abi Daud, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi. Kitab ini seumpama dengan kitab Ibn Athir yang dinamakan sebagai Jami' al-Usul min Ahadith al-Rasul, melainkan di dalam kitab al-Tajrid ini banyak hadith-hadith yang tidak ada asal baginya dari kitab-kitab sunan (6 kitab sunan), tidak juga dari kitab-kitab hadith selainnya yang diketahui..."
3- al-Sakhawi di dalam al-Fatawa al-Hadithiah berkata : "Razien menyebutnya (hadith di atas) di dalam (kitab) Jami'nya, secara marfu' kepada Nabi saw, akan tetapi beliau tidak sebutkan nama sahabat yang meriwayatkannya, dan beliau tidak juga menyebut siapa yang mengeluarkannya."
4- al-Hafidz Ibn Nasiruddin al-Dimasqi berkata : "Hadith yang (menyebut); bertepatannya hari Jumaat dengan hari Arafah, ianya menyamai 72 haji adalah hadith yang BATIL, TIDAK SAHIH. Demikian juga tidak thabit apa yang diriwayatkan daripada Zurr bin Hubaysh : bahawasanya ia lebih utama dari 70 haji pada selain hari Jumaat"
5- al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang haji pada hari Jumaat menjawab :
"Tidak warid dari Nabi saw tentang kelebihan hari Jumaat apabila bertepatan dengan hari 'Arafah. Cumanya para ulama berkata : Sesungguhnya samanya hari Arafah dengan hari jumaat ada padanya kebaikan :
Pertama: disebabkan haji tersebut sama seperti berlakunya haji Nabi saw. Kerana Rasul saw bertepatan hari wuquf baginda di Arafah pada hari Jumaat.
Kedua :disebabkan pada hari Jumaat adanya satu ketika yang apabila bertepatan dengannya, seorang muslim yang bangun solat dan berdoa kepada Allah swt untuk sesuatu, melainkan Allah akan menunaikannya.
Maka jadilah hari tersebut lebih hampir untuk diperkenankan permohonan. Ketiga disebabkan hari arafah adalah hari 'Ied dan hari jumaat juga adalah hari 'Ied, maka jika bertembung dua hari 'ied, padanya ada kebaikan. Adapun apa yang telah tersebar, kononnya haji (wuquf) pada hari Jumaat menyamai 70 haji, INI ADALAH TIDAK SAHIH." (Ilqa' al-Sahri : 34/soalan no 18)
6- Ulama al-Lujnah al-Da-imah pula apabila ditanya : Sebahagian manusia berkata : Apabila hari Arafah bersamaan dengan hari Jumaat pada tahun itu, maka siapa yang melakukan haji, bersamaan dengan 7 kali haji, apakah ada dalil dari sunnah dalam perkara ini.?"
al-Lujnah al-Daimah menjawab : "Tidak ada dalam perkara itu dalil yang sahih, Sebahagian manusia menyangka ia menyamai 70 haji atai 72 haji, ini juga tidak sahih." (Fatawa al-Lujnah al-Daimah : 11/210,211)
http://www.islam-qa.com/index.php?pg=print&ref=95283&ln=ara
Friday, December 29, 2006
Hadith Kelebihan Wuquf
Monday, December 25, 2006
Larangan Menjadikan Bahagian Kurban Sebagai Upah
Oleh SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis Darussunnah
Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya tidak melanggari batasan yang digariskan.
Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid: "Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban" (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadith hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim.
Riwayat-riwayat hadith tersebut adalah daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:"Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya." (Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: "Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri".
Walaupun hadith di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah kurban. Apa yang penting ialah larangan dari menjadi sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan kurban atau al-hadi (sembelihan haji). Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya: Hadith ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang kurban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan sebabkan kedudukan sebagai upah. Hukum sembelihan kurban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (jld. 4, m.s. 148 cetakan Dar al-Ma'rifah, Lubnan)
Dengan hadith di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan kurban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang kurban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya: "Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah" (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Ketika mengulas hadith ini, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim: "Hadith ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan kurban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan" (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging kurban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Ini juga boleh dikiaskan dengan sebarang upah yang diberikan dari sembelihan korban maka sama hukumnya iaitu haram.
Al-Imam al-Nawawi sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`i di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu': "Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah (الهدي) dan sembelihan kurban dijual. Samada ia kurban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih .."(juz. 8 m.s. 419-420 ctk. Dar al-Fikr, Beirut)
Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar: "Tidak boleh dijadikan bahagian dari kurban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun kurban itu adalah kurban sunat.( m.s. 149 ctk. Dar So`ab, Beirut.)
Kata Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris iaitu seorang ulama dari Jordan dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam: "Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan kurban memberi walaupun sedikit bahagian kurban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Maktabah al-Manar, Jordan)
Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian kurban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan kurban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya
Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadith-hadith tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah. Larangan dalam hadith-hadith berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian kurban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian kurban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: "Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian kurban.
Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang kurban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala kurban yang dijanji dan kurban kita terbatal. Kata Mustafa al-Khin dam Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh kurban di dalam mazhab al-Syafi`i: "Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan kurban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikurbankan dan merosakkannya".( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)
Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian kurban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan kurban.
Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: "Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikurban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa". (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)
Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan. Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian kurban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian kurban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian kurban). ( juz. 5 / m.s. 221, Ctk. Dar al-Jil, Beirut)
Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan kurban.
Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya seperti yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat. Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadith yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian kurban yang mengakibatkan rosaknya kurban yang kita lakukan. Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan. Kurban ada peraturannya yang ditentukan syarak. Pastikan agar kurban itu diterima di sisi Allah.
Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah
Keutamaan 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah Dan AmalaYang Disyariatkan
Oleh Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
almanhaj.or. id
Segala puji bagi Allah semata, shalawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad,kepada keluarga dan segenap sahabatnya.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rahimahullah, dari Ibnu'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda :
"Artinya : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saatitu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini,yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Merekabertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad)dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun".
Imam Ahmad, Rahimahullah, meriwayatkan dari UmarRadhiyallahu 'Anhuma, bahwa Nabi Shallallahu 'alaihiwa sallam bersabda :
"Artinya : Tidak ada hari yang paling agung dan amatdicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnyadaripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid".
MACAM-MACAM AMALAN YANG DISYARIATKAN
[1]. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah
Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya,antara lain : sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
"Artinya : Dari umrah ke umrah adalah tebusan(dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga".
[2]. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.
Tidak disangsikan lagi bahwa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadist Qudsi :
"Artinya : Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku".
Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu'Anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallambersabda :
"Artinya : Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun". [Hadits Muttafaq 'Alaih].
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Artinya : Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".
[3]. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala.
"Artinya : .... dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan ...". [Al-Hajj :28].
Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzul Hijjah. Karena itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma.
"Artinya : Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid". [Hadits Riwayat Ahmad].
Imam Bukhari Rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha', tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan :
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu"
"Artinya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah".
Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah.
"Artinya : Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu ...". [Al-Baqarah: 185].
Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri.
Ini berlaku pada semua dzikir dan do'a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.
Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah.Seperti : takbir, tasbih dan do'a do'a lainnya yang disyariatkan.
[4]. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa.
Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat. Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta'atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya.
Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu'Anhu, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Artinya : Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya" [Hadits Muttafaq 'Alaihi].
[5]. Banyak Beramal Shalih.
Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad,membaca Al-Qur'an, amar ma'ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.
[6]. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq
Yaitu pada setiap saat, siang ataupun malam sampai shalat Ied. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, yaitu yang dilakukan setiap selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama'ah ; bagi selain jama'ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hariTasyriq.
[7]. Berkurban Pada Hari Raya Qurban Dan Hari-hari Tasyriq.
Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam,yakni ketika Allah Ta'ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabishallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu". [Muttafaq 'Alaihi].
[8]. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban.
Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu 'Anha bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Artinya : Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya".
Dalam riwayat lain :
"Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban".
Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yangnmenunaikan ibadah haji yang menuntun hewan kurbannya.
Firman Allah.
"Artinya : ..... dan jangan kamu mencukur (rambut)kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan. ..". [Al-Baqarah : 196].
Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.
[9]. Melaksanakan Shalat Iedul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.
Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.
[10]. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas.
Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya.
Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.
[Artikel bahasa Arab dapat dilihat di http://www.saaid. net/mktarat/ hajj/4.htm Disalin dari brosur yang diterbitkan oleh Al-Sofwa,Tanpa Tahun]
Saturday, December 09, 2006
Abuya Pemimpin Ajaib Di Zamannya
"Ketika artikel ini ditulis, kumpulan Rufaqa sedang menghadapi waktu yang getir. Penangkapan dikenakan ke atas sebilangan ahli mereka di seksyen 13 Shah Alam. Mereka ditahan di atas tuduhan mengamalkan ajaran yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga oleh kerajaan Malaysia. "
Pemuda Bani Tamim Dari Rembau
Cerita mengenai Pemuda Bani Tamim di Malaysia dipopularkan oleh para pengikut jamaah al-Arqam. Mereka beriktiqad bahawa Syeikh Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiyah adalah Imam al-Mahdi. Mereka juga meyakin bahawa al-Mahdi tersebut akan dibantu oleh seorang pemuda dari Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim adalah satu individu yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam al-Mahdi akan dibantu oleh seorng pemuda berketurunan Tamim yang bernama Syuib bin Salih. Walau bagaimanapun riwayat-riwayat tersebut bukanlah riwayat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar ketika membicarakan persoalan al-Mahdi.
Menurut Ashaari Muhammad, pengasas jamaah Darul Arqam ataupun al-Arqam, pemuda tersebut adalah dirinya sendiri. Para pengikut beliau pula meyakini juga bahawa Abuya mereka, Ashaari bin Muhammad adalah pemuda tersebut. Menurut mereka juga, Ashaari selaku pembantu Bani Tamim akan dibantu oleh Asoib, iaitu pengikut-pengikutnya dari kalangan ahli jamaah al-Arqam. Hal berkaitan pemuda Bani Tamim ini telah banyak mereka bincangkan semenjak tahun 1992 lagi. (Lihat: Ann Wan Seng, Rahsia al-Arqam, KL: PTS Publication, hal. 84-86)
Antara buku-buku yang bercerita mengenainya ialah buku "Timur dan Khurasan dalam jadual Allah" tulisan Pahrol Mohamad Juoi, buku "Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi" tulisan Abu Muhammad Atta, buku "Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim" tulisan Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dan buku "Dakwah Islam dalam Perspektif Ashaari Muhammad" oleh Dr. A. Tasman Ya'cub.
Selepas jamaah al-Arqam diharamkan pada tahun 1994, ramai yang menyangkakan doktrin ini akan terus hilang. Malangnya, walaupun ianya diharamkan di Malaysia, namun di luar negara, para pengikut al-Arqam terus aktif bergerak dan menjalankan aktiviti mereka. Di dalam negara pula, mereka telah bermetamorfosis menjadi Rufaqa. Dengan lebih 500 cawangan di seluruh negara sehingga tahun 2005, Rufaqa meneruskan semula perjuangan al-Arqam. (Lihat: Ashaari Muhammad, Nasihat buatmu bekas kawan-kawan lamaku, hal. 68).
