Monday, March 20, 2006

AS-SYAHID DR AZIZ RANTISI


MENGENANG DUA TAHUN KEHILANGAN MU
Kalimat terakhir yang diucapkan Rantisi sebelum gugur syahid di Gaza mencerminkan ketinggian jiwa perjuangan seorang doktor pakar kanak-kanak ini.

Inilah kenangan terakhir bersama Asy Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi. Sebelum beliau gugur ia mengatakan,

"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah.Untuk itu, biarkanlah Sharon dan kaum konspirator menggantung harapannya di sini, dan kami akan meneruskan perjuangan ini. Jalan kami sukar dan berliku. Namun, inilah satu-satunya jalan yang menyampaikan kami kepada cita-cita kami. Demi perjuangan ini, mutlak tak ada kelemahan, menyerah, dan menghinakan diri.

" Dengan kalimat perpisahan Rantisi kepada dunia fana yang semakin tua ini, Ia menyambut mati syahid dengan dada lapang. Beliau tidak bersembunyi dengan posisinya sebagai pemimpin Hamas, pengganti Syeikh As Syahid Ahmad Yasin. As-Syahid menyatakan,"Bukan menjadi rahsia Syeikh Yasin adalah pemimpin Hamas.

Pengumuman nama saya juga bukan hal baru. Ini kerana sejak awal Israel memburu saya dan semua pemimpin Hamas. Kemudian, Hamas memerlukan identiti jelas; kepemimpinan yang boleh dijangkau oleh semua pihak, baik pemerintah, kumpulan-kumpulan perjuangan, ataupun orang biasa." Semua pernyataan Rantisi sebelum syahid berkaitan dengan kesatuan nasional dan jihad. Ia mengatakan tentang pembalasan kematian Syeikh Yasin,

"Kami tidak akan melupakan darah-darah kami yang tertumpah, kami yang dimaksudkan adalah Fatah dan sayap ketenteraanya, Jihad Islam dan sayap ketenteraannya, Barisan Rakyat, Barisan Demokrasi, Hamas dan semua sayap ketenteraannya." Rantisi adalah tokoh karismatik yang dikagumi banyak pihak. Ia dibunuh Israel di Gaza kurang dari sebulan setelah pembunuhan Syeikh Yasin oleh Israel. Pada bulan Jun tahun lepas beliau terselamat dari percubaan pembunuhan yang dilancarkan oleh Israel.

Setelah Syeikh Yasin berjaya dibunuh di luar sebuah masjid di Gaza pada 22 Mac 2004, sasaran Israel menghala kepada sosok tegap dan tegas ini. Sumber Israel menyebutkan, empat pesawat penggempur Israel berlegar-legar di ruang udara Gaza untuk mencari Rantisi sebelum akhirnya tempat beliau diketahui dan dibunuh.

WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB DOA


Waktu-Waktu Yang Mustajab

Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang menyia-nyiakan kesempatan baik tersebut.

Mereka mengira bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeda. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.

Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain.

[1]. Sepertiga Akhir MalamDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :
Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Barakah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ;barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya".
[Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]

[2]. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang BerpuasaDari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya :
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".
[Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No.1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].

[3]. Setiap Selepas Solat FardhuDari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, beliau menjawab."Ertinya :
Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782].

[4]. Pada Saat Perang BerkecamukDari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk".
[Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Solat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672].

[5]. Sesaat Pada Hari JumaatDari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya :
Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".
[Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6]Waktu yang sesaat itu tidak dapat diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai solat Jumaat atau hingga selesai waktu solat ashar bagi orang yang menunggu solat maghrib.

[6]. Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada AllahDari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :
Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya".
[Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595]Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadith 1/190]Yang dimaksud dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

[7]. Doa Diantara Adzan dan IqamahDari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya :
Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah".
[Sunan Abu Daud, kitab Solat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Solat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139]

[8]. Doa Pada Waktu Sujud Dalam SolatDari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya :
Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".
[Shahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

[9]. Pada Saat Sedang KehujananDari Sahl bin S'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :
Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan".
[Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078].Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikeranakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. [Fathul Qadir 3/340].

[10]. Pada Saat Ajal TibaDari Ummu Salamah bahawa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya :
Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'. Semua keluarga bersedih. Beliau bersabda : 'Janganlah kamu berdoa untuk diri kamu kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan".
[Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38]

[11]. Pada Malam Lailatul QadarAllah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya :
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar".[Al-Qadr : 3-5]Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.
[Tuhfatud Dzakirin hal. 56]

[12]. Doa Pada Hari ArafahDari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".
[Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]

Saturday, March 18, 2006

BERDOA SELEPAS SOLAT

Qaul (Pendapat) Imam as-Syafi’e di Dalam Masalah Berzikir dan Berdoa Selepas Solat iaitu secara perlahan dan tidak mengeraskan suara (secara kuat) melainkan imam hendak mengajar makmum cara berzikir. Lebih-lebih lagi sekiranya masih ada makmum yang ketinggalan rakaat. Tentu zikir yang kuat akan mengganggu bacaan solatnya.

