Saturday, February 23, 2008

Penyakit Umat

Maka seseorang yang hasad selalu gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh pihak yang dihasadnya. Jika perasaan itu dilayan, maka maka si pendengki ini akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai. Maka lahirlah angkara-angkara buruk terhadap individu yang dihasadnya, tanpa dosa dan kesalahan melainkan kerana memiliki kelebihan.

Masyarakat yang dipenuhi dengan hasad akan dipenuhi berita utamanya; jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, tuduh-menuduh, maki-memaki, kata mengata dan segala macam perkara yang mendengarnya sudah memenatkan jiwa apatahlah lagi mengalaminya.

Lihat dalam dunia politik melayu, tidak habis-habis dari perkara yang seperti itu. Padahal mereka semua mengaku muslim dan orang Islam itu bersaudara.

Dalam dunia golongan agama juga bukan sedikit perkara yang seperti itu. Bahkan dalam dunia akademik universiti juga kadang-kala hasad berjaya mendapat tempat sehingga merobohkan nilaian ilmiah. Dalam dunia pekerjaan dan perniagaan juga demikian.

Sebab itu Nabi s.a.w bersabda: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama” (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang sahih, juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi).

http://drmaza.com/?p=180#more-180

Kehidupan Dan Kebenaran

Kehidupan memerlukan keinsafan. Bukan semua perselisihan kemenangan mesti berpihak kepada kita. Kemenangan hakiki itu berpihak kepada yang benar. Kebenaran itu pula tertakluk kepada fakta yang benar.

Sebab itulah, insan-insan agung seperti Abu Bakr dan Umar memberikan ucapan yang hampir sama menyebut: “Jika aku benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, betulkanlah aku”.

Membetulkan semestinya dengan alasan yang benar, bukan fitnah dan pembohongan. Namun apabila insan tidak insaf dia menolak kebenaran kerana ingin menjaga statusnya, sekalipun ternyata pendapatnya salah.

Lalu kita dengar manusia bongkak berbicara: “awak siapa hendak pertikaikan pendapat saya, saya ini ustaz” atau “..saya ini tok guru” atau “..saya ini menteri”.