Buku-buku yang dihasilkan selepas pengharaman al-Arqam dengan jelas menunjukkan perkara tersebut. Segala riwayat-riwayat yang berkaitan dengan "Pemuda Bani Tamim" telah cuba diserasikan oleh para pengikut al-Arqam dan kemudiannya Rufaqa dengan Ashaari. Ashaari mengganggap ianya sebagai ijtihad beliau, dan inilah hujah yang diguna pakai oleh para pengikut mereka. Perbincangan lanjut mengenai isu ini telah dikupas dengan baik oleh Dr Abdul Rahman Abdullah di dalam bukunya, "Gerakan Tradisional Islam Di Malaysia: Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam", terbitan Karisma Publication, dari halaman 117 sehingga 121.
Kesimpulannya, bagi para pengikut al-Arqam dan juga Rufaqa meyakini bahawa Pemuda Bani Tamim yang akan muncul membantu Imam al-Mahdi adalah Ashaari Muhammad yang dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada tahun 1938. Mereka juga percaya bahawa, Ashaarilah yang akan membantu Imam al-Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi untuk menguasai dunia. Mereka juga percaya, bahawa mereka adalah tentera-tentera al-Mahdi.
Pemuda Bani Tamim dari Tehran
Sepertimana lain-lain kumpulan berteraskan aqidah "Masionic" (menantikan penyelamat atau Messiah), Syiah juga tidak ketinggalan mempunyai iktiqad berkaitan pemuda Bani Tamim. Antara teras aqidah Syiah Imamiyah ialah kedatangan Imam al-Mahdi. Imam ke-12 (Muhammad bin Hassan al-Askari) menurut aqidah Syiah itu akan muncul menjelang akhir zaman untuk mendaulatkan Islam selepas beliau menghilangkan diri berkurun-kurun lamanya. Imam al-Mahdi juga menurut kepercayaan Syiah akan membawa kebahagiaan kepada manusia sedunia (al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, hal. 165).
Menurut aqidah Syiah, Imam al-Mahdi yang akan muncul itu akan dibantu oleh Syuib bin Saleh, atau juga yang dikenali sebagai pemuda Bani Tamim. Di dalam buku al-Syiah wa al-Raj'ah, kaum Syiah ada meriwayat kata-kata Ammar bin Yasir yang mengatakan : "Syuib bin Salih akan bersama panji al-Mahdi". (di dalam "al-Syiah wa al-Raj'ah, j. 1, hal. 211", rujuk: www.wahamb.spaces.lives.com).
Di dalam riwayat yang lain pula, ada disebutkan: "Yang akan mengetuai tentera al-Mahdi adalah pemuda dari (Bani) Tamim, (beliau) berjanggut jarang dan dipanggil sebagai Syuib bin Salih". (Lihat Ibn Hammad, al-Fitan, hal. 8)
Menurut riwayat-riwayat yang menceritakan sifat-sifat Syuib bin Salih, ialah: Beliau adalah seorang pemuda yang berkulit sawo matang, berbadan kurus, janggutnya jarang, pemimpin tentera, seorang yang tegas, seorang tentera yang berpengalaman, dan juga beliau berasal dari al-Ray (Iran).
Ciri-ciri tersebut menurut sesetengah golongan Syiah, terdapat pada Ahmadi Nejad ataupun "Ahmadi Nazod", presiden Iran sekarang. Berdasarkan fakta ini, seorang ulama Syiah, Syeikh Misbah al-Yazdi, yang juga merupakan penasihat spritual kepada Ahmadi Nejad telah menegaskan bahawa Ahmadi Nejad merupakan Syuib bin Salih atau pemuda Bani Tamim tersebut. Beliau telah mengatakan perkara tersebut di dalam akhbar berbahasa Arab, al-Syarq al-Awsat bertarikh 13 November 2005.
Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan jolokan yang diberikan rakyat Iran kepada Ahmadi Nejad. Beliau digelar sebagai "Mard Dimyar" atau "Mard Soleh" yang bermaksud "Pemuda yang salih". Beliau yang disayangi rakyat juga digelar sebagai "Notijat Sya'bi Salih" yang bermaksud "Syuib bin Salih". Hal ini telah disentuh oleh seorang penulis Syiah dari Lubnan Syadi al-Faqeh di dalam bukunya, "Ahmadi Nejad Wa al-Thawrah al-Alamiyyah al-Muqbilah" (hal. 75-76).
Sepertimana gurunya, Ahmadi Nejad juga meyakini bahawa umat Islam sedunia sekarang berada di ambang kemunculan Imam al-Mahdi yang mereka nanti-nantikan. Pelbagai ramalan dan tilikan telah dilakukan oleh para ulama Syiah sekarang demi memadankan riwayat-riwayat dari imam-imam mereka tentang al-Mahdi dan peristiwa di zaman kemunculannya agar serasi dengan zaman sekarang. Sepertimana al-Aqam, Syiah yang lebih luas pengaruhnya di serata dunia juga turut mengakui bahawa merekalah tentera al-Mahdi. Peperangan Hizbullah-"Israel", nuklear Iran dan juga ancaman dari AS dianggap sebagai mukadimah kepada kemunculan al-Mahdi. Kesimpulannya, Syiah juga turut mencalonkan Ahmadi Nejad untuk mengisikan kekosongan jawatan Syuib bin Salih, pemuda Bani Tamim.
Siapakah sebenarnya Pemuda Bani Tamim?
Persoalannya kini, siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim?, adakah beliau seorang Melayu yang dilahirkan di Negeri Sembilan?, ataupun dia seorang pemimpin negara yang berasal dari Ardibil, Iran?