Rujukan I : Kitab al-Umm (Kitab Induk) Imam Syafi’e, Jilid 1, m/s 296 ini termasuk yang dibolehkan (mubah) mambacanya bagi imam dan bukan ma’mum. Imam manapun yang berzikir kepada Allah menurut yang saya terangkan, dengan suara yang keras atau suara berbisik atau dengan cara lain, maka adalah baik.

Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar dari solat. Keduanya itu menyembunyikan zikir, kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan suaranya, sehingga ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian ia mengecilkan suaranya.Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,

قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيًّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً {110


maksudnya:-Dan janganlah engkau sembahyang dengan suara keras dan jangan pula diam saja!” [Surah al-Isra’, ayat 110]

Yakni – Allah Ta’ala yang mahu tahu ialah: do’a. Tidak engkau keraskan, ertinya: tidak engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya: sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya berpendapat bahawa yang diriwayatkan Ibnuz-Zubair, adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami riwayatkan.Saya berpendapat bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu, kerana umumnya riwayat yang kami tuliskan bersama ini dan lainnya,tidak disebutkan padanya sesudah memberi salam, akan pembacaan tahlil dan takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat dengan yang saya terangkan iatu. Dan disebutkan perginya Nabi SAW dari solat dengan tanpa zikir. Dan Ummu Salmah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan beliau tidak berzikir dengan keras. Saya berpendapat, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.Kalau ada yang bertanya: “Seperti apa zikir itu?” Saya menjawab: bahawa seperti beliau mengerjakan solat atas mimbar, yang berdirinya dan ruku’nya atas mimbar itu. Dan beliau mundur, sehingga beliau sujud atas lantai.

Dan kebanyakan umurnya, beliau tidak mengerjakan solat atas mimbar. Akan tetapi pada pendapat saya, bahawa Nabi SAW menyukai untuk dipelajari oleh orang yang tidak dapat melihatnya, dari orang yang jauh daripadanya: bagaimana berdiri, ruku’ dan mengangkat tangan.Rujukan II: Kitab Sahih Bukhari, Jilid II, m/s 284Dari ‘Amr bahawasanya Abu Ma’bad, hamba sahaya Ibnu Abbas memberitahukan kepadanya bahawasanya Ibnu Abbas memberitahukan kepadanya (jadi Ibnu Abbas memberitahukan kepada Abu Ma’bad dan Abu Ma’bad ini memberitahukan kepada ‘Amr) demikian:

“Sesungguhnya mengeraskan suara dalam mengucapkan zikir setelah para manusia selesai dari mengerjakan solat yang diwajibkan itu telah terjadi di zaman Nabi SAW.”Ibnu Abbas berkata: “Aku mengetahui juga hal itu sewaktu aku mendengarkannya, yakni ketika orang-orang sudah sama pulang.”

Keterangannya:

Dalam syarah Sahih Bukhari yang dikarang oleh Imam Qasthalani terdapat huraian sebagai berikut:Menurut pendapat Imam Asy’Syafi’e, rahimahullaahu ta’ala sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi, rahimahullaahu ta’ala diambil kesimpulan bahawa para sahabat di zaman Nabi SAW mengeraskan zikir dalam waktu yang tidak begitu lama, kemudian diteruskan dengan suara perlahan-lahan.

Adapun yang dikeraskan itu ialah untuk mengajarkan sifatnya zikir kepada kaum yang belum mengerti. Jadi bukannya dalam keseluruhan zikirnya itu dibunyikan dengan suara keras. Ini disebabkan adanya kemungkinan bahawa di dekat orang-orang yang berzikir itu ada orang yang sedang sembahyang, kerana ketinggalan raka’at dan lain-lain. Hanya saja menurut pedoman yang dapat dijadikan pegangan ialah bawaha baikpun imam ataupun ma’mum, semuanya memperlahankan sura zikirnya masing-masing, kecuali kalau diperlukan sekali, misalnya untuk mengajarkan isi zikir itu kepada orang lain.

Wallaahu A’lam bish-shawaab.Kesimpulan dari Pendapat Imam as-Syafi’e di dalam Masalah Berzikir dan Berdoa Selepas Solat

1. Berzikir dan berdoa amat digalakkan setelah selesai menunaikan solat untuk imam dan para makmum.

2. Zikir dan doa tersebut hendaklah diperlahankan (sederhana).

3. Imam boleh menguatkan bacaan zikir dan doa sekiranya bertujuan untuk mengajar makmum bagaimanakah cara berzikir, tetapi apabila makmum telah mengetahui caranya, hendaklah diperlahankannya. Nabi SAW dan para sahabat tidak menguatkan bacaan zikir dan doa secara berterusan.

4. Zikir dan doa yang kuat tentu akan mengganggu bacaan solat makmum yang ketinggalan rakaat (masbuk). Berzikir dan berdoa adalah sunat sedangkan mengganggu orang yang sedang solat adalah haram hukumnya.

5. Kadang-kadang Nabi SAW bangun dari selesai solat tanpa berzikir.

6. Imam dan makmum digalakkan berzikir dan berdoa secara sendirian kerana masing-masing mempunyai hajat yang berlainan.7. Berpadalah kita beribadat sesuai dengan petunjuk dari Nabi SAW dan yang diajar oleh imam kita yang mulia, as-Syafi’e.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Perlahankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib”(Muslim)