Seperkara yang menarik mengenai kedua-dua calon Pemuda Bani Tamim tersebut ialah kedua-duanya bukanlah orang Arab dan bukanlah berasal dari Bani Tamim. Apa yang menarik juga ialah, kedua-dua calon berkenaan mempunyai Imam Mahdi yang berbeza. Seorang menantikan Imam Mahdi yang berasal dari Indonesia, manakala seorang lagi menantikan Imam Mahdi yang akan muncul dari Sirdabnya di Iraq.
Lebih malang lagi nasib buat jawatan Imam al-Mahdi, bukan hanya dua orang calon dari Indonesia dan Iraq itu sahaja yang ada, malah ribuan calon al-Mahdi lain, sejak dari dulu, kini dan masa akan datang bersedia untuk mengisikan kekosongan jawatan tersebut. Setiap tarekat Sufi mempunyai calon masing-masing, setiap firaq (kumpulan) Syiah mempunyai calon mereka yang tersendiri, dan setiap kumpulan ajaran-ajaran sesat yang lain juga mempunyai calon mereka yang tersendiri. Ini bermaksud, jawatan Pmuda Bani Tamim juga bukanlah hanya milik kedua-dua calon dari Malaysia dan Iran. Ribuan lagi para penanti al-Mahdi yang bersedia untuk dinobatkan sebagai "Pemuda Bani Tamim".
Tidakkah kita belajar dari pengalaman-pengalaman yang lepas. Bukankah ajaran-ajaran sesat dan agama-agama baru banyak yang muncul akibat Mahdi-Mahdi yang pernah muncul. Di kalangan Syiah sendiri pun, ajaran Bahaiyyah, Nusayriyah dan lain-lain lagi merupakan produk kemunculan Mahdi di zaman-zaman lampau dari kelompok mereka. Begitu juga halnya dengan ajaran-ajaran sesat lain yang turut timbul dari kumpulan-kumpulan sufi yang telah disesatkan oleh Mahdi-Mahdi mereka.
Persoalannya, apakah riwayat mengenai al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim benar-benar kuat dan qat'iyy? Kita serahkan kepada pakar-pakar hadith untuk meneruskan perbincangan seterusnya....
Tuesday, November 28, 2006
Sifat Wudhu Rasulullah saw
Sifat Wudhu' Rasulullah SAW
Cara-cara berwudhu':-
1) Berniat. Dari Umar RA, dia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat"[1]
2) Membaca basmalah yakni ' بسم الله ' (bismillah) yang bermaksud "Dengan nama Allah". Sabda Rasulullah SAW:
لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم اللّه تعالى عليه
Maksudnya: “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya, tiada wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”[2]
Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa, wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.[3]
Tatacara wudhu Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam satu hadith.
أن حمران مولى عثمان أخبره؛ أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء. فتوضأ. فغسل كفيه ثلاث مرات. ثم مضمض واستنثر. ثم غسل وجهه ثلاث مرات. ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاث مرات. ثم غسل يده اليسرى مثل ذلك. ثم مسح رأسه. ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاث مرات. ثم غسل اليسرى مثل ذلك. ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ نحو وضوئي هذا
Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali, seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian menghembuskannya keluar. Kemudia beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudia mencuci tangan kirinya seperti itu jua. Seterusnya beliau menyapu kepalanya. Kemudia beliau kaki kanannya hingga ke buku lali tiga kali. Kemudian beliau mencuci kaki kiri seperti itu jua. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW berwudhu’ sebagaimana wudhu’ aku ini.”[4]
Tatacara wudhu berdasarkan hadis di atas dapat diringkaskan sebagai:-
1) Mencuci kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Lihat gambar:
2) Memasukkan air ke dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian menghembuskannya keluar. Air itu dimasukkan ke dalam mulut dan hidung dengan menggunakan tangan kanan. Kemudian air tersebut dikeluarkan menggunakan tangan kiri.Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:-
وعن عبد خير قال نحن جلوس ننظر إلي علي حين توضأ فأدخل يده اليمنى فملأ فمه فمضمض واستنشق ونثر بيده اليسرى فعل هذا ثلاث مرات ثم قال من سره أن ينظر إلى طهور رسول الله صلى الله عليه وسلم فهذا طهوره
Dari Abd Khair, dia berkata kami duduk-duduk dan melihat Ali RA ketika beliau berwudhu’, dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian mengeluarkannya dengan menggunakan tangan kiri. Beliau melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali. Kemudian Ali RA berkata: “Barangsiapa ingin melihat cara Rasulullah SAW berwudhu’, maka beginilah cara wudhu’nya.”[5] Lihat gambar di bawah:-
Memasukkan air ke dalam hidung hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kecuali ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:
“Bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung melainkan ketika kamu berpuasa.”[6]
3) Membasuh muka sebanyak tiga kali. Kawasan muka ialah dari pangkal tumbuhnya rambut hingga bawah dagu atau janggut. Dan dari telinga kanan hingga telinga kiri.
Jika rambut yang tumbuh pada wajah tidak terlalu tebal, maka wajib membasuhnya sehingga kulit yang dilindungi bulu-bulu tersebut. Sedangkan jika terlalu tebal, cukup dengan hanya membasuhnya sahaja.[7]
4) Membasuh tangan dari hujung tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
5) Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.”[8] Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bahagian dalam telinga manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang telinga.[9]
6) Membasuh kaki dari hujung jari hingga ke buku lali sebanyak tiga kali.
7) Selepas melakukan hal-hal di atas, hendaklah membaca doa selepas wudhu’ yang wujud di dalam sunnah. Ada beberapa jenis bentuk doa selepas berwudhu’, antaranya:
Umar Ibn Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah sesiapa di antara kamu yang melakuka wudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
Ashhadu anlaa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareekalahu washhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasooluhu (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya)
melainkan kesemua lapan pintu syurga akan dibuka untukya- dan dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.[10] Di dalam riwayat at-Tirmizi ditambah kalimat di bawah kepada doa di atas:
اللهم اجعلني من التوبين و اجعلني من المتطهرين
Allahummaj’alni minat tawwabin, waj ‘alni minal mutatohhirin
Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan manusia yang bertaubat dan jadikanlah aku dari mereka yang bersuci.[11]
Abu Said al-Khudri pula meriwayatkan dari Rasulullah SAW bacaan begini:
سبحانك اللهم و بحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك و اتوب اليك
Subhaanakallaahumma wa bihamdika ashhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atoobu ilaika
Maha suci Engkau wahai Tuhanku dan segala puji buat Engkau, aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau dan aku memohon keampunan daripada engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.[12]
[1] Riwayat al-Bukhari di dalam muqaddimah sahihnya dan Imam Muslim hadis no:1908
[2] Riwayat Abu Daud (101), Ibn Majah (399) dan at-Tirmizi (26). Al-Albani menyatakan ia sahih, Sahih al-Jami’ as-Shoghir (7514)
[3] Sifat Wudhu Nabi, m/s 8
[4] Riwayat Muslim di dalam Shahihnya (225)
[5] Di riwayatkan oleh Imam ad-Darimi di dalam Sunannya. Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Misykat al-Masobih
[6] Di riwayatkan di dalam Sunan Abu Daud (142). Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Shahih Abi Daud.
[7] Sifat Wudhu Nabi m/s 12
[8] Sunan Abi Daud: 134
[9] Sunan Abi Daud:135
[10] Riwayat Muslim: 234, Abu Daud:169, at-Tirmizi:55, an-Nasai:148 dan Ibn Majah:470
[11] Di nilai Sahih oleh al-Albani
[12] Di riwayat oleh Ibn Sunni di dalam ‘amal al-Yaum wa al-Lailah:30, dinilai sahih oleh al-Albani.
Thursday, November 23, 2006
Waktu Mustajab Doa
Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang meninggalkan kesempatan baik tersebut. Mereka mengira bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, kebahagiaan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain.
[1]. Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya". [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]
[2]. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". [Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].
[3]. Setiap Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, beliau menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782].
[4]. Pada Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat azan dan doa tatkala peang berkecamuk". [Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672].
[5]. Sesaat Pada Hari Jumaat
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6]
Waktu yang sesaat itu tidak diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.
[6]. Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan menqabulkannya". [Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595]
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadith 1/190]
Yang dimaksud dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
[7]. Doa Diantara Azan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah". [Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139]
[8]. Doa Pada Waktu Sujud Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". [Shahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]
Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
[9]. Pada Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan". [Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078].
Imam An-Nawawi berkata bahwa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikarenakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. [Fathul Qadir 3/340].
[10]. Pada Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'. Semua keluarga bersedih. Beliau bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamin apa yang kamu ucapkan". [Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38]
[11]. Pada Malam Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar". [Al-Qadr : 3-5]
Imam As-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. [Tuhfatud Dzakirin hal. 56]
[12]. Doa Pada Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". [Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]
Tuesday, November 21, 2006
Era Revolusi Iran
Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta.
Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah – Syudzuz fi Al-`Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasagolongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh) , bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata.
Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.
Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
Tuesday, November 14, 2006
Hukum Membaca Fatihah Di belakang Imam
Menurut Syaikh al-`Utsaimin secara umumnya terdapat empat pandangan tentang hukum membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang.
Pertama : Bacaan Fatihat al-Kitab itu tidak diwajibkan secara mutlak kepada imam dan makmum, baik dalam sembahyang sendirian (munfarid) atau dalam sembahyang berjemaah yang siriyah mahupun jahriyah .
Bagi mereka yang diwajibkan hanyalah membaca apa yang mudah dari al-Qur'an. Dalil yang mereka pakai adalah Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
… oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). - al-Muzzammil (73) : 20
Dan Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam :
Bacalah sesuatu yang mudah bagimu dari al-Qur'an. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no. 757
Kedua : Bacaan al-Fatihah adalah salah satu dari rukun sembahyang yang wajib dibaca dalam semua keadaan oleh imam dan makmun dalam sembahyang berjemaah siriyah dan jahriyah, atas makmum yang masbuq atau orang yang yang menjadi makmum dari awal sembahyang lagi dan kepada mereka yang sembahyang sendirian (munfarid).
Ketiga : Bacaan al-Fatihah adalah rukun dan wajib dibaca bagi imam dalam sembahyang berjema'ah dan mereka yang sembahyang secara munfarid. Tetapi ianya tidak diwajibkan secara mutlak kepada makmum dalam sembayang berjemaah siriyah dan jahriyah.
Keempat : Bacaan al-Fatihah adalah rukun sembahyang dan wajib dibaca imam, dan mereka yang bersembahyang munfarid, dan juga wajib dibaca bagi makmum dalam sembahyang berjemaah siriyah namun tidak wajib dibaca dalam sembahyang berjemaah jahriyah.
Pendapat pertama ini dapat dibantah dengan wujudnya hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang menujukkan kefardhuan membaca al-Fatihah seperti yang telah saya paparkan di atas. Tentang tafsiran mudah dalam hadis di atas Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
Sabda baginda shalallahu 'alaihi wasallam "…sesuatu yang mudah…" difahami bahawa ianya adalah al-Fatihah, kerana surah ini mudah bagi seseorang. Atau yang dimaksudkan adalah surah yang dibaca setelah membaca al-Fatihah, atau khusus bagi mereka yang tidak mampu membaca al-Fatihah.
Berkata al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: - Al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani, Fathul Baari, jilid 4, ms. 479.
… bahawa yang dimaksudkan dengan "… sesuatu yang mudah bagimu dari al-Qur'an." Adalah surah al-Fatihah, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rifa'ah bin Rafi' dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:
Apabila engkau telah berdiri dan menghadap kiblat maka takbirlah, kemudian bacalah Umm al-Qur'an dan apa-apa yang Allah kehendaki untuk kau baca. Apabila engkau rukuk maka letakkanlah kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis nombor 730.
Bagi Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah:
"…pendapat yang terkuat padaku adalah : bahawa bacaan al-Fatihah adalah rukun yang harus dikerjakan imam dan makmum serta munfarid dalam sembahyang siriyah dan jahriyah, kecuali jika masbuq dan ia mendapatkan imam sedang rukuk maka ia tidak wajib membaca al-Fatihah." - Syaikh Muhammad bin Shalih al-`Utsaimin, Majmu' Fatawa : Bab Ibadah, ms. 360.
Pendapat Syaikh al-`Utsaimin ini lebih menghampiri amalan majoriti umat Islam di Malaysia.
Dalil yang digunakan oleh Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah adalah hadis-hadis yang menetapkan kefardhuan bacaan al-Fatihah seperti yang telah penulis paparkan di atas. Sedangkan dalil khusus yang dipergunakan untuk menguatkan pendapat bahawa makmum dalam sembahyang berjemaah jahriyah juga wajib membaca surah al-Fatihah adalah :
Diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit radhiallahu' anhu bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam selesai mengerjakan sembahyang Subuh dan berkata pada sahabatnya: "Boleh jadi kalian membaca sesuatu di belakang imam kalian?" Mereka menjawab: "Betul Ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Janganlah hal itu kalian kerjakan kecuali membaca
Umm al-Qur'an, kerana tidak ada (tidak sah) sembahyang bagi yang tidak membacanya." - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Shalah, hadis no. 286.
Menurut Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah:
Pendapat inilah yang sahih menurutku (Syaikh al-`Utsaimin) , seandainya bukan kerana hadis Ubadah bin Shamit radhiallahu' anhu...tentulah pendapat bahawa membaca al-Fatihah dalam sembahyang jahriyah tidak wajib bagi makmum adalah pendapat yang rajih (lebih tepat) kerana orang yang mendengar itu seperti orang yang membaca dalam memperolehi pahala. - Muhammad bin Shalih al-`Utsaimin, Majmu' Fatawa : Bab Ibadah, ms. 361.
Bagi mereka yang berpendapat makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang berjemaah yang jahriyah, mereka berdalilkan
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya) , supaya kamu beroleh rahmat. - al-A'raaf (7) : 204
Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah: "Kewajipan membaca bagi makmum jadi gugur pada sembahyang-sembahya ng (berjema'ah – pen) jahriyah dan wajib dia mendengarkan bacaan Imam, kerana Firman Allah Ta'ala (al-A'raaf (7) : 204)…" - Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 342
Syaikh al-Albani rahimahullah juga menyatakan ayat ini adalah yang paling pokok dalam hal ini. - Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Abani, Fatwa-Fatwa Albani, (edisi Terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid, Jakarta, 2002) ms. 85.
Dalil-dalil lain yang menunjukkan makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang jahriyah adalah:
Dari Abu Hurairah, ia berkata: "Telah bersabda Rasululllah shalallahu 'alaihi wasallam , "Di jadikan imam itu hanya untuk diikuti. Oleh kerana itu apabila imam takbir, takbirlah kalian, dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam mendengarkan (bacaan imam itu) …" - Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalan Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamah al-Shalah wa al-Sunnah Fiha, hadis no. 848.
Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam sesudah selesai mendirikan sembahyang yang baginda keraskan bacaannya (jahriyah) di dalam sembahyang itu, baginda bertanya: "Apakah ada seseorang di antara kamu yang membaca bersamaku tadi?" Maka seorang laki-laki menjawab, "Ada ya Rasulullah!" Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya aku berkata: Mengapakah (bacaan)ku dilawan dengan al-Qur'an juga?" Berkata Abu Hurairah: "Kemudian berhentilah orang-orang dari membaca bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pada sembahyang-sembahyang yang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam keraskan bacaannya, ketika mereka sudah mendengar (larangan) yang demikian itu dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam" - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi dalam Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Shalah, hadis no. 287. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim, Kitab al-Shalah, hadis no. 395.
Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah berkenaan hadis ini, "Rasulullah melarang makmum membaca semua bacaan al-Qur'an dalam sembahyang jahriyah." Disebabkan hadis ini diucapkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terkemudian berbanding hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Shamit radhiallahu' anhu, maka pengecualian terhadap bacaan Umm al-Kitab bagi makmum dalam sembahyang jahriyah telah dimansuhkan. - Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 121
Berkata Abu Bakar Ibn al-Arabi rahimahullah:
Yang kuat menurut kita ialah diwajibkan membaca (al-Fatihah) pada sembahyang sirriyah, kerana umumnya hadis-hadis (yang menunjukkan kefardhuan membaca al-Fatihah seperti yang telah saya paparkan di atas). Mengenai sembahyang jahriyah, maka tidak ada jalan untuk membacanya di sana kerana itu merupakan amalan penduduk Madinah. Kedua, kerana itu adalah hukum al-Qur'an sebagaimana Firman-Nya :
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya) , supaya kamu beroleh rahmat. - al-A'raaf (7) : 204
Dan ia disokong oleh sunnah dengan dua buah hadis : salah satu di antaranya ialah hadis Imran bin Hussain: "Sungguh, saya mengetahui beberapa orang di antara mu telah mangacaukan saya!"
Kedua ialah ucapan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: "dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam mendengarkan (bacaan imam itu)." - Dinukil daripada Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 342-343.
Pendapat makmum tidak membaca al-Fatihah dalam sembahyang jahriyah ini juga adalah menjadi pilihan Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Malik bin Anas, al-Zuhri, Ibnul Mubarak, Ishak dan dikuatkan oleh Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah.
Ini jelas merupakan sebuah masalah khilafiyah yang sepatutnya masing-masing berlapang dada dan jangan memperlecehkan cara sembahyang orang lain kerana masing-masing memiliki dalil yang datangnya dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam secara sahih.
WAllahu'alam
Monday, October 30, 2006
Salam Eidil Fitri
Tuesday, October 10, 2006
Lailatul Qadar Pusingan Akhir Ramadhan Untuk Piala Taqwa
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beridabat melebihi malam-malam lain. Tersebut di dalam hadith . Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها )البخاري, ومسلم
Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
حديث عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم " كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره " البخاري (1920) ومسلم (1174) زاد مسلم وجَدَّ وشد مئزره .
Ertinya : “ Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Keistimewaanya
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.
2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. Syeikh Dr Saleh Al-Munajjid berpendapat bahawa pada malam itu, dipindahkan dari Qadar manusia dipindahkan dari lawh mahfudz. Hal ini dapat difahami melalui ayat surah al-Dukhaan ayat 1 hingga 6 menurutnya.
Justeru, seeloknya kita menghidupkan malam ini dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Demikian juiga difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. ( Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama menyebut bahawa seribu bulan yang dinyatakan dalam ayat quran ini bukanlah bermaksud ‘tahdid’ atau menghadkan ganjarannya kepada ‘seribu’, tetapi ia sebenarnya bermaksud satu pergandaan yang tidak terkira banyaknya, manakala jumlah ‘seribu’ itu hanyalah contoh yang mewakili suatu jumlah yang amat banyak; disebutkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ bahawa gandaan ini adalah sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as). Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera, sehinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah; ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat mansia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun, terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti esok harinya tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan bagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana sesebuah Negara berlainan, di Negara barat mungkin sedang mendung kerana musim sejuk, di afrika mungkin sedang terik, maka adakah mereka mala qadar tidak muncul di tempat mereka?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Setengah ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramdhan, manakala Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450). Berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dan juga hadith Nabi :-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : “ Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam dan dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW dan ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : “Malam al-Qadar adalah malam yang ke dua puluh tujuh” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : “Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : “ Sebutlah doa “ Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
"من يقم ليلة القدر فيوافقها.." (رواية لمسلم عن أبي هريرة).
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya…” (Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda pelik dan sebagainya.
Mengingati Mati
Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah s.w.t berfirman, ertinya,
"Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya." (QS. Qaaf:19)
Siapakah di antara kita yang meragui kematian dan sakaratul maut? Apakah ada orang yang meragui kubur dan azabnya? Siapakah yang mampu menunda kematiannya dari waktu yang telah ditentukan?
Mengapa manusia sombong padahal kelak akan dimakan ulat? Mengapa manusia melampaui batas padahal di dalam tanah kelak akan terbujur? Mengapa menunda-nunda , padahal anda mengetahui kematian akan datang secara tiba-tiba?
Hakikat Kematian
Adalah salah bila ada orang yang menyangka bahawa kematian itu hanya kefanaan semata dan pengakhiran secara total yang tidak ada kehidupan, perhitungan, hari dikumpulkan, kebangkitan, syurga atau neraka padanya!! Sebab andaikata demikian, tentulah tidak ada hikmah dari penciptaan dan wujud kita. Tentulah manusia semua sama saja setelah kematian dan dapat beristirahat lega; samada mukmin dan kafir, samada pembunuh dan terbunuh , samada si penzalim dan yang dizalimi, samada yang taat dan maksiat, samada penzina dan yang rajin solat , samada ahli maksiat dan ahli takwa.
Pandangan tersebut hanyalah bersumber dari pemahaman kaum atheis yang mereka itu lebih buruk dari binatang sekali pun. Yang mengatakan seperti ini hanyalah orang yang telah tidak punya rasa malu dan menggelarkan dirinya sebagai orang yang bodoh dan 'gila.' (Baca: QS. At-Taghabun:7, QS. Yaasiin: 78-79)
Kematian adalah terputusnya hubungan ruh dengan badan, kemudian ruh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan seluruh lembaran amal ditutup, pintu taubat dan pemberian masa pun terputus.
Nabi s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama belum sekarat." (HR. At-Turmuzi dan Ibn Majah, disahihkan Al-Hakim dan Ibn Hibban)
Kematian Merupakan Musibah Paling Besar!!
Kematian merupakan musibah paling besar, kerana itu Allah s.w.t. menamakannya dengan 'musibah maut' (Al-Maidah:106). Bila seorang hamba ahli taat didatangi maut, ia menyesal mengapa tidak menambah amalan solehnya, sedangkan bila seorang hamba ahli maksiat didatangi maut, ia menyesali atas perbuatan melampaui batas yang dilakukannya dan berkeinginan dapat dikembalikan ke dunia lagi, sehingga dapat bertaubat kepada Allah s.w.t. dan mula melakukan amal soleh. Namun! Itu semua adalah mustahil dan tidak akan terjadi!! (Baca: QS. Fushshilat: 24, QS. Al-Mu'minun: 99-100)
Ingatlah Penghancur Segala Kenikmatan!!
Nabi s.a.w. menganjurkan agar banyak mengingat kematian. Beliau bersabda, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan (maut)," (HR. At-Tirmidzi, hasan menurutnya).
Imam Al-Qurthubi r.a. berkata, "Para ulama kita mengatakan, ucapan beliau, "Perbanyaklah mengingat penghancur kenikmatan", merupakan ucapan ringkas tapi padat, menghimpun makna peringatan dan amat mendalam penyampaian nasihatnya. Sebab, orang yang benar-benar mengingat kematian, pasti akan mengurangi kenikmatan yang dirasakannya saat itu, mencegahnya untuk bercita-cita mendapatkannya di masa yang akan datang serta membuatnya menghindar dari mengangankannya, sekalipun hal itu masih mampu dicapainya.
Namun jiwa yang beku dan hati yang lalai selalu memerlukan nasihat yang lebih lama dari para penyuluh dan untaian kata-kata yang meluluhkan sebab bila tidak, sebenarnya ucapan beliau tersebut dan firman Allah s.w.t. dalam surat Ali 'Imran ayat 185, (artinya, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati) sudah cukup bagi pendengar dan pemerhati-nya.!!"
Siapa Orang Yang Paling Cerdik?
Ibnu Umar r.a pernah berkata, "Aku pernah mengadap Rasulullah s.a.w sebagai orang ke sepuluh yang datang, lalu salah seorang dari kaum Anshor berdiri seraya berkata, "Wahai Nabi Allah, siapakah manusia yang paling cerdik dan paling tegas?" Beliau menjawab, "(adalah) Mereka yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah manusia-manusia cerdas; mereka pergi (mati) dengan harga diri dunia dan kemuliaan akhirat." (HR. Ath-Thabrani, disahihkan al-Munziri)
Manafaat Mengingat Kematian
Di antara faedah mengingat kematian adalah:
- Mendorong diri untuk bersiap-siap menghadapi kematian sebelum datangnya.
- Memendekkan angan-angan untuk lama tinggal di dunia yang fana ini, kerana panjang angan-angan merupakan sebab paling besar lahirnya kelalaian.
- Menjauhkan diri dari cinta dunia dan redha dengan yang sedikit.
- Menguatkan keinginan pada akhirat dan mengajak untuk berbuat ta'at.
- Meringankan seorang hamba dalam menghadapi ujian dunia.
- Mencegah kerakusan dan ketamakan terhadap nikmat duniawi.
- Mendorong untuk bertaubat dan muhasabah kesalahan masa lalu.
- Melembutkan hati, membuat mata menangis, memberi semangat untuk mendalami agama dan menghapuskan keinginan hawa nafsu.
- Mengajak bersikap rendah hati (tawadhu'), tidak sombong, dan berlaku zalim.
- Mendorong sikap toleransi, mema'afkan teman dan menerima kesalahan dan kelemahan orang lain.
Perkataan Orang-Orang Arif
- Al-Qurthubi r.a berkata, "Umat sepakat bahwa kematian tidak memiliki usia tertentu, masa tertentu dan penyakit tertentu. Hal ini dimaksudkan agar seseorang senantiasa waspada dan bersiap-siap menghadapinya."
- Yazid Ar-Raqqasyi r.a. berkata kepada dirinya, "Celakalah engkau wahai Yazid! Siapa orang yang akan menggantikan solatmu setelah mati? Siapa yang berpuasa untukmu setelah mati? Siapa yang memohon keredhaan Allah untukmu setelah mati? Wahai manusia! Tidakkah kamu menangis dan meratapi diri sendiri dalam sisa hidup kamu? Siapa yang dicari maut, kuburan jadi rumahnya, tanah jadi katilnya dan ulat jadi teman rapatnya, lalu setelah itu ia akan menunggu lagi hari kecemasan yang paling besar; bagaimana keadaan orang yang seperti ini nanti.?" Beliau pun kemudian menangis.
- Ad-Daqqaq r.a. berkata, "Siapa yang banyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan tiga perkara: Segera bertaubat; Mendapatkan kepuasan hati; dan bersemangat dalam beribadah. Dan siapa yang lupa akan kematian, maka ia akan disiksa dengan tiga perkara: Menunda untuk bertaubat; Tidak merasa cukup dengan yang ada dan malas beribadah."
- Al-Hasan Al-Bashri r.a. berkata, "Sesungguhnya kematian ini telah menghancurkan kenikmatan yang dirasakan para penikmatnya. Kerana itu, carilah kehidupan yang tidak ada kematian di dalamnya."
Faktor-Faktor Pendorong Mengingat Kematian
- Ziarah kubur. Nabi s.a.w. bersabda, "Berziarah kuburlah kamu, sebab ia dapat mengingatkanmu akan akhirat." (HR. Ahmad dan Abu Daud, disahihkan Syaikh Al-Albani)
- Melihat mayat ketika dimandikan.
- Menyaksikan orang-orang yang tengah sekarat dan menalqinkan mereka dengan kalimat syahadat.
- Mengiringi jenazah, solat ke atasnya serta menghadiri pengkebumiannya.
- Membaca Al-Qur'an, terutama ayat-ayat yang mengingatkan akan kematian dan sakratul maut seperti ayat 19 surat Qaaf.
- Uban dan Penyakit. Kedua hal ini merupakan utusan malaikat maut kepada para hamba.
- Fenomena alam yang dijadikan Allah s.a.w. untuk mengingatkan para hamba akan kematian seperti gempa, gunung meletus, banjir, badai dan sebagainya.
- Membaca berita-berita tentang umat-umat masa lalu yang telah dibinasakan oleh maut.
Semoga Allah s.w.t. menutup akhir hayat kita dengan Husnul Khatimah dan menerima semua mal shalih kita,
Amin
Tuesday, October 03, 2006
Isu Batal Atau Tidak Puasa
Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan.
Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)
Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-
1)Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
- Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).
- Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2)Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
- Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).
- Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh
- Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah
- Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa.
- Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal
- Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226).
- Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
- Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)berpuasa.
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat
- Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan.
- Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)
Friday, September 29, 2006
Bersahur cara Rasulullah
Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)
Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.
Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120)
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)
Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.
Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan.
Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.
Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187)
Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920)
Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114)
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921)
Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.
Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.
Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.